alonganaz

Aku Ahli Pekida..?

In Fisabilillah on October 21, 2009 at 6:12 am

Bila aku banyak menulis tentang baiah..ada pembaca yang dapat mengagak aku adalah salah seorang dari ribuan ahli PEKIDA.Maaf..ingin aku jelaskan disini bahawa aku BUKAN ahli PEKIDA atau tiga line.Harap jangan ada salah faham selepas ini.

Apabila disebut tentang baiah di Malaysia..ramai akan mengaitkan ia dengan PEKIDA semata2 tanpa mengetahui asal usul baiah yang merupakan salah satu dari sunah Rasululullah SAW.Baiah di Malaysia bukan diasaskan oleh PEKIDA sahaja..cuma perkataan dan upacara baiah itu sahaja sinonim dengan PEKIDA.

Jika dilihatkan daripada sejarah Malaysia ini..upacara baiah itu telah lama dilakukan sebagai salah satu medium untuk berjuang di atas jalan sunah.Bukankah mengikut perkara yang tiga dalam Islam iaitu AL-QUran..As-Sunah dan Al-Hadis dan mengikut ini semua wajib bagi ahli sunah wal-jamaah.Baiah juga adalah salah satu daripada sunah Rasul yang harus diikuti oleh umat Islam.

Perjuangan Rosli Dhobi dalam Rukun 13 di Sibu..Sarawak juga berbaiah namun adakah dia ahli PEKIDA..? Bukan.Begitu juga dengan perjuangan Mat Kilau..Dato’ Maharajalela di Perak semuanya jika dikaji adalah melalui proses baiah terlebih dahulu.Baiah adalah perjanjian taat setia berpandukan sunah Rasulullah dan bukan hak mutlak PEKIDA semata-mata.

Malah tentera2 Malaysia juga berbaiah sebelum diserapkan ke benteng pertahanan negara iaitu taat setia pada Yang Dipertuan Agong..Perdana Menteri dan negara Malaysia.Ini juga satu upacara baiah cuma ia tidak dipopularkan dengan nama baiah..sebaliknya dengan nama ikrar taat setia.Baiah boleh dilakukan sesiapa sahaja dan bukan hanya tertakluk pada ahli PEKIDA.

Ingat..tanpa kita sedari atau tidak..lafaz taat setia itu berlaku dimana sahaja termasuk bacaan didalam solat.Kaji sendiri kebenaran hakikat yang aku katakan ini.

Lagi satu ini blog peribadi aku..bukan blog untuk menimba ilmu berkenaan PEKIDA atau tiga line.Jadi jangan salah faham dengan tujuan blog ini.Kalau nak menuntut ilmu pergi cari guru dan menimba ilmu secara bertentang mata..membaca cuma hanya salah satu dari cara untuk menuntut ilmu.Ilmu yang didapati dari bacaan pun harus diselidiki semula dimana2..kerana aku juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.

Terima Kasih.

baiah

About these ads
  1. pekida?? apa tu?? sejenis kuih ker????…hehehe

  2. pekida 2 makanan orana dulu2 ke hahaha

  3. patut la, tak sembelih lg… ptt ar tak tau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: