alonganaz

Beyonce Punca Runtuh Akhlak..?

In Isu Semasa on October 26, 2009 at 5:01 am

Kalau nak ikutkan aku ni bukannya peminat Beyonce yang tak jadi datang Malaysia tu pun..cuma aku nak tertawa dengan protes Pak2 Lebai yang bersungguh2 menghalang konsert tu diadakan sebab dikatakan punca keruntuhan akhlak muda mudi di Malaysia.

Kenapa la sempit sangat pemikiran mereka ni..? Disebabkan sikap kekampungan ni la yang menjadi salah satu punca orang Melayu susah nak kehadapan dalam segala bidang.Bagi aku protes ni tak lebih dari sekadar mahu menarik perhatian orang ramai dengan isu politik yang sempit terutamanya dari pihak pembangkang.Setakat konsert Beyonce tu takkan menyebabkan punca keruntuhan akhlak punya.

Lagipun dia dah berjanji nak menjaga etika pakaian dia disini.Lebih teruk lagi penyanyi kita tu yang buka baju dengan lambang ‘S’ kat dada..ataupun penyanyi dari Indonesia yang suka menunjukkan aksi menjengkelkan di Malaysia.

Kalau tak boleh nak ke konsert pun..masih ada banyak ruang lain yang membolehkan muzik video dari barat ditonton.Bila terlalu dikongkong..maka sikap akan memberontak akan semakin menebal.Aku bukan nak menggalakkan maksiat..aku pun tak suka dengan keruntuhan moral akhlak remaja Melayu sekarang ni.Banyak cara lain lagi kalau betul kita nak mengatasi keruntuhan akhlak ni daripada terpekik terlolong berdemonstrasi..

Habis bagaimana dengan remaja di kampung2 yang kadangkala lebih teruk kes keruntuhan akhlak mereka berbanding di bandar..? sedangkan keadaan sekeliling mereka lebih kurang terdedah pada aktiviti sosial berbanding remaja di bandar..?

Lihat sahaja remaja dari negara Arab disini..kadangkala sikap mereka lebih teruk dari kita sedangkan negara mereka lebih kuat mengamalkan perundangan Islam.Berfikirlah secara matang..tapi bila kita berfikir secara matang bukan bermakna kita kena bersikap macam makcik2..tetapi matang bermakna tahu membezakan mana baik dan buruk.

Perkara sebegini akan menimbulkan persepsi negatif sahaja pada negara kita dimata orang luar.Hidup di Malaysia ni terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama..jadi peka la pada sensitiviti masing2.Pelik aku..kadang2 orang berkopiah ni lebih teruk mencaci maki orang lain.Tak perlu mencari publisiti murahan dengan isu politik yang sempit.. nanti orang meluat.

Tetapi satu sahaja..jangan menuduh agama mengongkong kehidupan apabila kecewa konsert Beyonce dibatalkan..berhati2 dalam berbicara nanti menimbulkan kata2 yang fasik.Kalau ada salah silap aku minta maaf.

Baca tulisan Siti Jarum..wartawan hiburan di Utusan Malaysia..agak bagus. (LINK)

beyonce-picture-1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: