alonganaz

Kemana Bangsa Melayu

In Isu Semasa on January 12, 2010 at 2:20 am

Aku jumpa dengan ramai rakan2 berbangsa Cina dan India dan aku suka memerhatikan reaksi mereka mengenai sikap orang-orang Melayu terutamanya generasi muda bangsa Melayu.Aku seorang yang sangat terbuka apabila pandangan dan kritikan negatif pada bangsa aku ini dilontarkan oleh mereka asalkan tidak melampaui batas dan apa yang diperkatakan oleh mereka itu boleh diterima akal.

Melayu malas, suka tunjuk samseng padahal muka macam pengkid, cakap macam bagus dan sebagainya sudah banyak kali aku dengar.Namun kalau mahu jadi bangsa yang maju kita tidak boleh melenting sebelum berfikir akan kebenaran kata-kata mereka walau agak pahit untuk ditelan.Disebabkan itu aku suka berdiam diri dan hanya memerhatikan sikap orang ramai terutama mereka yang berada disekelilingku.Tapi bukan bermakna aku hanya mebiarkan mereka mengkritik dan kadangkala aku pun akan membela semula bangsa aku ini biarpun selalunya aku yang akan malu semula.

Paling memalukan ialah cara berfikir anak Melayu yang majoritinya masih jauh kebelakang.Aku hairan kenapa masalah mat rempit hanya berlaku dikalangan orang Melayu.Dan mereka ini banyak merosakkan imej generasi muda Melayu dengan gaya mereka yang agak gasar dan hodoh.Kenapa anak Melayu tidak boleh maju dalam bidang ekonomi seperti anak bangsa Cina dan kemudian memandu kereta-kereta mewah dan bukan lagi merempit dengan motor2 cabuk.

Sebabnya mudah iaitu anak Melayu ini kebanyakannya ‘LOSER’ belum apa-apa dah menyerah kalah.Malah melihat masalah itu sebagai sesuatu beban dan bukan sebagai suatu cabaran dalam usaha nak mengenali hidup ni.Ada rakan aku yang aku ajak untuk melakukan sesuatu bisnes yang baik..belum apa-apa dah mengaku kalah.Aku tak pandailah..aku tak cekaplah dan apa-apa sahajalah yang negatif.Mengapa tak lihat tu sebagai suatu cabaran untuk berubah.Dan kita sangat suka menolak peluang yang datang pada kita sendiri tanpa disedari dan akhirnya menyalahkan keadaan semasa kerana kekurangan diri.

Allah SWT dah beri mata dan telinga jadi kita gunakanlah semaksimumnya untuk melihat peluang dan rezeki yang ada disekeliling.Kadangkala mereka nampak tapi disebabkan ego dan rasa dia sahaja yang benar akhirnya mereka melepaskan sesutu benda yang bernilai.Lebih teruk lagi anak Melayu dah ramai berebut nak jadi samseng dan mendapat nama dengan cara yang mudah.Mereka terlalu mengejar pangkat atau kedudukan tanpa berfikir apakah semua itu menyumbang kepada agama, bangsa ataupun pembangunan negara…? Bangsa Melayu ni sukakan perhatian tapi tak tahu bagaimana untuk melakukannya dengan cara yang betul.

Kita sudah cukup rasa selamat kerana ada Raja Melayu, Perdana Menteri berbangsa Melayu dan keistimewaan Melayu dijamin perlembagaan.Tapi dapatkah kita meramal masa hadapan..? Disaat kita selesa dan leka itulah biasanya perkara buruk dan ujian akan datang.Dan bila tiba saat itu apakah kita masih mahu menyalahkan orang lain dan tuding menuding sesama sendiri seperti kebiasaan..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: