alonganaz

Minda Majoriti Melayu

In Kehidupan on February 27, 2010 at 5:59 pm

Tadi aku baru habis seminar perniagaan dengan sebuah syarikat yang aku sertai.Alhamdulillah dari pagi sampai malam banyak yang aku belajar dan dapat dari usahawan-usahawan Melayu yang dah berjaya.Biasanya bila ada seminar aku mesti akan tertidur dengan nyenaknya di pertengahan sesi, tapi kali ni aku terjaga dan memberi fokus sebanyak 100 peratus tau..!

Ini maknanya setiap penceramah yang memberi ceramah tu menyampaikan ucapan mereka dengan menarik, menghiburkan serta mempunyai isi yang mendalam.Apa yang menarik perhatian aku adalah cerita mereka tentang betapa sukarnya mereka untuk mendapat kejayaan seperti ini.

Sebenarnya aku pun dah mula berniaga sekarang, dan tak aku nafikan kadang-kadang wujud perasaan seperti mahu berputus asa kerana merasakan betapa sukarnya untuk mencapai sebuah kejayaan.Tapi mereka mengingatkan aku untuk membuang penyakit kronik bangsa Melayu ini, iaitu menyerah kalah sebelum berjuang sepenuhnya.Ataupun merasakan apa yang diusahakannya itu sudah cukup memuaskan.Dengan kata lain cepat berpuas hati dengan apa yang ada tanpa melihat faktor sekeliling yang  lain yang semakin menghimpit.

Memang benar apa yang dikatakannya itu sebab aku sendiri pernah dilanda perkara yang sama.Apabila aku punya niat yang baik mahu membantu orang lain dengan terlibat sama didalam perniagaan yang aku jalankan, mereka memandang sebelah mata dan lebih teruk mencemuh apa yang aku lakukan.

Itu belum dikira lagi dengan segala kata2 negatif.Memang penyakit majoriti bangsa Melayu bila kita berjaya dicemburui, bila kita jatuh diraikan tanpa mahu memberi semangat diatas segala usaha yang dilakukan.Ada rakan aku yang berjanji macam2 dengan aku, lepas itu senyap mendiam seribu bahasa.

Selain itu apa yang aku nampak bangsa Melayu selalu mahu mencapai kekayaan dengan jalan yang mudah.Kalau tidak masakan iklan-iklan yang memperbodohkan orang ramai seperti dibawah ini sentiasa mendapat sambutan :

  1. Hangat..! Hanya duduk depan komputer dapat duit.Klik sini.
  2. Hanya login facebook dapat duit. (semudah itu..? atau ada yang tersurat)
  3. Kerja mudah..! Modal RM100 anda taja kawan setiap hari dapat 5 angka sebulan.

Kalian mesti pernah melihat iklan2 diatas dimana2 kan..? Aku bukan mahu menyindir mana-mana pihak atau syarikat tapi ini realitinya.Kita ada akal tapi tidak mahu membuat penilaian dan memilih yang tepat.Manusia yang bijak tidak akan terpengaruh dengan janji yang ditawarkan secara membuta tuli, tapi  tahu membuat penilaian dari segenap aspek.

Katanya mahu mengajak orang berniaga tapi yang aku lihat tiada langsung ciri-ciri perniagaan sebenar pada iklan-iklan sampah diatas.Kalau dah namanya bisnes, pasti akan melibatkan syarikat, produk ataupun perkhidmatan.Bagaimana boleh dikatakan bisnes tanpa 3 elemen diatas.

Contoh medium bisnes yang baik adalah industri Multilevel Marketing.Ada yang akan mencemuh bila sebut MLM kerana aku pernah melakukan benda yang sama.Alasannya MLM adalah bisnes menipu orang, janji macam2 dan sebagainya.Bila gagal dalam MLM terus mengaku kalah dan bukannya mahu belajar daripada kegagalan atupun kebodohan diri sendiri.

Kalau industri Multilevel ini tidak bagus, masakan 40peratus jutawan Melayu di Malaysia lahir dari industri Multilevel..? Penyelesaiannya mudah, kita kena bijak memilih syarikat yang kukuh dan ada nama serta syarikat yang mempunyai produk yang benar2 berkualiti.Lihat sahaja betapa berjayanya AMWAY, COSWAY, DCL, ZHULIAN dan sebagainya.Dan jika industri ini tidak bagus masakan industri ni sudah bertahan selama berpuluh tahun didunia..? Dan jika bisnes ini menipu orang kenapa kerajaan masih membenarkan MLM bertapak di Malaysia..?

Sebenarnya kegagalan bangsa Melayu mengikut ceramah yang aku ikut tadi adalah karena mempunyai angan2 yang terlalu tinggi.Mereka hanya memikirkan bagaimana mahu mendapat  duit dalam masa yang singkat tanpa berfikir bagaimana mahu berusaha dengan menjadi lebih kreatif dan inovatif.Dan bila gagal mereka akan berputus asa tanpa mahu berfikir punca kegagalan mereka dan berdiri semula seperti seorang yang bermaruah.

Melayu, selalunya menyerah kalah sebelum berjuang.

‘aku rasa aku tak boleh buatlah’

‘susahlah..aku tak yakin sangat’

‘Malaslah..aku tak suka pening2 kepala.Aku tak minat’.

P/s : Kekecewaan Tun Dr Mahathir pada bangsa Melayu ada sebabnya.  HIDUP MELAYU..!!

Dan biasanya bangsa Melayu akan melepaskan peluang tanpa disedari.Tunggu sahajalah bulan jatuh ke riba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: