alonganaz

Gitar Sape

In Peribadi on October 22, 2009 at 4:17 am

Semasa berjalan jalan di tebing sungai Rajang..iaitu waterfront di Kuching aku terjumpa dengan seorang lelaki iban atau ulu sedang bermain gitar sape elektrik.Gilalah..tak sangka aku ada gitar sape elektrik..siap pakai amp lagi.Untuk yang tak tahu apa tu gitar sape..gitar sape adalah gitar tradisional masyarakat peribumi Sarawak yang hanya mempunyai 4 tali.

Di malam yang indah tu aku mendengar dengan khusyuk alunan muzik gitar sape yang mengasyikkan sambil melayan teh dangdut.Teh dangdut..? memang ada teh dangdut di sebuah gerai di waterfront.Bercerita tentang pemain gitar sape tadi..dia bermain sambil meletakkan bekas duit dihadapannya.

Ada beberapa pelancong tempatan dari semenanjung aku lihat rasa teruja dengan alat muzik yang agak asing bagi mereka.Dan mereka malu2 untuk mengambil gambar dengan lelaki yang bermain gitar sape tadi..walaupun pemain gitar sape tu menghulurkan senyuman.Mungkin kerana wajahnya yang agak ganas dan bertatu lantas menimbulkan persepsi yang menakutkan pada pelawat tadi.Bukannya dia nak sumpit ko pun kalau setakat nak bergambar..

Bila aku tegur.. rupanya mereka ni pelajar UNIMAS ngan UiTM.Ada 2 orang sekampung dengan aku di Negeri Sembilan.Kata mereka..mereka teringin nak belajar gitar sape tapi tak tahu mana nak belajar.Betul juga..kursus gitar sape mana ada kat Yamaha Music.Haha..

Tak apa..dekat akustik gitar pun boleh main sebiji macam bunyi gitar sape.Main kat tali 1 hingga 3..tapi kena ‘tune’ sikit..Ohh gambar ni bawah ni bukan gambar pemain sape yang aku jumpa tu..tapi pekerja di perkampungan budaya Sarawak.😛

Gitar Sape

  1. kalau nak tau..dia nilah yg main sape kt waterfront tu…hehehe.,,,

  2. siapa..? kamu atau lelaki dalam gambar diatas..? wahh excited bah aku..haha.

  3. memang dia ni lah yang main kat tebingan waterfront tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: