alonganaz

Dari Kuantan Ke KL

In Peribadi on October 16, 2009 at 2:12 pm

Baru sahaja aku tiba dari Kuantan dan tanpa berlengah aku terus mencapai komputer riba aku untuk menulis.Tiada topik sebenarnya cuma aku mahu merapu merapan.Pukul 7 PM semalam (16/9/2009) aku bergerak ke Kuantan dari Kuala Lumpur bersama seorang rakan aku menggunakan kereta bapa dia.

Tiada pengalaman menarik bagi perjalanan 2 hari ini tapi disebabkan aku suka berfikir sepanjang perjalanan..aku rasa macam dah menempuh jalan yang panjang selama berhari hari.Bergerak dari KL 7 PM dan kemudian pada pukul 8.45 pm aku singgah di Genting Highlands atas arahan bapa aku yang sedang bermain golf disana.Dapatlah aku makan percuma di restoran meranti di Hotel Awana.Dah lama aku tak menikmati ‘chicken chop’ berharga rm39.90 sebab biasanya aku cuma makan yang berharga rm7.90 di medan selera Uptown Damansara.

Bagi aku lebih enak di Uptown Damansara..tapi mungkin kerana taraf hotel 5 bintang membuatkan harga dia turut mengarut berbanding kualiti.Pada pukul 12am kami meneruskan perjalanan dari Genting Highlands yang tertangguh kerana aku dan rakan aku leka menonton cerita ‘Himalaya singh’ di TV2.

Dah lama aku tak ke Kuantan dan aku rasa aku agak teruja dengan perjalanan singkat ni.Bapa aku menitahkan aku berjumpa dengan anggota dia..Kapten Megat yang merupakan komandan kem PLKN Gambang.Disuruhnya aku bermalam disitu sehingga pagi..dan dalam pemikiran aku dan rakan aku kami dah merancang untuk mengayat gadis2 pelatih di kem itu nanti.Namun selepas tiba di kem PLKN itu pada pukul 4am kami hampa apabila diberitahu Kapten Megat bahawa pada bulan itu tiada program Khidmat Negara.

Jadi tidurlah kami di bilik wirawati dalam keadaan yang kurang selesa tapi aku bersyukur dapat juga tempat tidur percuma.Pada pukul 8AM kami bertolak ke Kuantan semula yang cuma mengambil masa 20 minit dari Pekan Gambang.Ohh dah berlainan bandar Kuantan daripada dahulu yang pernah aku lihat.Paling aku teruja dapat melihat kem TUDM di batu 10 yang merupakan salah satu tempat aku membesar di waktu kecil.

Kuantan dah besar..dulu bagi aku cuma bandar kecil sahaja..tapi sekarang dah ada kelab walau tak semegah kelab zouk di KL.Dangdut pun ok lah kan..dan awek2 di Kuantan juga boleh tahan dan tak kurang kalah dengan awek di KL..Haha.Dalam tengahari aku ke Pekan untuk menguruskan hal kawan aku..semasa balik aku kami singgah di kompleks apa entah untuk menikmati makanan tengahari..

Pada pukul 2pm kami pun pulang semula ke KL.Apa..? Tiada apa yang menarik..? Siapa suruh baca..Haha.

Selamat Malam kawan..!

  1. hahahaa….!
    anyway thanx bro teman aku….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: