alonganaz

Kehidupan Aku Dan Blog

In Peribadi on October 14, 2009 at 6:42 am

Rasa terperanjat juga aku bila melihatkan statistik pelawat ke blog aku yang dah mencapai 2479 orang pada artikel ini ditulis sedangkan blog ini baru berusia 13 hari pada hari ini (14/10/2009).Pada awalnya aku mahu membuat blog kerana mahu menjadikan ia diari digital aku.Mungkin disebabkan kehidupan aku yang aku rasakan tak la semeriah mana untuk dikongsi jadi aku memilih topik yang terlintas di kepala aku.

Memang aku ni jenis manusia yang suka memerhatikan benda yang terjadi disekeliling aku walaupun jika orang lain lihat aku pun..mereka ingat aku buat bodoh sahaja.Lepas berhenti belajar daripada KLIUC..kehidupan aku dah terbalik sebanyak 360 darjah..sebab banyak benda yang dah berubah dan cuba diubah oleh aku sendiri.Aku taknak menjadi diri aku yang dahulu..umur aku tahun depan dah masuk 23..dah masa aku kena berfikir matang.

Kehidupan hari2 aku pun tak macam dulu..hari biasa aku kerja ataupun kelas..manakala hujung minggu baru aku akan keluar berfoya2 dengan rakan2 ataupun ‘mengadap orang tua’.Kalau ke kelab pula..aku dah jarang sebab aku dah bosan ataupun tak ada orang pelawa..haha.Memang segala2nya sekarang dah kelihatan bosan bagi aku..sebab aktiviti aku dah terbatas.Dan aku tengah berusaha keras nak cari duit..bukan duit setakat ratusan ringgit..tapi aku mahu puluh hingga ke ratusan ribu ringgit.

Malulah..umur aku dah nak masuk 23 tapi tak pandai cari duit sendiri.Apa guna aku belajar bisnes tapi tak menggunakan apa yang diajar..cuma teori ngan praktikal tak sama tapi boleh disatukan untuk membantu saja.Dan sekarang ni adalah perancangan yang aku dah buat..dan aku dah mula melangkah.Tak kisahlah langkah yang aku ambil hari2 tu kecil atau besar..lama kelamaan akan jauh juga perjalanan aku.Destinasi aku sekarang adalah sebuah tempat yang bernama kejayaan.

Aku pernah jatuh..dimalukan..dipandang serong dan sebagainya.Biarkan sahaja mereka dengan spekulasi liar mereka..yang penting sekarang aku akan membuat mulut mereka terdiam dengan kejayaan dan usaha yang aku akan tunjukkan.Dan yang menyokong aku..aku ucapkan terima kasih..banyak benda orang tak tahu pasal aku sebab aku memang berahsia..dan memang itu yang akan mahu.Insyaallah..salam.

anaz.

naz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: