alonganaz

Penggunaan Nama Allah

In Islam on January 8, 2010 at 7:52 am

Secara dasarnya aku pun tak menyokong penggunaan nama Allah didalam akhbar the Herald.Kerana terlampau keraguannya yang tidak munasabah.Antaranya kenapa hanya dalam penerbitan berbahasa Melayu dan bukan berbahasa Inggeris..? Alasan juga tidak munasabah iaitu katanya tidak semua orang Sabah beragama Kristian boleh berbahasa Inggeris.Takkanlah bodoh benar orang Sabah sampai maksud perkataan ‘GOD’ dalam Bahasa Melayu pun mereka tidak tahu..?

Namun aku pula tidaklah menentang pengunaan nama Allah seratus peratus kerana cara yang lebih baik adalah kita dengar dulu penjelasan dari bijak pandai dan tidak membuat andaian melulu yang boleh menjatuhkan imej kita sendiri.Siapalah kita untuk mengatakan orang itu atau orang ini salah tanpa membuat penelitian terlebih dahulu.Ini masalah bangsa Melayu kita sukar menerima sesuatu yang asing bagi kita dan terus menolak sesuatu perkara secara mentah2.Kalau terlalu asing dikatakannya liberal atau apa-apa sahajalah.

Aku menolak penggunaan nama Allah SWT di Malaysia kerana terlampau banyak perkara yang meragukan dan lebih teruk kita dibiarkan tertanya-tanya dengan apa yang berlaku sebenarnya.Maka ramai yang membuat andaian sendiri serta boleh menimbulkan sentimen kebencian antara satu sama lain.Perkara ini tidak menghairankan di Mesir atau negara arab lain kerana mereka menyebut nama tuhan dengan nama Allah juga.Tapi disekatakan didalam semua kitab mereka tidak kira bahasa dan didalam The Herald..cuma penerbitannya yang berbahasa Melayu..??

Kadangkala benda semacam ini pun boleh dijadikan strategi oleh ahli politik.Masing-masing mahu kelihatan jaguh dimata orang ramai.Malah menteri besar Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat sendiri tidak sependapat dengan sesetengah ahli Pas yang lain.Ada yang menyokong dan ada yang menentang..

Saat ini juga muncul banyak bantahan dari umat Islam di Malaysia kononnya Islam dicerca..digadai maruahnya serta berbagai lagi cemuhan dan kritikan dengan disertai perasaan marah kepada Akhbar The Herald.Malah di Facebook ada kumpulan ditubuhkan ‘Menentang Penggunaan Nama Allah oleh Bukan Islam’.Semua menyalahkan akhbar The Herald seratus peratus kononnya menghina Islam.Kenapa tidak menuding jari pada diri sendiri..? Selama ini adakah kita mempertahankan Islam dengan kuat di Malaysia..? Bersatukah kita semua..? Perpecahan kerana perbezaan parti politik dikalangan orang Melayu sendiri sudah cukup menyakitkan hati.Ada golongan elit dan golongan yang menganggap mereka betul dalam semua perkara.Bila dah terjadi baru umpama ‘ayam berak kapur’.

Malah ada ulamak sendiri membuat kenyataan tuhan Islam dan Kristian adalah sama.Mana boleh sama..? Allah didalam Islam adalah esa,tunggal, tidak beranak dan diperanakkan sebagaimana yang tertulis dalam surah al-ikhlas.Allah/God didalam kristian membawa maksud triniti iaitu tuhan bapa,tuhan anak dan ruhul qudus.Dimana samanya.Jika kita anggap sama, maka kita juga boleh dikatakan mensyirikkan Allah.

Ingat..jangan hanya membuat perbandingan dengan negara-negara lain sahaja tapi kita kena perhatikan juga sosio budaya dan geografinya yang berbeza.Dan jika kita benar-benar bersatu padu, penggunaan nama Allah oleh umat kristian ini tidak akan ditakuti boleh memesongkan akidah umat Islam.Yang ditakuti penggunaannya kerana boleh memesongkan akidah..ini bukti masih ramai yang tidak kuat akidahnya.

Berikan bukti Allah digunakan di Vatican City dan digunakan oleh Pope Benedict..? TIDAK ADA.Namun kita harus berhati-hati dalam bertindak kerana selain boleh menjejaskan perpaduan kaum..juga boleh menunjukkan kelemahan dan kebodohan umat Islam yang majoritinya berbangsa Melayu sendiri.Lebih baik bertindak dalam diam dengan perancangan yang teliti dan halus daripada berteriak tanpa tindakan disana-sini.

Mahu simbol ini di gereja..?

Berikan kebenaran pada mereka menggunakan simbol Allah..lama kelamaan jadi begini mahu salahkan siapa..? Berikan penjelasan sebaik-baiknya.

  1. Assalamualaikum. Saya juga tak setuju penggunaan nama Allah oleh orang Kristian di Malaysia. Saya sokong sepenuhnya penyataan saudara di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: