alonganaz

Manusia Gemuk

In Kehidupan on October 19, 2009 at 5:02 am

Pagi tadi semasa membaca suratkhabar aku tertarik dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang tidak gembira kerana peningkatan bilangan rakyat di Malaysia yang menghidap obesiti atau dalam bahasa pasarnya gemuk (LINK).Inilah salah satu ‘keindahan’ hidup dibumi Malaysia kerana ketika banyak negara disekeliling kita rakyatnya hidup menderita kerana kelaparan..ramai rakyat kita disini pula menderita kerana terlebih makan.

Lihat sahaja semasa bulan puasa lepas..restoran di Malaysia tidak mengalami kerugian sebaliknya mengalami keuntungan berlipat kali ganda kerana orang2 Islam terutamanya Melayu meningkat nafsunya bak ular sawa ketika tiba waktu berbuka..sehinggakan kita lupa suruhan Rasulullah yang menyuruh kita bersederhana ketika berbuka.

Masalah kegemukan bukan sahaja berlaku pada orang yang dah meningkat umur..tetapi juga pada orang muda.Ini dapat dilihat ramai rakan aku termasuk aku kadangkala mengalami masalah perut yang buncit walaupun badan tidaklah kelihatan gemuk.Pelik juga..mungkin faktor orang muda buncit ni adalah disebabkan senang hati..banyak simpan rahsia ataupun mungkin makan rasuah.Tapi takkan muda lagi dah makan rasuah kot..agak2 lah kan.

Jadi marilah kita menjaga kesihatan..masuk gimnasium dan menjadi ‘abang body’ seperti sesetengah kawan aku..haha.

Gemuk Itu Comel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: