alonganaz

Janji Melayu

In Kehidupan on October 12, 2009 at 7:05 am

Beberapa minggu lepas aku ada menghadiri seminar motivasi di Kuala Lumpur yang diadakan khas untuk meningkatkan keyakinan kita dalam menghadapi hari mendatang.Lima minit sebelum seminar aku dah ada di majlis sebab nak dapat tempat duduk depan.Kelihatannya tidak ramai yang datang awal walaupun penceramah dah bersedia untuk memulakan ucapan.

Kerana selepas 15minit majlis bermula pun masih ada yang tidak kelihatan..pemberi ceramah berkenaan mula mengeluh.Melihatkan keadaan itu..seorang peserta berseloroh pada penceramah itu..’Biasalah encik..janji Melayu’ sambil tertawa besar.Mendengarkan kata itu..terus penceramah itu menjerkah sambil berkata ‘Kamu jangan sesekali menghina bangsa saya dengan kata2 seperti itu’.Terdiam seketika peserta tadi..manakala aku hanya menahan ketawa dalam hati..kerana yang mengungkapkan ‘Janji Melayu’ itu orang Melayu juga.

Kemudian barulah penceramah itu berkata pada hadirin yang hadir bahawa pantang dirinya mendengar orang mengungkapkan perkataan ‘Janji Melayu’ kerana baginya mengingkari masa dari waktu yang ditetapkan seperti sudah sebati dengan perangai bangsa Melayu.Ia seolah penghinaan kepada bangsa Melayu dengan ungkapan seperti itu..dan sebagai orang Melayu menurutnya..dia berasa kecewa dengan ungkapan itu walaupun orang lain menganggapnya sebagai lucu.Lebih menyakitkan lagi jika ada bangsa lain sudah terikut dengan perkataan ‘Janji Melayu’ itu..

Bila difikirkan benar juga kata2 nya..selama ini kita memperlekehkan sikap bangsa kita dengan gelak ketawa yang sinis tanpa mahu memikirkan bagaimana mahu mengubat penyakit bangsa Melayu ini.Tapi itulah realitinya..sikap kebanyakan anak bangsa kita..kalau janji pukul 10..datang setengah jam lewat itu dianggap sudah lumrah dan menjadi kebiasaan.Kenapa sukar sangat menepati waktu..? Bukan sahaja aku nak berpesan pada orang ramai..tetapi aku juga sedang berusaha keras untuk menepati waktu seperti yang telah aku dan peserta lain janjikan pada penceramah tersebut.

Apatah lagi jurulatih silat aku sendiri..En Zaini Marzuki selalu mengingatkan kami benda yang sama apabila ada ahli yang suka turun lewat ke kelas silat pada waktu yang ditetapkan.

Untuk maju..orang Melayu harus berusaha untuk berubah walaupun apa yang dilihat itu seperti perkara yang remeh.Pepatah orang tua kan ada menyebut masa itu emas..jadi didiklah dari anak kecil hingga orang dewasa untuk menepati waktu supaya Malaysia tercinta ini bisa maju lebih gemilang kehadapan.Chewah ayat..haha

Majulah anak bangsa..ikut waktu ok..!!

  1. hmmmm…. dengan bangge, riak, takabbur nye aku ngaku aku bukan orang yang tak menepati waktu. klu kelas 10-15 min aku da smpi (except emergency cases). kalau interview min 30 min aku da smpi, mmeting kecik2 10min kau da sampai, umah orang kawen, tak pernah sampai da pas da besa2 nih. hahah~ menepati masa menunjukkan diri ko yang sebenanye….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: