alonganaz

Solat Laju 2 Minit

In Islam on October 24, 2009 at 12:57 pm

Bukanlah niat aku untuk menunjuk pandai jauh sekali untuk berlagak alim sebab aku pun bukan baik sangat.Macam anak muda lain..aku pun nakal dan suka berfoya2 juga.Tapi apa salahnya aku nak tegur terutamanya rakan segenerasi dan juga rakan di kolej tentang cara solat mereka yang kadangkala sangat menjengkelkan.

Salah satunya ramai rakan aku yang suka sembahyang laju ibarat manusia yang kelam kabut dan gelojoh.Ada 2-3 rakan aku dulu yang aku perhatikan bila solat..laju sangat.Bila dia sujud atau rukuk..aku cuba mengikut dalam hati bacaan ketika itu tapi belum sempat habis..dia dah bangun dan selesai.Kenapa anggap remeh rukun solat..?

Tahukah dalam solat terdapat satu rukun yang dipanggil tomakninah..? Tomakninah bermaksud berhenti sebentar ketika habis ayat dalam solat.Dan tomakninah terdapat pada tiga tempat iaitu rukuk..sujud dan duduk diantara dua sujud.Jika salah satu rukun diabaikan..maka solat tidak sah.Begitu juga sikap rakan aku yang baca surah dalam keadaan yang sangat laju dengan kelajuan melampau.

Ingat bila baca surah..wajib kita berhati2 pada tajwidnya..atau jumlah harakatnya.Yang panjang tidak boleh dipendekkan dan begitu juga sebaliknya.Tertanya juga dalam hati aku..? ikhlaskah ibadah mereka ini..? Ikhlaskah mengadap tuhan dalam keadaaan yang kelam kabut..? Atau sekadar mematuhi arahan orang tua sahaja.

Apa perasaan kita jika orang berkata pada kita dalam keadaan yang laju dan gelojoh..? tentu kita marah.Adab mengadap raja atau pembesar  ialah bertutur dengan tertib dan bersopan supaya tidak dikata kurang ajar.Inikan pula dengan Allah SWT yang memerintah segala yang ada dilangit dan bumi.

Ibarat..lebih baik tidak payah bersedekah pada fakir miskin kalau hati tidak ikhlas dan sekadar menunjuk2.Begitu juga ibaratnya dengan Allah SWT..

roket

  1. nabi pernah bersabda..” org yg bersembahyang laju adalah org yg mencuri dlm solat”..

    p/s mari kita bersama renungkan..

  2. Betol..aku setuju dengan pendapat kowang…kadang2…aku pun xkhusyuk dsbbkan kelajuan diaowg 2..aku baru rakaat kedua…lepas 2 diaowg baru start..then diaowg habis dulu….fuh kencang betol diaowg nyer bacaan…pelik2..aku pn muda gak…diaowg laju sbb diaowg xanggap yg allah swt 2 kat depan diaowg…pas 2 tergaru saner…tergaru cni…ya allah…takut nyer aku dgn siksaan tuhan…mintak2 lah umat yg mcm ini amik iktibar…amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: