alonganaz

Disebalik Konfrontasi Mal-Indo

In Indonesia on October 12, 2009 at 4:36 pm

Dah lama aku nak menulis tentang sejarah konfrontasi Ganyang Malaysia tetapi bukan apa yang dah ramai orang tahu..sebaliknya dari sisi yang berlainan dari apa yang kita tahu mengenainya.Semua orang tahu Indonesia merdeka pada tahun 1945 selepas kekalahan tentera Jepun akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.Peristiwa ini telah menyebabkan almarhum Sukarno mengambil kesempatan mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa persetujuan dari Belanda.

Mengapa Malaysia tidak mahu mengistiharkan kemerdekaan seperti Indonesia pada 1945 walaupun kita juga boleh berbuat demikian..? Ini kerana sistem politik tanah Melayu yang tidak stabil..dan bertambah sukar apabila pasukan bintang 3 keluar dari hutan dan bermaharajalela dengan membalas dendam terhadap mereka yang pernah berkerjasama dengan kerajaan Jepun.Ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman..iaitu Perdana Menteri Malaysia pertama terpaksa memanggil semula kerajaan Inggeris untuk membantu menghapuskan anasir komunis.

Almarhum Tunku memanggil balik British kerana sistem persenjataan mereka yang lebih lengkap serta pasukan tentera tanah Melayu masih memerlukan latihan yang secukupnya.Pihak Amerika dan British pernah meyarankan pasukan tentera tanah Melayu untuk mengebom kapal di selat Melaka.Ini membolehkan mereka menuduh Indonesia adalah dalang punca kemusnahan dan mereka akan mempunyai alasan untuk menyerang dan menakluki Indonesia dari Belanda.

Tetapi kata almarhum Tunku ‘Tidak..kerana mereka adalah seagama dan sebangsa’ dengan saya.Malah apabila perhimpunan anti Indonesia di Malaysia..sekumpulan wartawan termasuk Samy Vellu (Dato Seri) pernah membawa pancasila untuk dipijak dihadapan Tunku namun tunku tidak bersetuju.Apabila kehendak mereka tidak dipenuhi..mereka telah mengangkat Tunku dan meletakkan pancasila dibawah kakinya.Ini bukan sahaja menimbulkan kemarah Tunku..tetapi juga sukarno.Kemarahan Sukarno bukan sahaja kerana ada sifat neo-koloni dalam sistem pemerintahan Malaysia..tetapi juga kerana marah tidak dapat menguasai seluruh kepulauan Borneo.

sumber : nusantara.blogspot.com dan Dato Zainuddin Maidin

Tunku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: