alonganaz

Gadis Yahoo Massenger

In Peribadi on October 16, 2009 at 2:48 pm

Kebelakangan aku ni aku ada kenal seorang gadis comel dari Miri..Sarawak.Dari mana aku kenal tak perlu nak diceritakan..tetapi selepas berhubung secara maya selama beberapa hari dia memberikan alamat email nya supaya kami dapat bersembang di ruang sembang YM.

Dan sebenarnya aku jarang menggunakan YM..tetapi terpaksa mengakses semula Yahoo Massenger untuk memenuhi permintaan dia.Dan disebabkan itu juga aku kadangkala mencuri tulang semasa ada urusan kerja..dah memang aku selalu membawa komputer riba aku kemana sahaja aku pergi.Rasa teruja juga sebab dah lama aku tak bersembang dengan orang perempuan di YM.Aku tahu..bunyi macam ‘loser’ kan..haha.

Kami memang satu kepala sebab berkongsi banyak persamaan..dan aku juga suka bila dia melihatkan mukanya yang comel menggunakan webcam.Benda yang aku rasa aku susah nak berkongsi dengan rakan lelaki aku kerana akan ditertawakan..telah aku kongsi dengan dia seperti minat pada watak dalam kartun disney..haha suka hati akulah apa korang nak cakap.

Kecanggihan teknologi membuatkan kita dapat berhubung dengan rakan yang berada diseberang lautan dan aku rasa suka dengan perkara itu.Malah aku dapat belajar benda baru..iaitu dialek sarawak di Miri yang lebih pekat berbanding di Kuching.Kadangkala aku terpaksa membaca apa yang dituliskannya 2-3 kali sebab bahasa sarawak aku sendiri dah tak cukup pekat.

Paling terbaru dia menunjukkan lukisan kartun ‘tweety bird’ pada aku sebelum aku bertolak ke Kuantan semalam.

Ohh dia hanya rakan..belum ada sebarang pemikiran ke arah lain.Bermimpi memang boleh..tetapi kaki kena tetap berpijak dibumi yang nyata dan realiti.

Terima kasih.

P/s : Akhirnya blog ini dah menjadi blog peribadi aku semula.Hehe..

Yahoo Massenger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: