alonganaz

Mat Gaming

In Kehidupan on October 12, 2009 at 1:20 pm

Kaki Game

Bila dan masa kewujudan puak ini sebenarnya sudah lama..cuma kebelakangan ini sahaja geng kaki game ini kelihatan menyerlah dikalangan kita.Kali ni sahaja aku memilih topik puak gamers ini kerana aku berpengalaman bergaul secara rapat dan melihat tingkahlaku mereka yang agak taksub pada sesuatu permainan komputer.

Mereka sudah tidak kelihatan asing berbanding dahulu kerana jumlah mereka yang menjadi kaki game ini semakin ramai.Bagaimana mahu mengenal mereka bukanlah sukar kerana dari gaya dan topik perbualan mereka apabila sudah berjumpa pasti berkisar tentang permainan komputer.Pengalaman aku bergaul bersama mereka kadangkala memberi pengalaman lucu..salah satunya kerana mereka selalu menggunakan bahasa dan istilah yang pelik pada pandangan mereka yang bukan kaki game.

Malah sesekali aku merasakan mereka adalah makhluk asing yang datang ke bumi ini untuk menjajah minda bangsa manusia untuk bertukar menjadi virus yang hanya bercerita mengenai DOTA..atau apa sahaja nama permainan yang lain.Disini juga kita dapat melihat bagaimana seseorang yang boleh dikatakan agak berusia akan bertukar watak menjadi manusia yang kebudak2an angkara permainan komputer.Itu apa yang aku maksudkan dengan virus manusia.Haha.

Paling menarik perhatian aku ialah riak wajah mereka yang bersungguh ketika sedang mengendalikan permainan di komputer..ibarat seorang kapten kapal mengendalikan kapal angkasanya.Kadangkala akan terdengar ada suara menjerit tidak puas hati dan kutuk mengutuk sesama lain.Bila ada yang menang..yang menang itu akan bersuara angkuh dan riak kerana kemenangannya didalam sesuatu permainan itu.Pengaruh permainan komputer ini sangat besar hingga ada rakan yang mengabaikan masa pelajaran dan makan minum mereka.

Mereka juga selalu melakukan temujanji beramai2 untuk bermain di pusat permainan luar seperti kafer siber.Malah sempat juga aku berimaginasi yang mereka ini adalah puak jedi yang mahu menggempur askar2 dari klon wars dibawah pimpinan diktator Darth Vader saat mereka beramai2 berangkat ke kafe siber yang telah dijanjikan.Mereka bagi aku adalah versi moden bagi menggantikan orang2 tua di kampung yang melepak di kedai kopi.Itu sahajalah..kepada yang masih menjadi kaki game..teruskan perjuangan anda..! haha.

Terdetik rasa hormat kerana permainan komputer ini selalu menyatukan mereka yang berlainan latar belakang dibawah satu bendera..bendera yang tertulis kalimah DOTA contohnya.Tidak kira siapa dia..budak nerd..budak hot..kaki muzik malahan budak tiga line sekalipun.

  1. cma tempek kat uke aku balik je. hahha~ aku gamerz gak, tapi tak la addicted gile. 10jam pn da pening pale woo…. cuti sem lagi la jgn ckp….

  2. haha member aku smpai..siang tido mlm berjaga

  3. ade da kat umah sewa aku nih. blaja tah ke mane, tapi takpe… takyah gaji pak gad a…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: