alonganaz

Filem Melayu

In Kehidupan on October 15, 2009 at 6:28 am

Baru malam tadi aku menulis tentang drama Melayu dan hari ni aku dah menulis tentang filem Melayu pulak..? aku ni nak kondem industri hiburan tempatan ker..? haha suka hati aku lah dah blog aku.Mana aku rasa aku nak kutuk aku sumpah seranahlah.Huh tak adalah sampai sumpah seranah..aku kritik elok jer dah la..aku bukan azwan ali yang macam ada cili dalam mulut dia.

Jarang sebenarnya aku ke pawagam untuk menonton filem Melayu..sebab dah banyak aku diperbodohkan oleh cerita Melayu yang hanya indah khabar dari rupa.Jujur aku katakan aku menganggap 70peratus filem yang dihasilkan di Malaysia adalah sampah untuk ditonton seperti mana filem arahan seorang pengarah bergelar profesor.Toksah dok kalut..aku tak habaq pun sapa na..jangan dok buat nala..haha.

Perkara yang paling menjengkelkan aku adalah kelahiran filem sampah yang mengisarkan kehidupan mat rempit (suck ass) di jalanan yang mempunyai plot mendatar.Jawapan klise pengarah apabila ditanya mengapa menghasilkan filem yang mengangkat kehidupan mat rempit jawapannya adalah ‘untuk memberi pengajaran kepada generasi muda’.Jawapan tak masuk akal apa yang kau bagi ni..kan senang kau cakap market tinggi sebab mat rempit ramai akan ke pawagam untuk menonton kisah hidup mereka.

Bertambah sampah apabila pengarah syok sendiri berlakon dalam filem sendiri sebagai hero.Tahulah bapak kau punya duit..kau duduk atas kerusi pengarah dan kemudian mengarah dah la.Banyak filem Malaysia yang akan tonton tidak mempunya ‘passion’ dalam filem mereka..nampak sangat hanya memandang keuntungan..dan cerita akan bertambah mendatar bila sudah sampai ke penghujung seolah2 mahu menghabiskan ‘shooting’ dengan cepat.Lagi menjengkelkan watak hero atau heroin yang berulang-ulang seperti farid rempit..ehh silap farid kamil dan fasha sandha sahaja kelihatan.

Namun bukan semua..sekarang ni aku dah nampak filem Melayu dah semakin melakukan anjakan paradigma.Contohnya filem Afdlin Shauki dan Aziz M. Osman yang berani menongkah arus dalam menepati selera penonton tempatan.Dan bagi aku mereka berani dan berjaya melakukan perubahan.Cuma kadang2 perubahan tu sukar diterima oleh masyarakat yang masih mempunyai pemikiran yang kekampungan dan kerempitan

Papadom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: