alonganaz

Malik Noor

In Kehidupan on October 29, 2009 at 5:47 am

Malik Noor

Percaya atau tidak semalam aku jumpa pelakon era 80-an yang juga jaguh bina badan..Malik Noor (gambar) di Taman Shamelin Perkasa..Cheras atas urusan mesyuarat bisnes yang aku tengah sertai sekarang.Tak adalah aku ingat sangat dia..sebab waktu populariti dia tengah memuncak..aku masih menggunakan botol susu lagi.

Mulanya aku ingat dia serius sahaja..tapi semasa membuat pembentangan (presentation) tentang produk syarikat..dia sebenarnya seorang yang kelakar.Ada seorang budak kecil..iaitu anak kepada salah seorang ahli syarikat tersebut mengajuk2 dan meniru setiap patah perkataan Malik Noor sehingga dia akhirnya berkata ‘Ehh budak kecik ni aku katuk nanti jadi lagi pendek baru tau’.Lepas tu semua yang hadir tertawa.

Ohh lupa..dia sekarang dah bergelar Dato’ tapi masih merendah diri dan tampil ringkas dihadapan semua orang.Dan cara pemikiran dia membuat aku rasa hormat pada dia terutama apabila dia menegaskan bahawa orang Melayu mesti keluar dari sikap dan pemikiran negatif yang ada sekarang untuk terus maju.Memang dia seorang yang kelakar..sampai aku ketawa gila2..Lepas tu dia perasan aku terlebih dia cakap ‘kau suka sangat kenapa..? aku ajak kau bergasak baru tau’.Hahaha..

Aku tak rasa teruja sangat dapat tengok dia..yang aku rasa teruja ialah dapat belajar cara pemikiran dia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: