alonganaz

Politik Anak Muda

In Politik on October 15, 2009 at 5:32 am


Shamelin2u.com

Walaupun aku bukanlah seorang yang suka berpolitik..namun atas rasa kesedaran aku ambil tahu juga sedikit sebanyak perkembangan politik di tanah air dengan penuh minat.Nak bersuara siapalah aku ni..ibarat anak kecil yang berteriak di tengah sekumpulan orang dewasa.Hanya dipandang sepi dan jarang dipedulikan..serta disuruh diam apabila meminta belas.

Hanya didalam blog aku boleh mengarut..merepek seorang diri tanpa ada rasa sebarang harapan suara aku dan generasi muda lain akan didengar.Bukankah kita dari dulu sudah diajar..apa sahaja kata orang tua itu betul..dan apa sahaja suara orang muda itu salah dan tidak benar.Kita ditegah dari memberi pandangan pada orang tua kerana sudah lumrah dalam budaya kita orang Melayu..membangkang pandangan orang tua itu adalah satu perbuatan biadap.

Bagi aku..kita sudah hidup dalam zaman yang mana pandangan kolot harus diubah.Jangan dipandang sepi suara generasi muda seperti aku..kerana kadangkala pendapat orang muda itu lebih bernas..dan kadangkala kami lebih kedepan dalam mengharungi cabaran globalisasi.Bukan untuk bersikap biadap..tetapi generasi muda juga mahu berjuang untuk agama dan bangsa meski ramai diantara kami hanyut bersama keindahan dunia.Jangan dinilai buruk mereka..kerana anak muda akan sedar juga suatu hari nanti.Dan untuk menyedarkan mereka..kalian warga yang lebih berpengalaman harus dekat dan memahami sikap kami.

Bagaimana kami mahu mendekati politik yang didominasi mereka yang lebih tua..yang imej mereka biasanya kelihatan elit dan mewah..sedangkan kami anak muda tidak seperti itu.Kami bukan bodoh..tahu menilai mana baik dan buruk..kami bukan seperti anak kecil dizaman hitam putih kerana kini sumber maklumat ada dimana2.Kami tidak hanya menerima maklumat dari media milik kerajaan..

Dan sudah sikap anak muda suka menentang perkara yang dirasakannya menindas..kerana ramai yang sudah berfikiran radikal akibat ketidakseimbangan politik tanah air.Jangan hanya omong kosong kerana kami benci dengan mereka yang cakap tidak serupa bikin.Tunaikan tanggungjawab kalian seadilnya..jangan hanya duduk diatas kerusi empuk tatkala ada suara rakyat yang harus didengari rintihannya.

Jangan bercakap tentang perjuangan bangsa jika anak isteri kalian sendiri tidak menggambarkan imej bangsa Melayu yang sebenarnya..jangan cakap tentang menegakkan islam jika rumah kalian sendiri dipenuhi oleh dosa perbuatan kalian.Kami bukan bodoh..!!

Untuk pemimpin UMNO dari :

Pemuda UMNO Bukit Bintang..
Anaz.

Keris Bukan Sekadar Simbol Lakonan..

HEH..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: