alonganaz

KL Ke JB

In Peribadi on October 18, 2009 at 6:46 am

Masih terasa sakit lagi pinggang aku mungkin akibat dari terlalu lama memandu semalam.Ketika artikel ni ditulis aku baru bangun tidur selepas tiba di KL pada pukul 6am tadi.Nampaknya aku menghabiskan masa aku 2-3 hari ni kebanyakannya diatas lebuhraya.Baru 2 hari lepas aku balik dari Kuantan dan tak sampai 24 jam berikutnya aku terus ke JB.

Dah lama aku tak turun ke bandar paling selatan di semenanjung Malaysia ni.Semalam aku bertolak pada pukul 4pm dari Kuala Lumpur dan tiba ke JB pada pukul 7.30pm.Pengalaman diatas lebuhraya ke selatan tak seindah perjalanan menuju keutara bagi aku sebab perjalanan ke utara kita akan saksikan pelbagai pemandangan kampung.Berbanding ke selatan yang kita nampak cuma hutan ataupun 2-3 perkampungan ditepi jalan..

Dan aku tiba di JB pada pukul 8pm terus kami ke bandar JB berjumpa dengan rakan seperjuangan aku.Belum sampai sejam aku menikmati keindahan bandar JB dah kena bergerak semula ke Pontian..salah sebuah daerah dinegeri Johor.Habis harapan aku nak melepak di bandar JB yang dah lama aku tak menjejakkan kaki..

Pada pukul 11pm aku bertolak semula ke KL dan mengambil masa selama 7 jam berbanding 3 jam semasa pergi.Ini kerana aku banyak melepak di tepi pusat rehat dan rawat (RNR) di lebuhraya dan ada satu RNR yang buat aku rasa teruja kerana terdapat eskalator disitu.Rasanya ini pertama kali aku lihat ada eskalator di RNR tapi aku tidak sempat merakamkan gambar.

Suasana kat RNR waktu malam memang tenang sebab kereta pun tak banyak lalu kat lebuhraya menuju ke selatan ni.Dan sepanjang perjalanan menuju balik ke KL aku banyak melayan lagu rock kapak termasuklah lagu ‘Pusara di Lebuhraya’..Hahaha.

highwya

  1. dah tanggungjawab lu sebagai BIG BRO…
    pe kata kite pergi lagi nak..ha3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: