alonganaz

Bengkel Kereta, Bisnes dan Orang Melayu

In Uncategorized on February 13, 2010 at 1:52 pm

Pagi tadi (sabtu, 13/2/2010) aku melilau sekitar KL sebab nak mencari bengkel kereta.Kereta aku dah terlajak 5000 Kilometer tapi masih belum servis.Mulalah aku menggelabah sebab hari isnin ni (15/02/2010) aku nak ke Johor Bahru menghadiri kenduri kahwin abang ‘seperjuangan’ aku.

Lepas tu aku teringat seorang kawan baik aku yang bekerja di sebuah benkel kereta di Bangi.Aku hubungi dia dan nasib baik dia maklumkan yang bengkel dia buka hari tu.Jadi dari Damansara aku terus ke Bangi nak servis kereta punya pasal.Suram sahaja aku tengok bengkel tu tapi aku tetap bangga ada juga bengkel milik Melayu ditengah lambakan bengkel milik bangsa Cina yang lebih gah.

Masa aku tiba ada la 2-3 orang pekerja ataupun mungkin rakan kepada pekerja yang tengah melepak kat situ.Entah apa silap aku, mereka menjeling aku macam orang asing dengan wajah yang pailang atau langsi.Apa salahnya sambut pelanggan Melayu dengan senyuman.Ataupun mungkin mereka ni dari geng tiga line atau entah apa2 geng yang kebanyakannya terkenal dengan sifat macam tu.Kemana la hilangnya sikap peramah dan bersopan bangsa Melayu zaman sekarang ni pun aku tak tahu.Bangga sangat agaknya tengok orang sebelah mata.

Bila musim raya cina ni barulah nampak berapa banyaknya kedai yang tutup.Disini kita nampak pengaruh ekonomi bangsa Cina keatas negara yang kononnya milik mutlak bangsa Melayu ni.Nasib baiklah ada 7Eleven dengan kedai runcit India kalau tak nak pergi beli barang pun susah.Terfikir juga aku, ada kemungkinankah yang suatu hari nanti bangsa Melayu juga boleh kukuh dari segi ekonomi..?

Siapa kata bangsa Melayu tak pandai berniaga..? Tengoklah tokan2 dadah kecil tu bangsa apa..? Bangsa Melayu lah kan.Bila bangsa asing campak dadah dengan kuantiti yang banyak kita bangsa Melayu la yang jadi KULI tolong paketkan bungkusan tu kecil2 dan kemudian mencari pelanggan dikalangan bangsa sendiri.Aku pernah hisap dan jual dadah..aku tahulah.Dan aku tak malu untuk mengaku sebab apa salahnya berkongsi cerita yang akan memberi kebaikan kepada semua bukan..?

Dan lagi satu Melayu ni cuma minat pada perniagaan yang mudah.Mereka akan tertarik pada iklan2 di suratkhabar atau internet yang berbunyi begini :

  1. Modal RM100 sahaja..! Hari2 duduk depan komputer dapat duit tanpa buat apa..!
  2. Modal rendah..kerja senang..!
  3. Tidak perlu usaha..hanya tunggu duit sampai kedalam akaun anda..!
  4. Cara mudah cipta duit.Hanya klik sahaja..!

MENTALITI Melayu..semua nak mudah dan senang.Bila sebut kena usaha dan memerah keringat semua jadi takut.Mana ada berniaga yang ada jalan mudah sampai tak perlu usaha..

Sedih aku..

Gambar Hiasan Sahaja.

  1. kalau dahulu cina bangga makan duit dari kita, tp skang kita pulak bangga makan duit dia..

  2. betul bro….aku pun dulu macam tuh…tapi sekarang aku cuba tukar mentality tuh…memang banyak dugaan tapi insyaAllah kalau tepat dan betul matlamat kita akan berjaya….
    ramai kengkanwan aku pun macam tuh sedangkan peluang sedia terhidang kalau sanggup keluar keringat…inilah ajaran penjajah kepada bangsa kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: