alonganaz

Kerja Makan Gaji

In Isu Semasa on October 29, 2009 at 6:58 am

Pengalaman bekerja makan gaji cukup meletihkan bagi aku walaupun dapat juga menimba pengalaman sikit2.Kepada rakan aku yang masih belajar di kolej tak kira la dalam diploma atau ijazah..korang belajar elok2 teori tu nanti sedikit sebanyak akan membantu dalam suasana sebenar yang lebih praktikal.

Cuma benar kata orang..bila bekerja makan gaji tak banyak perubahan positif yang dapat kita lakukan dalam hidup kita.Bukan mahu menghina mereka yang makan gaji..tapi ini realiti kerana dunia makan gaji ni membataskan daya kreativiti kita..dan tak banyak yang boleh kita lakukan untuk maju melainkan mengharap penilaian prestasi kerja dari bos yang macam2 kerenah.

Sekarang ni aku cuba nak berubah..dua tiga bulan ni aku dah ‘survey’ jenis perniagaan yang akan menguntungkan.Lagipun aku minat berniaga..untuk apa aku belajar pasal pentadbiran perniagaan kalau aku ‘stuck’ dalam dunia yang membataskan pergerakan aku.Dan hasilnya ada dua sahaja bentuk perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi iaitu bisnes dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Kenapa..? Dalam ekonomi gawat pun orang sentiasa mahu mendapatkan ilmu..dan ibubapa pun sentiasa mahukan pendidikan yang terbaik buat anak mereka.Sebab itu pusat tuisyen sentiasa penuh kan..? Begitu juga dengan bisnes kesihatan..orang sentiasa mencari suplemen kesihatan terbaik demi meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia hari ini yang persekitarannya sangat tak sihat ni.

Jadi langkah aku seterusnya..? Ha adalah..malas nak kecoh sana sini kalau belum ada nampak tanda kejayaan.Yang paling penting sebelum nak pergi jauh..diri kita sendiri kena berubah.Mana2 yang buruk kita cuba elokkan..dan diri aku sendiri perlukan banyak perubahan untuk kearah yang positif.

DAN..aku cuma beri masa TIGA BULAN sahaja pada diri aku sendiri untuk keluar dari kehidupan sekarang yang terkongkong dari segi masa dan kewangan.Aku mahu bebas dari segala masalah duit dan masa..kalau tak jadi jutawan pun syukur kalau rezeki makan pakai cukup tanpa pening kepala.Malulah..umur aku dah 22tahun kalau masih nak meminta2 dengan kedua ibu bapa aku.Kalau nak berniaga kat pasar malam pun aku tak ada hal..

Kalau aku berjaya syukurlah..kalau aku gagal..itu pengalaman untuk bangkit dari kesilapan.

Pandangan negatif orang lain..? Memang penyakit bangsa Melayu..😉

Pejabat

  1. haha..btol aku sokong..slagi kita mkn gaji mmg susah perubahan utk diri kita berlaku..

  2. cayala bang naz..
    lagipun dalam islam pun menuntut umatnyer berniage..
    tapi dari sumber yang halal la bang..
    nabi kite dulu pun hidup dengan berniage..
    semoga berjaye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: