alonganaz

Aku Benci MLM

In Isu Semasa on January 12, 2010 at 5:21 am

Dulu aku pernah dihubungi seorang rakan lama yang tiba-tiba sahaja bertanyakan khabar setelah sekian lama dia mendiamkan diri.Aku agak hairan bila dia tiba-tiba sahaja menghubungi aku semula.Setelah itu pula diajaknya aku keluar minum dan aku bersetuju sahaja sebab katanya dia belanja.

Namun rupanya ada ketam disebalik batu.Sampai sahaja aku ketempat yang dituju dia terus memperkenalkan aku dengan sebuah bisnes MLM yang diceburinya.Itu kali pertama aku kenal multilevel bisnes.Dalam hati aku ‘celaka betul la mamat ni..patutlah tiba-tiba jer tanya khabar aku’.Aku bosan dengan orang yang suka berselindung disebalik perkara dan ada niat terselindung.Rasanya semua orang pernah terkena dengan orang-orang MLM ni.

Aku pernah terdengar cerita dari seorang rakan aku yang bernama Baim bagaimana orang-orang multilevel ini mahu menyakinkannya betapa hebatnya bisnes ini..sehingga sanggup menunjukkan kereta sport yang dipakainya dan dengan megah menunjukkan penyata slip banknya yang masuk beribu-ribu seminggu.Ini antara mengapa ramai orang mengelak untuk mendekati bisnes yang bagi aku sebenarnya sangat hebat ni.Iaitu sikap daripada orang-orang multilevel ini yang mempunyai niat salah.Sepatutnya mereka meletakkan keinginan untuk membantu orang lain berjaya melebihi dari mendapat keuntungan untuk dirinya sendiri.

Faktor lain yang menyebabkan bisnes MLM dibenci pula ialah cerita-cerita negatif daripada orang yang pernah terlibat dalam industri MLM sendiri.Mereka yang pernah gagal dalam MLM ini akan menceritakan keburukan MLM pada orang lain dan menjaja cerita betapa bahawa MLM ini adalah sesuatu perniagaan yang menguntungkan sebelah pihak sahaja.Dan kebanyakan mereka ini adalah bangsa Melayu yang memang mempunyai perangai tipikal sedemikian.Aku banyak belajar dari kegagalan orang termasuk diri aku sendiri.

Mereka ini gagal kerana niat yang salah sebab apa yang difikirkan dalam kepala otaknya hanyalah duit dan keuntungan sahaja.Mereka mempunyai persepsi mahu kaya dengan cepat dan menganggap MLM adalah salah satu batu loncatan untuknya mencapai kekayaan dengan jalan yang singkat.Sepatutnya yang dilakukannya adalah menimba ilmu dan bersusah dahulu sebelum menjalankan perniagaan.Dan sepatutnya mereka kikis keinginan menggunakan orang lain untuk mengaut keuntungan..sebaliknya benar-benar ikhlas didalam membantu orang lain untuk berjaya didalam perniagaan ini.Kita sepatutnya senang melihat dan membantu untuk menaikkan taraf ekonomi bangsa kita walaupun terlibat didalam sebuah perniagaan yang dibenci dan dipandang sinis oleh kebanyakan orang Melayu sendiri.

Tiada jalan mudah nak mencipta kejayaan atau kekayaan kerana semuanya bergantung pada usaha dan bagaimana kita bekerjasama dengan orang lain sendiri.Kalau mahu berjaya kita kena bercampur dengan orang yang berjaya..ataupun dengan orang-orang yang hebat dan berpandangan jauh kehadapan.Bukan dengan orang yang sentiasa melihat sesuatu perkara lain yang tidak selari dengan pendapatnya sebagai sesuatu yang negatif.

Industri MLM suatu industri yang hebat biar apa pun orang kata tentangnya.Yang PALING PENTING kita harus pandai menilai dan mengkaji dahulu kekuatan dan latarbelakang syarikat MLM yang mahu kita sertai.Bukan dengan secara semberono..pilih syarikat yang benar-benar kukuh dan ketua yang beoleh membantu kita berjaya dengan strateginya.

SELAMAT BERJAYA..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: