alonganaz

Kisah Harimau Dan Komunis

In Perjuangan on October 19, 2009 at 7:22 am

SEKITAR 1950-an, Kampung Juntaian Dedalu menjadi sasaran ancaman komunis. Boleh dikatakan setiap hari rumah penduduk digeledah pengganas.

Bahan makanan seperti beras, gula dan tepung gandum habis diangkut.Yang disyaki tali barut kerajaan pula ditangkap dan dibawa ke hutan.Penduduk benar-benar ketakutan! Kedudukan kampung itu yang jauh di pedalaman dan bersempadankan hutan tebal membuka peluang komunis bermaharaja lela.

Nyawa ketua kampung..Musa Angak..bagaikan telur di hujung tanduk. Dia diugut. Kalau cuba berlagak hero, nyawa pasti melayang.Suatu hari, kampung itu dikejutkan bunyi ledakan senjata api.Tembakan dari arah pinggir hutan membuatkan penduduk kecut perut. Selang tiga hari selepas insiden itu..tersebar berita bahawa tembakan itu sebenarnya pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan komunis.Tujuh pengganas mati.

Berikutan itu, tiga pasukan Askar Melayu seramai kira-kira 200 anggota ditempatkan di kampung itu.Sebuah kem yang dilengkapi pelbagai peralatan tentera didirikan di situ.

Kalau dah pengganas..pengganas juga! Kehadiran pasukan keselamatan menimbulkan kemarahan komunis. Setiap kali membuat rondaan..mereka diserang hendap komunis.Nyawa Musa Angak nyaris melayang apabila rumahnya dibakar komunis.Berikutan peristiwa itu.dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.

Kerakusan komunis sampai ke kemuncak.Mereka semakin berani. Kem pasukan keselamatan menjadi sasaran serangan mereka. Semakin ramai penduduk..terutama lelaki..hilang tanpa dapat dikesan.Ketua kampung tertekan!

Hingga pada suatu hari…Musa..Pak Mail yang tinggal di hujung kampung ni dah lama tak nampak muka hidung.Aku risaulah… ditangkap komunis agaknya!? kata Dollah Sumbing..epupu ketua kampung itu.
Segera terlakar simpati berbaur kebimbangan di wajah Musa Angak. Wajah tua Pak Mail berusia hampir 70 tahun memenuhi ruang otaknya.

Ya Allah! Jauhkanlah kami semua daripada segala mala petaka..cuma itu yang termampu dilafazkan Musa Angak.Kehilangan Pak Mail..lelaki tertua di kampung itu..menimbulkan tanda tanya penduduk. Menurut cucunya..orang tua itu tidak pulang setelah ke sungai untuk mandi dan mengambil wuduk. Puas ditunggu hingga malam, namun Pak Mail tidak juga muncul.

Suatu petang..seorang penduduk yang memancing di sungai bertempiaran lari apabila terserempak seekor harimau mengheret sesuatu seperti manusia. Mangsa berpakaian sepasang hitam itu tidak bernyawa lagi. Seluruh badan dibasahi darah!

Selang seminggu selepas tragedi itu..satu lagi kejadian berlaku di hujung kampung.Kali ini lebih dahsyat! Mamat Leleh yang melihat kejadian itu sungguh terkejut.

Dia yang dalam perjalanan pulang dari rumah kawannya, dilintasi seekor harimau bersaiz lebih besar daripada biasa. Pada jarak 40 meter, Mamat Leleh ternampak raja rimba itu menggonggong tiga kepala manusia berlumuran darah. Dia menggeletar. Panik!Sampai di rumah, dia menceritakan apa yang dilihatnya kepada ayahnya.Pada mulanya Dollah Sumbing kurang percaya..tapi setelah diceritakan satu persatu..dia percaya. Lagi satu bala datang!

Betul ayah! Tiga kepala yang digonggong harimau itu berlumuran darah. Habislah kita… belum habis komunis diburu..kini harimau pula mengganas..Mamat Leleh cuba meyakinkan ayahnya.

Belum reda kisah itu..penduduk digemparkan pula dengan kejadian harimau berkeliaran di kawasan kampung pada waktu malam. Perintah berkurung terpaksa diperketatkan dan pasukan keselamatan mempertingkatkan rondaan.

Bagi menjamin keselamatan penduduk, ketua kampung dan beberapa wakil penduduk mengadakan perjumpaan dengan pasukan keselamatan bagi mencari jalan mengatasi ancaman harimau.

Pakaian hitam

Kita pun hairan kerana kebanyakan mangsa binatang itu berpakaian serba hitam. Encik Musa benar-benar pasti mereka bukan penduduk kampung ini? Memandangkan keadaan kampung ini..kami yakin harimau memang ada. Kami nasihatkan penduduk supaya tidak ke kawasan berhampiran hutan..seorang sarjan mengemukakan cadangan.

Tapi sarjan, sebelum kampung ini diancam komunis..penduduk tidak pernah berjumpa harimau. Kehilangan Pak Mail juga membingungkan kami. Manalah tahu..dia menjadi mangsa pertama binatang buas itu. Mungkin binatang itu kini kemaruk daging manusia..balas Musa Angak.

Perjumpaan itu mencapai kata sepakat untuk menubuhkan pasukan Home Guard bagi membantu pasukan keselamatan mengawal keselamatan kampung. Ketua kampung memberi jaminan akan mendapatkan seberapa ramai penduduk menyertai pasukan itu.Dua minggu kemudian..80 anggota pasukan ditubuhkan itu dibekalkan senapang patah. Latihan menembak dan berkawad diadakan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun..ia tidak meredakan ancaman harimau.

Yang menghairankan..setiap kali mengadakan rondaan bersama pasukan keselamatan, kelibat binatang itu kelihatan mengekori mereka. Macam ikut sama meronda pula! Ada yang ketakutan apabila ternampak kelibat binatang itu yang kadangkala mengaum, seolah-olah memberi isyarat ada musuh menunggu.Namun..mereka tidak diapa-apakan binatang terbabit.

Dalam satu operasi di pinggir kampung..seorang pegawai tentera yang mengetuai gerakan menjejak komunis ternampak beberapa pengganas lari lintang-pukang, seolah-olah dikejar sesuatu. Di kedudukan atas bukit, pasukan keselamatan dibantu Home Guard bersedia menggempur pengganas.

Sejurus kemudian, bunyi ledakan senjata api dari arah bukit itu memecah keheningan. Komunis yang ketakutan dikejar sesuatu itu cuma mampu merelakan diri dirobek peluru. Sepuluh komunis tersungkur di situ.
Dalam perjalanan pulang, pasukan Askar Melayu dibantu anak buah ketua kampung terserempak dengan seekor Pak Belang mengheret mayat seorang komunis.

Sepanjang hayat aku..itulah pertama kali melihat harimau bersaiz lebih besar daripada biasa. Peliknya..ia nampak macam jinak apabila bertemu manusia.

Hendak dikatakan harimau jadian, mana ada penduduk di kampung ini mengamalkan ilmu itu.
Tak tergamak pula membunuhnya kerana kehadiran harimau itu membantu kita menjejak komunis..kata Musa Angak kepada Dollah Sumbing.

Sambil menghirup kopi o, Dollah Sumbing mencelah..Kau tidak terfikir ke hendak mencari Pak Mail? Kalau mati sekalipun..biarlah berkubur. Sedih aku apabila mengenangkan kehilangan orang tua tu.

Ketika mereka rancak bersembang..tiba-tiba muncul lima Askar Melayu lengkap bersenjata. Reaksi mereka macam ada sesuatu perlu diberitahu.Encik Musa..kumpulkan anggota Home Guard segera. Tengah hari nanti, berkumpul di kem.Kita akan mengadakan operasi di satu kawasan dekat kebun getah..kata seorang askar.

Tepat jam 12 tengah hari..100 anggota Askar Melayu dibantu 80 anggota Home Guard bergerak ke kawasan itu. Operasi itu berikutan maklumat diterima mengenai kewujudan sebuah kubu pengganas di pinggir kebun getah. Berdasarkan maklumt..antara 30 dan 40 komunis berkubu di situ.

Namun, sebelum sampai di kawasan sasaran..mereka terdengar bunyi tembakan bertalu-talu. Serentak itu, kedengaran suara harimau mengaum menggegarkan suasana sekitar. Lantaran bunyi tembakan itu..anggota Askar Melayu dan Home Guard menyangkakan Pak Belang sudah pasti kecundang di tangan komunis.

Sejurus kemudian..bunyi tembakan tidak kedengaran lagi. Secara berhati-hati..anggota askar terbabit dan Home Guard meneruskan penjejakan.Sampai di situ, mereka ternampak seekor harimau menjilat tubuh komunis yang terbujur kaku dan berlumuran darah.

Masing-masing tergamam! Kematian komunis dengan kesan tembakan di seluruh badan menimbulkan tanda tanya di kalangan anggota pasukan itu. Siapa menembak mereka? Harimau? Mana mungkin binatang boleh menggunakan senjata! Dalam pertempuran misteri itu..30 komunis maut. Senjata mereka yang berselerak dan ada antaranya patah dipijak harimau itu..dibawa bersama mayat pengganas ke kem askar.

Seminggu selepas itu, Pak Mail pulang ke rumah dan dia kelihatan sihat seperti biasa. Cucunya diminta menjemput ketua kampung kerana ada perkara mustahak perlu diberitahu.Musa..kini kampung kita bebas daripada ancaman komunis. Maklumkan kepada penduduk mengenai perkara ini. Jangan tanya bagaimana komunis itu boleh dihapuskan..katanya.

Baiklah Pak Mail..tapi ancaman harimau tu macam mana pula? Penduduk masih ketakutan..balas ketua kampung.Binatang itu sudah tiada lagi. Dia dah kenyang meratah daging komunis. Lupakan perkara itu. Oh ya! Kalau jumpa pegawai askar tu.jangan lupa kirim salam padanya..pinta Pak Mail.

Dengan kuasa Tuhan..ketika Pak Mail meninggal dunia..penduduk kampung yang menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan terdengar bunyi harimau mengaum di pinggir dusun buah-buahan. Musa Angak yang sibuk menimbus pusara itu tersentak seketika.

Terima kasih Pak Mail..semoga roh kamu ditempatkan di sisi roh orang-orang beriman..bisik hati kecil Musa Angak.

P/s : Kisah benar dari seorang tua..

Harimau Cute

  1. kalau aku ni yusof haslam.. dah lama aku filemkan kisah ni. MENARIK!!

  2. menarik cerita ni,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: