alonganaz

Komunisme Disanjung..?

In Perjuangan on October 13, 2009 at 4:07 pm

Pimpinan Markas Besar

Ada sedikit yang perlu aku perbetulkan mengenai tanggapan sesetengah orang termasuk rakan aku yang tidak bersetuju kerana mengangkat para pejuang Melayu didalam komunis sebagai salah satu pejuang yang juga sepatutnya dikenang.

Untuk makluman aku bukanlah seorang yang mengangkat atau menjunjung ideologi komunisme ciptaan Karl Max..sebaliknya aku mengangkat perjuangan anak2 Melayu didalam komunis iaitu regimen ke-10 PKM.Kita selalu mencerca mereka iaitu anak Melayu yang terlibat didalam komunis tanpa mengetahui secara mendalam isi hati budi mereka.Apa yang membuatkan mereka menyertai komunis dan sebagainya..dan lebih teruk mereka dikatakan murtad kerana menyokong sebuah ideologi yang dikatakan menolak agama.

Pentingnya kita mengkaji sejarah yang bukan berpandukan buku teks disekolah semata2 supaya mata kita lebih terbuka luas.Kedua2 datuk aku adalah anggota polis manakala bapa aku sendiri seorang pegawai kanan dalam angkatan tentera.Sepatutnya awal2 lagi aku dah menolak perjuangan anak Melayu didalam komunis.Tanpa kita sedar mereka juga punya semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan maruah negara dan bangsa Melayu.

Aku juga menolak penubuhan negara komunis yang jelas akan mengetepikan kuasa raja Melayu dan hak bangsa Melayu sebagai bumiputera.Pernahkah kita tahu bahawa perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan dahulu dipandang sinis oleh Inggeris yang sememangnya memandang rendah pada kebolehan bangsa Melayu.Apalagi dengan kejayaan mereka memasukkan residen mereka ke Tanah Melayu setelah merancang agenda yang sangat teliti sehingga melibatkan sultan2 Melayu.

Bila tertubuhnya parti atau pertubuhan yang jelas tidak memihak pada kepentingan Inggeris..mereka akan dibubarkan.Suara segelintir mereka tidak didengar para penjajah sehingga memaksa mereka mengangkat senjata bersama komunis yang juga semasa pendudukan Jepun mendapat bekalan senjata daripada British..?
Pemimpin komunis Melayu ini lahir di tanah Melayu maka mereka juga mempunyai kesedaran dalam membela bangsa mereka daripada penjajah.Sejarah tetap sejarah dan tidak akan dapat diubah..yang hanya dapat berubah adalah pandangan kita pada mereka.

Kita kata komunis zalim..yang zalim itu adalah para komunis di Johor atau segelintir komunis berbangsa Cina.Bagaimana dengan pembunuhan Tok Janggut..? tidak zalimkah..? Dato Maharajalela..atau Pahlawan Mat Kilau.Mereka juga menentang penjajahan tetapi akhirnya mereka kecuali Mat Kilau riwayatnya berakhir di tali gantung.Angkara siapa..? Lupakah kita..? Allahyarham Rashid Maidin menghabiskan sisa hidup terakhirnya di selatan Thailand..dengan menjadi guru Al-Quran.Malah dalam temubual dia juga mendoakan kesejahteraan negara Malaysia tercinta hingga menitiskan air mata melihat kemakmuran negaranya walaupun dia sendiri tidak dapat menjejakkan kaki ke tanah kelahirannya.

Dan pada anak Sarawak..apa kita sudah lupa pada perjuangan Allahyarham Rosli Dhobi..? Nasihat aku kita kena melihat dari segenap aspek dengan pemikiran yang sangat luas.Jangan hanya melihat pada sejarah yang sedikit sebanyak telah diubah mengikut kehendak bangsa Inggeris.Sudah terlalu lama bangsa Melayu diperbodohkan oleh bangsa barat..dan kita harus sentiasa belajar daripada sejarah agar terbuka segala pandangan kita.Kembalikan kegemilangan bangsa Melayu sebagaimana Melaka membina empayarnya..

Namun..hari ini apa yang kita dapat saksikan..? Kebodohan minda kita disebalik kemajuan tamadun..salah satunya kerana terlalu menerima bulat2 apa yang disajikan didepan mata.Kita doakanlah apa yang terbaik buat tanah air tercinta ni..apa saja ideologi yang bertentangan dengan budaya kita haruslah ditolak agar tidak memesongkan akidah.Kata seorang tua yang aku kenal..tok bukan menjunjung komunis..tetapi itu sahaja jalan agar suara kami didengar.Kami juga cintakan agama dan bangsa kami..dan itulah sebab kami mengangkat sejata.

Hari ini pun ramai generasi muda yang berfikiran radikal kan..

  1. Memang kesian kat Pak rasyid tu tapi apa nak buat, landasan perjuangan dia salah.

    Dia memang seorang pejuang itu fakta, tapi landasan dia aje yg tak betul.

    Aku pun pelik knp dia tak klr dr PKM bila ada anggota dr PKM tu yg membinasakan org Melayu.

    Memang betul sejarah memang byk yg diubah oleh org asing utk memesongkan pemerhatian dan pemikiran kita. Sejarah Melayu atau sulalatus salatin pun byk diorang dah adjust.

    Tapi peristiwa yg benar2 terjadi adalah suatu bukti sejarah yg jelas tanpa perlu kita ragui kesahihannya.

    Wallahualam

  2. long. teruskan menulis!🙂

  3. betul arwah rashid maidin ni ayah jugak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: