alonganaz

Seni Beladiri Melayu

In Isu Semasa, Memori on January 14, 2010 at 6:47 am

Dedikasi untuk ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia..

Dah lama aku mahu menulis tentang seni beladiri bangsa Melayu di Malaysia namun terpaksa berhati-hati dalam menulis kerana apa pun yang aku tulis sedikit sebanyak akan membawa imej aku sebagai salah seorang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang aku sertai.Jadi aku harus berhati-hati dan berfikir panjang sebelum menulis tentang perkara ini.

Mula-mula aku diperkenalkan dengan silat Melayu adalah semasa aku berada di semester satu di kolej.Mulanya aku kurang berminat kerana beberapa sebab seperti mempunyai mentaliti silat Melayu tidak setanding dengan seni beladiri lain, zaman sekarang zaman pistol, boleh gaduh koboi dan beberapa sebab lain lagi.Malah semasa demonstrasi untuk memperkenalkan silat di kolej pun, aku sempat membuat lawak bodoh dengan merendahkan martabat silat tersebut.Namun selepas dicabar oleh rakan aku untuk menyertai silat ini dan memberi pandangan kemudian aku pun bersetuju.Begitu juga penerangan oleh jurulatih silat tersebut membuatkan hati aku terbuka sedikit untuk lebih mengenali seni warisan pusaka bangsa Melayu ini.

Sebelum itu aku cuma memandang seni beladiri bangsa asing seperti Taekwando dan Tomoi.Malah sebelum itu juga aku merupakan ahli taekwando dan pernah 3 bulan belajar tomoi dengan seorang ayahanda dari Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA)*.Jadi aku agak skeptikal dengan seni beladiri Melayu ni. *aku bukan ahli Pekida*

Namun selepas hampir setahun aku didalam silat banyak yang aku pelajari.Antaranya keindahan seni beladiri bangsa Melayu itu sendiri.Aku akan menulis berdasarkan konteks silat cekak Malaysia kerana aku ahli silat tersebut..antaranya betapa pentingnya kami berdiri lurus bukan sahaja didalam perlawanan malah didalam kehidupan.Pantang bagi kami untuk mengelak kekiri dan kekanan apabila diserang.Aku diajar apabila diserang jangan mengelak..terus sahaja ke hadapan untuk memupuk sikap berani dalam diri.Lagipun dalam Islam kita diajar berdiri diatas jalan yang lurus..Insyallah kemenangan akan berpihak pada kita.

Malah adab bersama guru juga boleh dipraktikkan didunia luar untuk saling menghormati.Didalam silat ini juga aku diajar untuk merendah diri biar setinggi mana pun ilmu kita.Sebab itu aku kecewa bila terdengar ada penuntut silat yang cabar mencabar antara satu sama lain untuk membuktikan kekuatan.Silat Melayu yang asli tidak seharusnya lari daripada ajaran agama Islam.Kita kena menghormati antara satu sama lain..dan yang paling penting bebas daripada unsur yang tidak menepati ajaran Islam seperti mantera dan jampi serapah.Aku diajar untuk bergantung hati pada Allah..bukan makhluknya.Silat cuma usaha dan tawakal kita dalam menjaga diri.

Walaupun aku seorang yang nakal dan agak liar, namun dengan silat aku dididik oleh guru dan jurulatih aku untuk mengawal diri dan bertenang dalam semua perkara..jadi aku akan sentiasa lebih beringat dan berwaspada didalam setiap kelakuan aku.

Yang mengecewakan aku apabila ada anak Melayu sendiri yang memandang remeh akan seni pusaka warisannya sendiri.Ada rakan aku kata ‘ala..skang zaman pistol kita tembak ajer’..’kalau gaduh koboi jugak cara lawan’..’ala alu tak cari pasal ngan orang..buat apa nak cari pasal ngan aku’.Aku mahu bertanya kalian..adakah Allah mengurniakan pistol pada kita..? Allah anugerahkan dua tangan dan kaki salah satunya adalah untuk mempertahankan diri.Maka disebut DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN’.Kita berdoa dengan apa..? Dengan tangan bukan..? Maka sebab itulah tangan juga sebagai senjata.Jika kita berfikir..akan ada maksud lain juga disebalik apa yang disebutkan itu.

Jika Allah SWT tak izinkan pistol itu meletup..maka tak akan meletuplah pistol itu.Gaduh koboi..? Bila kita dah lama dalam silat..kalau gaduh pun tetap akan refleks pergerakan kita dengan pergerakan silat..percayalah..aku dah alami sendiri.Zaman sekarang ni, kalau kita tak cari pasal dengan orang pun belum tentu kita tak akan menerima ancaman.Lihat sahaja media hari ini berapa banyak kes jenayah seperti bunuh dan sebagainya.Apa persediaan kita..? Terutamanya orang lelaki yang akan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Jadi berfikirlah dengan mendalam..kerana terlalu indah seni beladiri pusaka bangsa Melayu ini.Pengisiannya, semangatnya, adatnya dan lain-lain.Ini yang membuatkan kita berbeza dengan beladiri lain.Tuntutlah ilmu beladiri asalkan tidak meyimpang isinya dari ajaran Allah SWT.Kita bersilat bukan kerana silat..tapi bersilat kerana Allah SWT untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.

Terima Kasih pada Guru Utama Silat Cekak Malaysia, Datuk Haji Maideen Kadir Shah, YM Ustaz Haji Ishak bin Itam, Jurulatih PSSCM KLIUC Encik Zaini Marzuki dan seluruh ahli PSSCM di Malaysia.

Dari laman web PSSCM
www.silatcekak.org.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: