alonganaz

Majlis VIP

In Kehidupan on October 9, 2009 at 3:32 pm

Waktu aku menulis blog ni..aku baru sahaja pulang dari majlis sambutan hari raya Kementerian Pertahanan yang mana kali ni dianjurkan oleh bapa aku sendiri.Ikutkan aku tidak berminat dengan majlis sosial yang terlalu protokol dan perlu menjaga adab tertib dari segi pemakaian sampailah ke percakapan.Apatah lagi aku kena menjaga nama baik kedua ibu bapa aku di majlis..

risau juga sebab aku ni seorang yang cakap lepas..tetapi sebab dah didesak oleh bapa aku..jadi aku turutkan sahaja.Banyak benda yang menimbulkan pertanyaan pada aku terutamanya melihatkan kerenah VIP dan orang ramai di majlis..tidak kiralah dari jabatan kerajaan..badan2 politik ataupun swasta.Sudah menjadi lumrah..para VIP ni pasti akan datang lambat berbanding waktu yang dijanjikan.Dan akan ada manusia yang setia menunggu mereka untuk membukakan pintu..dengan senyuman yang penuh palsu.

Paling aku lemah adalah bahagian ucapan kerana disini banyak manusia akan berpura2 mendengar dengan penuh minat apa yang diucapkan tetamu kehormat tersebut..walaupun selalu aku perasan mereka menahan rasa mengantuk dan mengerling jam di tangan.Yang berucap pula lebih banyak merapu dari berucap perkara yang berisi dan boleh membangkitkan rasa minat yang mendengar..

Dan walaupun aku rasa ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat aku yang terakhir ni..kerana mengatakan manusia itu hidup berstatus ialah perbezaan jurang yang agak ketara diantara yang diatas dan dibawah..yang berpangkat dan tidak berpangkat.Bukan mahu memberi layanan yang istimewa kepada mereka yang berada dibawah..tetapi cukuplah sekadar bagi mereka yang berada dibawah ni selesa.Ini aku lihat bersusah payah mencari tempat duduk.Berbanding yang diatas semuanya terhidang..semua berlayan tanpa perlu berfikir seperti mahu mencari tisu atau air.

Dan aku juga terfikir..adakah golongan yang diatas ini ada terfikir tentang keselesaan mereka iaitu golongan yang berada dibawah ini atau hanya melayan perasaan dimeja sendiri.

Bukankah kita sama manusia..? Fikirkanlah.

Meja VIP dan bawahan

  1. salam bro,aku memang bersetuju dgn pa yg hang suarakan,hidup berpura-pura dan protokol mmg di amalkan oleh orang2 vip,dlm kpltak dia sentiasa pikir camna nak kmpul harta lg byk dan keselesaan diri sendiri je,pada mereka orang bawahan x perlu di layan dgn baik,x mendatangkan hasil papun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: