alonganaz

Amalan Mistik Masyarakat Negeri

In Peribadi on October 19, 2009 at 8:03 am


Shamelin2u.com

Jarang kita terdengar amalan mistik di Malaysia diamalkan terutamanya di negeri dari semenanjung berbanding di negeri seperti Sarawak dan Sabah.Bukanlah tujuan aku untuk mengangkat budaya mistik yang diamalkan oleh nenek moyang pada zaman dahulu..tetapi cuma sekadar berkongsi cerita yang disampaikan dari turun temurun agar kita dapat mengenali kisah hidup salah satu kelompok masyarakat kita di Malaysia.

Keluarga aku banyak berasal dari sebuah negeri di selatan semenanjung Malaysia iaitu Negeri Sembilan..jadi dari kecil aku kadangkala disajikan cerita mistik budaya masyarakat negeri sembilan yang kebanyakkannya diwarisi dari leluhur mereka di tanah besar sumatera barat iaitu masyarakat Minangkabau.

Antaranya kisah amalan saka yang diamalkan turun temurun terutamanya saka harimau yang digunakan oleh masyarakat di Negeri Sembilan pada zaman dahulu untuk menjaga keselamatan keluarga masing2.Dalam filem ‘Waris Jari Hantu’ digambarkan mereka yang mewarisi saka ini boleh mengubati orang ramai..tetapi apa yang aku tahu..ilmu ini hanya boleh digunakan untuk mengubati dan menjaga keselamatan keluarga sendiri sahaja.Dan ilmu ini hanya boleh diwariskan pada waris perempuan sahaja tanpa disedari.

Terdapat juga kisah yang aku dengar sewaktu kecil iaitu bagaimana para penternak di Negeri Sembilan terutamanya disekitar daerah Rembau dan Kuala Pilah menggunakan ilmu Jakun atau harimau jadian untuk menjaga ternakan mereka dari dicuri.Pernah terjadi kisah di kampung aku..bagaimana seorang pencuri yang mahu mencuri kambing milik penternak..sesat di dalam kandang kambing itu sehingga waktu pagi akibat tidak jumpa jalan keluar sedangkan kandang itu kecil sahaja.

Malah ilmu Jakun pernah diamalkan oleh seorang Penghulu terkenal..iaitu Penghulu Naam yang memiliki peringkat tertinggi dalam ilmu jakun seperti boleh hidup semula walaupun setelah kepalanya dipancung selagi embun masih mengalir pada waktu pagi.Dan akhirnya ilmu Penghulu Naam dipatahkan oleh seorang pembesar iaitu Sutan Karu dengan mengebumikan kepala dan badannya di dua tempat yang berasingan.Salah satunya terletak di belakang bukit di kawasan Sri Menanti..Kuala Pilah.

Kisah itu berlaku semasa kedatangan Raja Mahmud AKA Raja Malewar..seorang anak raja dari Pagar Ruyung di Minangkabau.Pernah kami mendapat petua untuk membezakan yang mana harimau benar dan jadian..ialah melihat pada bilangan jarinya..iaitu jika 4 ia harimau betul..manakala jika 5 ia adalah harimau jelmaan manusia.Malah aku sendiri pernah mengalami kejadian mendengar suara ngauman harimau sewaktu kecil diluar rumah arwah nenek aku di Kuala Pilah..salah sebuah daerah di Negeri Sembilan.

Apapun ini hanya kisah yang patut kita jadikan panduan dan biarkan ia berlalu sebagai sejarah.Kita sebagai umat Islam harus menolak kepercayaan dan amalan mistik dari terus menguasai masyarakat dan budaya kita supaya kita akan terus maju pada zaman moden ini.Namun kejadian mistik seperti ini tidak seharusnya ditolak mentah2 kerana Allah SWT sendiri telah menciptakan sesuatu yang ghaib..yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar kita dan yang penting dalam mengatasi semua ini adalah iman dan pegangan agama yang kukuh..kerana orang Islam tidak seharusnya bergantung pada benda lain selain daripada Allah SWT.

Istana Sri Menanti

  1. aku pernah nmpk balan-balan geng,
    seram oo..

  2. Best juge klau sesekali luang mase mncari sejarah asal usul kita.sy org n.9,jelebu.suku biduanda ayah pula tnh datar mingkabau.ayah slalu crita salasilah kluarga.menurutnya,toknyang sy yg terdahulu bernama sutan karu @ panglima sutan karu iaitu pembesar yg menyertai rombongan menghntar seorg raja ke n9.tp sblm ni sy tidak la mngambil tau sgt.tetapi klau bnar beliau adalh org yg sme,maka skurgnye sy lbih mngenali diri sy dan salasilah kluarga.apa pendpt anda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: