alonganaz

Cerita Seorang Salesman

In Kehidupan on January 12, 2010 at 7:15 am

Semasa sedang ‘lunch’ petang tadi tiba-tiba aku ternampak seorang salesman atau dalam bahasa Meleis (Melayu) nya jurujual sedang mempromosikan produknya.Apa produknya aku tidak berapa pasti tetapi salesman itu buat aku tertarik dengan perwatakkannya.Biasa-biasa sahaja salesman itu..pakai pun tidak berapa kemas..nak kata kacak jauh sekali tapi riak mukanya yang menjadi perhatian aku.

Biarpun boleh dikatakan produk dia ditolak oleh setiap orang yang dia tawarkan namun muka dia tetap tersenyum dan tidak menampakkan riak wajah yang putus asa.Akhirnya saat yang aku tunggu tiba..iaitu kehadirannya ke meja aku.Kalau orang lain rimas dengan salesman..aku sebaliknya.Aku mahu belajar tentang hidup dari setiap orang walaupun dia itu cuma sekadar salesman ataupun orang yang kaki hisap ganja.

Selepas dia memberikan salam..dan aku menjawab salam, dia tiba-tiba membuat simbol ‘peace’ dengan tangannya.Dalam hati aku kata gila apa mamat ni sambil tersenyum kecil dengan kelakuannya.’Bang saya datang nak promosi diari Islam kat abang’.Aku suruh dia duduk sebab aku rimas tengok dia berdiri sambil memandang ke arah aku.Aku bukan jejaka kacak ataupun selebriti untuk mendapat perhatian sebegitu kerana itu aku suruh dia duduk.Berkenaan produk tu aku belek dulu sebelum menolak..mana tahu bagus tapi aku terpaksa menolak sebab aku dah ada diari.

Lepas tu aku tanya asal mana..katanya dari kampung.Bila aku tanya tak penat ke jalan tengah-tengah panas macam ni lepas tu tak ramai pelanggan pulak dan dia cuma menjawab ‘nak buat macam mana bang..cari rezeki.Takkan saya nak merompak.Allah SWT bagi rezeki ada kat mana-mana kita jer yang perlu usaha’.Kemudian sebelum dia tinggalkan meja aku..aku beri ‘bisnes kad’ padanya supaya dia boleh menghubungi aku kelak.

Dari jauh aku perhatikan..biarpun ditolak seorang demi seorang namun dia tetap tidak berputus asa.Aku harap dia tidak putus asa..mana tahu dihadapan aku itu bakal seorang yang berjaya dalam hidupnya nanti kan..? Jadi janganlah kita memandang hina pada orang yang selekeh ataupun salesman sepertinya.Kita sebenarnya boleh belajar daripada sesiapa sahaja asalkan kita berfikiran positif terhadap orang lain.Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain.Alangkah bagusnya jika semua orang Melayu bersikap sepertinya..pasti suatu masa nanti Melayu tidak akan dipadang rendah lagi oleh bangsa lain..šŸ™‚

  1. […] cerita tentang bagaimana aku mengagumi seorang salesman selepas menyaksikan kegigihannya menjual (LINK) barang, tapi kali ni aku sendiri nak berkongsi pengalaman aku menjadi seorang salesman hari […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: