alonganaz

Tentera Sabil Yang Ke Neraka

In Fisabilillah, Islam on January 13, 2010 at 2:05 am

Semalam aku baca sebuah kitab karya Wahab Muhammad tentang manusia yang disangkakan mati syahid kerana berjihad tetapi apabila matinya ke neraka.Aku memang suka membaca tentang jihad terutama yang berkaitan dengan jalan fisabilillah.Mereka yang berjihad kerana Allah SWT dengan cara yang benar..akan dijanjikan syurga olehNya.Aku menulis kerana melihatkan senario di Malaysia dimana ramai mengaku khalifah dalam pertubuhan-pertubuhan yang mempertahankan agama dan bangsa..tetapi tidak jujur dan faham tentang erti perjuangan sebenar.

Mengenai manusia yang disangkakan syahid tetapi akhirnya masuk ke neraka ada satu sejarah seorang tentera Islam yang berjuang bersama Rasululullah baru mati selepas berperang.Selepas kematiannya ramai tentera Islam mengatakan dia akan masuk ke syurga.Tetapi Rasulullah mengatakan dia masuk neraka dan setelah dijelaskan dia rupanya bukan berperang kerana mempertahankan kalimah Allah SWT tetapi semata-mata kerana mempertahankan bumi Madinah.

Berperang kerana fahaman kebangsaan ini merupakan satu fahaman yang laris diperkatakan orang..sehingga kita menjadi keliru dan seterusnya kita memahami Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, ‘Arab itu Islam, Islam itu ‘Arab. Sudah menjadi kebiasaan kepada kita ucapan-ucapan seperti itu dengan kita tidak menyedari hakikat dan asal-usulnya. Kita tidak dapat menafikan bahawa perasaan kasih dan cinta kepada keluarga adalah perasaan yang ada dalam hati masing-masing..tetapi perasaan itu tidak boleh dijadikan ‘aqidah dan pegangan. Yang menjadi ‘aqidah dan pegangan ialah keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, ialah Islam yang kita sanjung tinggi dan kita junjung, dan kita anggap sebagai satu-satu yang lebih tinggi daripada segala yang lain.

Keduanya adalah mereka yang berjuang semata-mata mahu mendapat nama dan pangkat dan bukan benar-benar jujur dalam mempertahankan agama.Ini yang dapat kita lihat dalam pertubuhan-pertubuhan di Malaysia yang mendakwa khalifah dalam sebuah pertubuhan yang mempertahankan Islam..tetapi niat sebaliknya adalah semata-mata kerana mahu mendapt nama, pangkat dan kekuasaan dengan rakus.Memang sudah sikap manusia sangat rakus bila mahu mendapat nama.Dan neraka adalah janji Allah kepada mereka yang tidak ikhlas dalam mempertahankan kalimah Allah SWT.

Ketiganya adalah mereka yang merampas harta tahanan perang untuk dirinya sendiri.

Jadi pengajarannya janganlah kita sewenang-wenangnya mengatakan dan mengakui diri kita ini seorang pejuang fisabilillah jika kita sendiri belum memahami maksud sebuah perjuangan terutamanya yang bertujuan untuk menegakkan agama Islam.Banyak yang perlu kita pelajari dalam menegakkan jihad fisabilillah.Jika diri sendiri belum berjihad kearah positif dan kebenaran bagaimana kita mahu mengakui kita ini didalam sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri sendiri tentera sabil..?

  1. baru aku tau bnda ni.. huhu

  2. btol bro..aku sokong..kadang2 aku pon x faham kenapa org2 kita rela berkorban untuk bangsa dari agama..

  3. Hidup melayu hidup melayu tapi mampus masuk neraka.

    Hidup islam ..takbir!

  4. waktu itu orang melayu 100% orang islam. kalau tentera sabil tiada alamat mampus dah orang melayu waktu peristiwa 13 mei di KL. nak tulis blog pakai la akai sikit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: