alonganaz

Gangguan Ceramah Masjid

In Islam on February 20, 2010 at 2:11 pm

Aku melepak dengan kawan aku yang berbangsa Cina baru2 ni dekat sebuah kedai di Cheras.Tempat kami melepak pula berdekatan dengan sebuah masjid yang sedang memberi ceramah tetapi dapat didengari dikawasan sekitar.Aku bertanya pendapat rakan aku tentang ceramah di masjid yang menggunakan pembesar suara dan dapat didengari dikawasan sekitar tu.Aku minta dia beri pendapat dengan jujur dan ikhlas, aku takkan berasa sensitif dan marah.

Senang sahaja jawapan dia, katanya mengganggu dan kami pun mahukan keselesaan atau privasi.Malam selepas tu aku jumpa pula dengan rakan aku berbangsa Melayu dan menceritakan pendapat rakan aku berbangsa Cina tadi.Katanya ‘memang bangsa kafir Malaysia macam tu, diorang tak mahu melihat agama Islam di Malaysia ni berkembang’.Lepas tu dia pot pet pot pet bercakap dengan ucapan berbaur perkauman.Bila aku tanya bila kali terakhir dia ke masjid mendengar ceramah, barulah tersengih-sengih macam kambing.

Alasannya ‘Aku dengar dalam TV jer..hehe’.Cheh..! Harghh tuihh punya budak.

Pada pendapat aku memang ceramah di masjid yang menggunakan pembesar suara sehingga boleh kedengaran satu taman sangat mengganggu.Apatah lagi kalau di kawasan kejiranan tersebut ramai yang bukan Islam.Pernah aku mendengar pendapat seorang ahli masjid, katanya itu salah satu cara menyebarkan dakwah pada orang bukan Islam.Tapi apakah mereka mendengar..? Dan yang lainnya, mereka memberi alasan mahu memberitahu orang ramai ada ceramah di masjid.

Apakah dengan cara ini kita berdakwah..? Seolah-olah memaksa orang untuk menerima penyampaian kita.Bukankah Rasulullah mengajar kita menggunakan pendekatan yang lembut dalam berdakwah dan bukan menggunakan paksaan.Kita perlu tahu hidup bertoleransi sesama kaum.Apa perasaan kita jika gereja, kuil atau tokong mengeluarkan bunyi bising dan menganggu privasi kita..? Pasti kita akan lebih melenting daripada mereka.Jangan merasa kita umat Islam sebagai majoriti di Malaysia boleh melakukan sesuka hati.Menghormati hak orang lain juga dituntut dalam Islam.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An Nahl 16:125)

Jangan keliru antara ceramah dan azan kerana laungan azan itu memang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Selepas ini mungkin ada yang akan melabelkan seorang yang liberal.Biasalah bak kata bekas mufti Perlis, Dr Asri kita memang susah untuk menerima pendapat yang sudah menjadi pegangan kita berkurun lamanya.

  1. bila difikir juga, apabila mereka melakukan upacara keagamaan mereka juga mengganggu kita, seperti church bells, choir, asap colok, traffic jam, sg gombak kotor diorang mandi, kuil dibina merata2 cerok sesuka hati, asap berkepol2 masa hungry ghost festival, dll. namun sbg muslim, kita hormati kepercayaan mereka. maka tak salah kalau mereka menghormati kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: