alonganaz

Sahabat Dari Indonesia

In Indonesia, Kehidupan on January 27, 2010 at 6:33 pm

Tadi aku menerima sms dari seorang kenalan aku dari Indonesia yang aku panggil Arman.Dalam sms dia menyebut ‘bang anaz..esok saya akan pulang ke Indonesia.Terima kasih kerana mahu berkawan dengan manusia seperti saya.Harap suatu hari nanti kita akan ketemu lagi’.

Sudah beberapa kali aku ingatkan dia jangan panggil aku abang, namun dia tetap berdegil.Ohh buat pengetahuan kalian, aku berkenalan dengan Arman semasa aku bekerja di Bandar Tasik Selatan dahulu.Perkenalan aku dengan dia bermula di sebuah masjid selepas waktu zohor.Kemudian dijemputnya aku bertandang ke rumah kongsinya dan bercerita tentang hal kedua negara dalam keadaan yang aman.

Aku marah bila dia cuma dibayar RM30 sehari sedangkan kerja yang dibuatnya terlalu banyak dan berat.Namun dia tidak pernah mengeluh dengan keadaan itu kerana yang penting adalah rezeki yang halal.Aku tidak nafikan mereka warga Indonesia punya banyak kes kriminal seperti rompakan dan sebagainya namun itu hanya segelintir.Aku rasa lebih banyak masalah kriminal berpunca dari bangsa atau rakyat kita sendiri.Kadangkala mereka terdesak untuk meneruskan hidup seperti ditipu majikan dan sebagainya.

Banyak yang aku belajar dari mereka terutamanya bagaimana mereka meneruskan hidup dalam keadaan atau keperluan yang sangat minima.Mulanya ada dikalangan mereka yang tidak percaya aku sudi bercampur dengan mereka warga Indonesia namun lama kelamaan dapat juga kehadiran aku diterima.Dalam masa yang sama aku cuba menyelami hati dan perasaan mereka kerana aku mahu belajar semaksimum mungkin tentang kehidupan.Siapalah kita untuk memandang hina pada manusia lain kan..?

Buat Arman..semoga dia berjaya di Indonesia kelak.Untuk aku pula..akan cuba sebaik mungkin mencipta kejayaan di bumi Malaysia yang penuh bertuah ini..! Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: