alonganaz

Pejabat Gomen

In Kehidupan on October 15, 2009 at 4:02 am


Shamelin2u.com

Perkara yang aku paling tak suka adalah apbila terpaksa melakukan urusan di pejabat gomen (kerajaan) terutamanya apabila menerima layanan dengan wajah yang ‘mesra’ orang gomen.Kenapa pula aku nak kondem orang gomen..bukan sebab apa..saja nak meluahkan isi hati aku yang kadangkala panas membara dengan sikap warga kerja pejabat gomen ni.

Bekerja dengan syarikat swasta sebelum ni membuatkan kadangkala aku kena berurusan dengan pejabat gomen seperti urusan berkaitan pemindahan barang dan sebagainya.Tapi ada ke patut bila aku hubungi mereka pada pukul 11.30am mahu bertanyakan tentang urusan dengan kompeni aku mereka jawab ‘maaf..dia pergi minum pagi..kejap lagi dia balik..awak telefon semula balik k’.Huh ada ke pukul 11.30 am masih dikira minum pagi..tatkala matahari dah mula memacak diatas kepala..?

Pernah aku saksikan sekali di pejabat gomen..warga kerja mereka sibuk bersembang di kafe bila dah ramai orang menanti untuk berurusan di kaunter mereka.Tak hairanlah banyak kaunter yang tutup sedangkan orang punya ramai menunggu.Lepas tu bila kita dah berurusan dengan mereka..muka masam jer macam datang bulan.Bila diajukan soalan..acuh tak acuh jer menjawab soalan yang diberikan sambil membuat muka palat.

Bila membaca suratkhabar..aku selalu kehairanan bila ada pejabat yang dipuji kerana memberikan layanan mesra kepada pengunjung.Seperti perkara itu sesuatu yang luar biasa terjadi..bila bermaksud luar biasa bermakna perkara itu adalah bukan kebiasaan.Maknanya memberikan layanan mesra pada orang yang mahu berurusan di pejabat gomen adalah perkara luar biasa di Malaysia.

Kerajaan tolong pantau ok..nanti orang naik menyampah berurusan ngan orang gomen.

Pejabat Gomen

  1. Ni kategori A.A.Y.D.D.M.B.G.A.B

    (Abang Akak Yang Duduk Di Meja Bersama Gambar Anak Beranak.)

  2. serius ke gambar tue….betul2 terjadi ke,pejabat ape tue….sampai blh jadi camtue….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: