alonganaz

Kisah Pengembara Benua

In Peribadi on October 22, 2009 at 3:46 pm

Dalam aku melayan keindahan malam di tepi waterfront..tiba2 aku ditegur seorang lelaki Melayu seiras Cina.Tanpa aku jemput..dia memulakan bicara.Katanya ini kali pertama dia jejakkan kaki di Kuching selepas 8 tahun tidak pulang ke Sarawak.Malah bahasa dialek Sarawak dan bahasa Melayunya juga sudah tidak berapa fasih kerana terlalu lama menetap dinegara orang.

Melihatkan raut wajahnya aku terperanjat bila dia kata sudah berumur 35..kerana dia nampak jauh lebih muda dari apa yang dikatakannya.Aku tanya kenapa lama tak balik Malaysia..bekerja ke di negara orang..? Jawabnya tidak tapi bawa diri sebab kisah cinta dia yang tak kesampaian.Dalam hati aku dah mengutuk..boleh tahan juga kecewa mamat ni sampai bertahun tak balik Malaysia.

Tapi aku tak berminat nak tahu kisah cinta dia lantas aku bertanyakan pengalaman dia di negara orang.Kata dia..negara yang pertama dituju adalah Australia dan kemudian di UK.Katanya bila dinegara orang putih..semuanya indah apa lagi kemajuan dan kemudahan disana jauh lebih kedepan berbanding Malaysia.Malah dengan mengembara dia dapat kenal pelbagai budaya di tempat orang.

Rasa teruja aku mendengar kisah dia bila dapat mengembara dan menimba pengalaman dinegara orang.Malah dia turut menasihatkan aku dan 2 orang rakan aku lagi supaya jika ada rezeki..merantaulah ke negara orang.Kadangkala apa yang dilihat baik disini..tapi tidak dinegara orang..begitu juga sebaliknya.Memang banyak kisah yang dia ceritakan sampai abang yang bermain gitar sape ditepi waterfront pun turut menyertai perbualan kami.

Kadangkala kami serius..kadangkala kami tertawa mendengar kisah dia.Walaupun sudah 4 jam berlalu..namun cerita dia masih tidak putus.Hingga habis 2 kotak rokok dunhill 14 aku di pau mereka..dan 2 kali aku kencing dalam sungai rajang.Lepas mendengar kisah dia..aku pun dah tekad satu hari nanti aku pun nak mengembara ke tempat orang juga.

Bila ditanya kenapa dia balik semula ke Kuching..dia memberikan jawapan yang amat bernas iaitu ‘Hebat mana pun negeri orang..tapi tanah kelahiran aku juga paling dihati’.Selepas itu kami pun berlalu pulang dan aku berjanji untuk berjumpa dengan dia di KL nanti..kerana dia akan bekerja di KL juga.Ohh lupa..mamat tu dah kahwin ngan orang KL..haha.

Pengembara


Shamelin2u.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: