alonganaz

Lagenda Taming Sari

In Isu Semasa on December 16, 2009 at 3:27 am


Keris Taming Sari yang berada dalam simpanan Sultan Perak sekarang.

Kalau dalam dunia Islam..pedang Zulfiqar adalah salah satu senjata terkenal yang pernah digunakan oleh Rasulullah SAW dan Saidina Ali R.A.Pedang ini ghaib pada satu ketika dan dikatakan akan muncul dan digunakan semula oleh Imam Mahdi bersama angkatan Panji Hitam dari timur untuk menentang musuh Islam diakhir zaman. (LINK)

Manakala di dunia nusantara terutamanya alam Melayu..terdapat juga sejenis senjata yang agung iaitu keris taming sari.Keris taming sari adalah mengikut nama pemilik asalnya dari tanah Majapahit iaitu Taming Sari.Taming Sari telah ditugaskan oleh bendahara Majapahit..iaitu Patih Gajah Mada untuk membunuh laksamana Hang Tuah.Tetapi semasa pertarungan antara Hang Tuah dan Taming Sari telah memihak kepada Hang Tuah.

Kerana menghargai kemenangan Hang Tuah..keris Taming Sari telah dihadiahkan pada Sultan Mansur Syah iaitu Sultan Melaka ketika itu sebelum dianugerahkan keris itu pada Laksamana Hang Tuah.Pemiliknya dikatakan akan menjadi kebal dan keris Taming Sari juga pernah digunakan oleh Hang Jebat untuk menawan Istana Melaka dan menderhaka pada Sultan Mansur Syah.

Semasa pertarungan yang dikatakan memakan masa 7 hari dan 7 malam itu..Hang Tuah dikatakan dapat menewaskan Hang Jebat apabila berjaya merampas kembali keris Taming Sari dari tangannya.Dikatakan pada zaman kesultanan Mahmud Syah..Hang Tuah yang dikatakan kecewa apabila turun dari puncak Gunung Ledang telah menengelamkan keris Taming Sari ke dasar sungai Duyung Melaka.Kata Laksamana Hang Tuah apabila suatu hari keris ini timbul semula didasar Sungai Duyung maka itu jugalah hari Laksamana Hang Tuah akan muncul semula di Melaka.

Ada juga hikayat yang mengatakan keris itu dipulangkan semula ke Sultan Mahmud Syah sebelum diwarisi oleh Sultan Muzaffar Syah II iaitu Sultan Perak pertama dan diwarisi sehingga hari ini oleh Sultan Perak sekarang iaitu Sultan Azlan Syah.Jika benar itu ialah keris Taming Srai yang asal..hanya baginda Sultan Perak yang boleh mengesahkannya namun benar atau tidak ia yang asal..masih menjadi pertanyaan sehingga kini.

Segagah tuan asalnya Laksamana Melaka terbilang
Sarung dan hulu bersalut emas
Kesaktiannya diluar jangkaan manusia
terbang ke udara bagaikan peluru berpandu
Mencari sasaran musuh durjana
Bukan mudah untuk menghunusnya
Kalau bukan orang terpilih dan kena pada ketikanya

Menurut hikayat yang ampunya cerita
Hang Tuah malu menyembah Duli Yang Di Pertuan
Satelah gagal meminang Puteri Gunung Ledang
Keris diberi kepada Tun Mamat sebagai penebus malu
Untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.

Kekallah keris ditangan Baginda
Hingga diwariskan kepada Raja Muzzaffar
Sultan Perak yng pertama
Diturunkan kepada setiap Sultan
Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.


Shamelin2u.com

  1. mane ko dapat ni?? best tol la.

  2. Ohh ni aku cari sendiri bahan dia dengan dengar orang citer.

  3. saya musykil dgn baris ke empat puisi/syair diatas..
    “Segagah tuan asalnya Laksamana Melaka terbilang
    Sarung dan hulu bersalut emas
    Kesaktiannya diluar jangkaan manusia
    terbang ke udara bagaikan PELURU BERPANDU

    terbang ke udara bagaikan Peluru Berpandu?
    apakah puisi/syair ini di tulis pada zaman moden?..
    saya disini tidak sesekali mempertikai jika keris Taming Sari di bawah penjagaan baginda Sultan Perak..

    cuma ingin tahu apakah puisi/syair ini ditulis pada zaman moden?

Leave a reply to IZzuL Cancel reply