alonganaz

Kemana Samseng Melayu

In Perjuangan on October 13, 2009 at 5:08 pm

Bak sudah jadi suatu fenomena hari ini anak2 bangsa Melayu berlumba mahu menunjukkan kepak mereka dan bagai sudah sebati..mereka mahu menunjukkan kejantanan mereka dimana2 sahaja.

Kemana sajalah tahap samseng anak Melayu ini yang cuma terpekik terlolong tapi tiada apa yang hendak dibanggakan pada dirinya.Punya cukup ilmukah didada atau sudah khatamkah apa yang sepatutnya dipelajari..? Mungkinkah samseng Melayu ini ibarat tin kosong..ditendang berbunyi kuat tapi isi dalamnya tiada apa..

Kenapa mahu berlumba menunjukkan pengaruh dan kehebatan diri..bila kita punya banyak lagi perkara yang harus diberi perhatian.Dah kedepankah kita dari segala segi termasuk ekonomi berbanding bangsa lain di bumi tercinta ini.Banggakah dengan gelaran samseng walaupun terpaksa menumpahkan darah bangsa sendiri dek kerana kerakusan nafsu dan tamakkan kuasa.

Kemana hilangnya istilah adik beradik seperjuangan yang dilaungkan..?

Kalau benar mahu jadi samseng..jadilah mereka yang punya kekuatan lahiriah seperti ekonomi dan kukuhnya persaudaraan seagama dan sebangsa.Jangan hanya mahu menunjukkan kejantanan pada saudara seagama hingga ditertawakan oleh mereka yang bukan berkongsi budaya yang sama.Dah punya kekuatankah kita untuk berlagak angkuh dihadapan orang ramai.Banggakah dengan gelaran dan pangkat yang dikejar..dan bukan kerana matlamat sebenar dalam perjuangan.

Bangunlah kita bangsa Melayu..keluarkan minda kita dari pemikiran lapuk dan kuno bangsa ini..yang hanya percaya..bilangan yang ramai dan nama yang besar sudah membolehkan kita berdiri sama tinggi dengan puak lain.Hingga kita melupakan perkara yang lebih penting..iaitu kekuatan ummah..kekuatan ekonomi dan pemikiran yang kreatif.Jangan hanya bangga dengan riak muka yang penuh angkuh dan takbur..tetapi batinnya bagaikan bekas yang kosong.

Kita tetap punya jalan wajib yang disediakan..jadikannya sebagai panduan.

wafaq-harimau

  1. setuju…!!!

  2. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya…???

    Allah SWT berfirman :

    ” Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku…

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT…???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: