alonganaz

Tipikal Drama Melayu

In Kehidupan on October 14, 2009 at 4:59 pm

Mengenai drama Melayu di stesen TV tempatan..aku akui aku kurang berminat untuk menonton drama Melayu tempatan kerana banyak sebab.Bukanlah untuk menjatuhkan industri hiburan tanah air tapi kalau dah kenyataan apa salahnya aku nak kritik kan..? Haha.

Dan antara sebabnya adalah kerana :
1. Tidak habis2 dengan kisah orang kaya yang merebut harta dan ingin menjatuhkan kompeni lain dengan dialog yang amat klise seperti ‘aku akan jatuhkan Datuk Sudin..dan aku akan rampas semua saham dari syarikat Belacan holdings..’sambil tertawa besar.

2.Tidak kena masa seperti drama sedih di hari raya..aku muak dengan drama air mata menjelang syawal yang sepatutnya hari kita bergembira.Tak habis2 muka Rosyam Nor dan Fauziah Nawi yang menangis terkenangkan sanak saudara yang meninggal di hari raya.Kesian Fauziah Nawi..tak habis2 dapat watak ibu yang teraniaya kerana anak2 nya yang durhaka.

3.Bahasa rojak yang menjengkelkan seperti ‘hei Timah..where have u been..? dah lama i tak see u around..i thought u dah mati..hidup lagi rupanya u..syukurlah’. ‘hey dont panggil me timah ok..u make me shame la..nama baru i now is Britney ok’.Hai..rosak tatabahasa Inggeris disebabkan rojaknya bahasa drama Melayu.

4.Drama seperti gerak khas yang menunjukkan imej polis terlampau bersih..tidak ambil rasuah..berdedikasi dan cekap dalam menjalankan tugas dan sebagainya.HEH..!!!

5.Hero yang muka macam mat rempit dan hero yang tua.Dan juga pelakon tua yang melakonkan watak budak kolej.Mungkin pelakon tua yang melakonkan watak budak kolej tersebut adalah mengenai watak budak kolej yang telah extend 18 semester kerana kebodohannya.

Itu sahajalah..apa pun baguslah drama kat TV sekarang aku perhatikan dah ada sedikit perubahan.Janganlah asyik mengikut sesuatu yang dah boleh dianggap kekampungan.

impak

  1. drama melayu selalu ambik hero heroin yang tua..patutnya cari bakat baru yang berbakat n sedap dilihat..kalo hero heroinnya hensem n cantik barulah ada mood sikit nak tengok..para pengarah di malaysia, harap dapat tiru cam indon yang mempunyai ramai pelapis muda dalam bidang lakonan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: