alonganaz

Pandangan Ulamak Tentang Sejadah Berdiri

In Islam on October 24, 2009 at 12:02 pm

Dibawah adalah pandangan dua ulamak Islam terkenal iaitu Datuk Hassan Din Al-Hafiz dan Ustaz Zawawi Yusoh tentang kejadian sejadah berdiri yang kerap berlaku akhir2 ini hingga menimbulkan kegemparan.Wawancara aku ambil dari majalah al-Islam edisi November.

Abu Hassan Din Al-Hafiz

Sekiranya kejadian ini benar maka sudah pasti ada yang menggerakkannya ibarat pokok yang bergerak ditiup angin.Walhak kita tahu pokok tidak mampu bergerak.Kejadian ini dilakukan oleh makhluk halus yang bertujuan mengganggu manusia dan memperlihatkan kemampuannya.

Ustaz Zawawi Yusoh : Ia adalah fiksyen dan rekaan daripada manusia yang mahu menimbulkan perkara pelik bagi mendapatkan perhatian dan tumpuan orang ramai tambahan dalam keadaan masyarakat hari ini yang terlalu tertarik pada perkara pelik dan khurafat.

Ulasan aku : Lihat tu..ulamak dah pesan.Jadi janganlah kita melakukan sesuatu yang membolehkan umat Islam ditertawakan kerana mahu menarik perhatian dengan perkara yang tidak masuk akal.Kejadian sejadah berdiri di negara arab ya ng disebarkan melalui laman web youtube juga sudah dibuktikan angkara jin dan manusia jahat.

Jadi hentikanlah menulis atau tertarik perhatian pada perkara seperti ini yang membuatkan bangsa kita bangsa Melayu terus hidup dengan pemikiran kolot.Allah SWT melantik kita sebagai khalifah di muka bumi kerana sifat kita yang sempurna.Telah tertulis ‘manusia adalah sebaik kejadian makhluk ciptaan Allah SWT’.Salah satunya kerana kita dikurniakan akal..walaupun terhad dan terbatas..akal itu masih boleh digunakan untuk perkara yang sangat jauh seperti membezakan yang mana baik dan buruk.

Fikirkan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: