alonganaz

Sisters In Islam

In Isu Semasa on February 20, 2010 at 4:26 am

2-3 hari ni aku ada baca dalam media-media tempatan tak kisahlah yang bercetak ataupun elektronik tentang sebuah pertubuhan NGO tempatan iaitu Sister In Islam.Tapi selepas membuat banyak pembacaan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Sitsers In Islam (SIS) ni, aku tak tahulah apa perlunya penggunaan nama Islam dibelakang mereka tu.

Terbaru, Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.(LINK) Sebelum ni pun mereka membangkang keputusan mahkamah syariah kerana menjatuhkan hukuman sebat kepada Kartika Sari Dewi.

Adalah amat tidak masuk akal bagi aku jika sebuah pertubuhan itu menggunakan nama Islam tetapi tidak memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya menentang hukum2 dalam Islam secara terang-terangan.Siapa sebenarnya mereka ini yang aku nampak cuma mahukan publisiti murahan..?  Hukuman sebat yang dijalankan di Malaysia tidaklah seteruk yang dibayangkan oleh ahli2 SIS tetapi cuma sekadar rotan yang digunakan untuk merotan pelajar2 sekolah yang terlupa menyiapkan kerja sekolah.

Malah apa yang aku baca tidak mendatangkan kecederaan pun.Aku pun boleh pertikaikan apakah dengan rotan sekecil tu memberi kesan pada si pesalah zina ataupun si pemabuk.Kalau semuanya boleh dihalalkan atas nama hak asasi manusia, susahlah.Berhati-hatilah dalam berbicara, nanti mendatangkan kemurkaan Allah SWT.Benarlah peringatan oleh Nabi Muhammad SAW, diakhir zaman ni akan ramai kaum2 munafik muncul yang mana mereka mengaku Islam tetapi secara tersiratnya menentang hukum2 Islam.

Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah sebagaimana orang yang telah beriman”. Mereka berkata, “Apakah harus kami beriman seperti orang-orang bodoh itu beriman?” Ketahuilah mereka itulah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, “Kami telah beriman”. Apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, “Kami beserta kamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman)”. ( Ayat 8-14 : Surah al-Baqarah )

Agaknya SIS terbayangkan abang botak ni yang sebat kot..

Hakikatnya, lihatlah saiz rotan yang digunakan pun.Kalau tunjuk kat budak skolah pun diorang tak takut.Haha.

Kalau semua melaungkan hak kesamaan gender, maka jadilah seperti di Amerika ni.Amina Wadud jadi imam pada sekumpulan jemaah lelaki.Kita menghormati hak wanita, kerana Rasulullah sendiri mengingatkan kita betapa mulianya taraf seorang wanita tapi bukanlah dengan cara menentang hukum Islam.

  1. nmpaknya sy ktggalan bnyak bnda
    tq for info
    macam zaman skarang

  2. dunia akhir zaman memang byk org munafik.. nama je islam tapi halal haram semua sebat..

  3. ni lah salah satu pertubuhan umpama setan bertopengkan manusia,pandai berlakun di hadapan orang ramai kononnya mereka lah pertubuhan nak membela Islam,tetapi kenapa perlu mengubah hukum-hakam yang di turunkan oleh allah,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: