alonganaz

Lelaki Kasanova Mat Jiwang

In Kehidupan on October 13, 2009 at 3:37 am

Apa yang akan aku jadikan isu kali ini adalah tentang lelaki kasanova yang mana banyak terdapat di kolej dan universiti.Kalau sebut lelaki kasanova pasti ramai yang tahu dan kenal rupa dan bentuk mereka.Kadangkala mereka juga dikenali sebagai mat jiwang dikalangan pelajar di kolej atau universiti.

Lelaki kasanova agak menjengkelkan pada pandangan mata aku yang suka memerhatikan gelagat pelik manusia.Biasanya lelaki kasanova akan menunjukkan kekasanovaan mereka sejak dari minggu orientasi lagi..iaitu apabila orang lain sibuk membuat persediaan untuk malam persembahan..dia pula sibuk mengayat awek2 baru untuk dijadikan penghibur di kala sunyi.Malah mereka hanya memerlukan hanya 2-3 hari untuk mendapat seorang teman berbual di kafe.Biasanya terdiri daripada lelaki yang jambu dan bermulut manis..menjadikan Brad Pitt atau Tom Cruise sebagai sumber rujukan identiti mereka.

Kadangkala mat jiwang AKA lelaki kasanova ini suka melupakan rakan2 disebabkan terlalu asyik dengan gadis yang berjaya diayat.Kelibat mereka bersama2 gadis kolej sering dilihat di kafe sehingga ke pagi buta..dan apabila ditanya kononnya sedang membuat ulangkaji berkumpulan..hampeh.Mereka hanya akan mencari semula rakan2 apabila sudah putus dengan si gadis..dengan keadaan yang kelam kabut kerana banyak perkara tertangguh.Disaat itu hilanglah segala rupa macho dan jambu mereka..

Gaya percakapan adalah suatu perkara penting perlua ada pada lelaki jiwang AKA lelaki kasanova ini kerana itu adalah aset penting buat mereka.Jarang terdengar mereka bercakap sesuatu perkara yang sia-sia kerana mahu kelihatan ‘gentleman’ di hadapan para gadis.Dengan nada suara yang rendah dan buat2 seksi mereka akan mengawal gaya percakapan mereka.Dan mereka juga suka berlagak ceria dihadapan orang ramai..walaupun dengan topik yang entah apa2.Nak kenal mereka senang kerana biasanya mereka akan snap gambar secara seorang diri dengan posisi dan angle yang tepat untuk kelihatan jambu habis.

Mempunyai ciri seperti rambut kemas..misai dan janggut yang tersusun rapi..muka charming dan sentiasa kontrol hensem walau dimana sahaja mereka berada.Rela menghabiskan kredit sehingga puluh ratusan ringgit untuk sms awek..tetapi untuk membalas semula sms rakan..amat kedekut macam hanjeng.

Berjaya menjerat seorang gadis sehingga ke kamar adalah satu kejayaan dan lagenda buat mereka..Hahahampeh..!

Idola Mat Jiwang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: