alonganaz

Bila Jantung Berhenti

In Islam, Kehidupan on February 23, 2010 at 4:57 pm

Banyak aku baca di dalam suratkhabar kebelakangan ini tentang bagaimana ramainya manusia terutama kaum lelaki yang meninggal secara tiba2 kerana serangan sakit jantung.Ini mengingatkan aku pada arwah ayah aku yang meninggal dunia pada 9November di Pusat Perubatan ATM lepas juga kerana sakit jantung yang dikenali sebagai alchaemic heart disease.

Kata doktor HUKM yang membuat bedah siasat ke atas arwah ayah aku puncanya bila saluran yang mengepam darah ke jantung tu tersumbat maka otak akan kekurangan oksigen.Lebih kurang begitulah maksudnya, sebab aku pun bukanlah arif sangat dengan istilah perubatan.Lagipun waktu tu aku tengah kesedihan, jadi tak ambil pusing sangat apa yang sedang doktor terangkan.

Bahayanya penyakit jantung ni adalah ramai daripada kita tidak menyedari akan penyakit yang datang secara tiba-tiba ni.Dia boleh datang dan membawa kematian secara mengejut tanpa sebarang simptom seperti yang terjadi pada arwah bapa aku.Paginya aku ingat lagi lepas solat subuh dia boleh berjoging seperti biasa sebelum meninggal pada pukul 9.10am semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Salah satu puncanya adalah tabiat arwah bapa aku yang kuat merokok dan minum air berkarbonat.Semasa hayatnya aku sendiri ‘ngeri’ melihat tabiat merokoknya walaupun aku juga merokok.Walaupun arwah seorang yang aktif dalam aktiviti seperti berkebun namun disebabkan tabiatnya itu menjadi salah satu punca penyakitnya menyerang selain dari faktor keturunan.Namun bukan bermakna hanya perokok sahaja berisiko diserang sakit jantung, yang tidak merokok pun sama.Korang kajilah sendiri kenapa sebab ini untuk kesihatan juga.

Kadang-kadang aku terfikir juga, jantung adalah salah satu organ selain dari otak yang tidak pernah berhenti dari menjalankan kerjanya.Apabila rosak 2 fungsi ini maka peluang untuk hidup adalah tipis.Pernah ada seorang guru agama memberitahu, apabila berhentinya degupan jantung itu maka berhentilah juga zikir di dalam badan kita.

Maksudnya yang tidak diketahui oleh ramai manusia adalah, setiap degupan jantung itu sentiasa menyebut ‘Rubb..rubb’ atau berbunyi ‘Rabb..rabb’ yang bermaksud tuhan yang mencipta alam.Dan bagi yang mendalami ilmu agama dengan lebih dalam lagi pasti tahu setiap degupan jantung itu juga menyebut kalimat LAILAHAILLAH.

Letakkan tangan di dada kiri kalian dan berfikirlah dengan mata hati pasti anda akan jumpa salah satu tanda kekuasaan tuhanmu disitu.

Wallahualam.

  1. ayah aku pon sakit jantung gak tapi artery diseasse.. die punya 2 salur arteri dah sumbat dan baru ni cek kat IJN lagi skali satu injap dye plak bocor.. tapi bezanye dia banyak simptom.. buat ape2 pon boleh kene attack.. jalan, duduk, makan n kadang2 tido pon bangun tibe2 psl skit sangat..

    yang ralatnya, die patut bedah hujung bulan 4 aritu tapi doktor nak postpon ke bulan 8 lak.. mase bulan 1 aritu doktor2 cek kate takleh tunggu lame2 kene operate cepat2 so diorang set date hujung bulan4 tapi dapat doktor konsultan sorang nie die nak postpon ke bulan 8 plak..

    ayah aku marah la gak psl ingat ni sume kerenah birokrasi tp lepas di selidik rupenye doktor ni nak duit kopi.. kalau bagi boleh la die adjust cepat utk operate ayah aku.. sial punya doktor dahla ade dato’ plak tu tak kan nak makan duit side lagi..

Leave a reply to jimmy conway (kyodai) Cancel reply