alonganaz

Kepada Pengikut BENDERA

In Indonesia on October 8, 2009 at 1:26 am

Kami Gak Ada Kerjaan Lain.Protes Bagi Mendapatkan Uang

Kalian ini hanya omong kosong mahu menyusup mahu masuk ke Malaysia.Nasihat aku kepada kalian pengikut BENDERA ini..buka ikatan merah putih dikepala kalian itu..dan pacakkan diatas kubur saudara kalian di Padang Indonesia yang terkorban kerana musibah gempa bumi.

Dari menuntut ilmu kebal lebih baik kalian doakan supaya mangsa gempa bumi di Padang pergi mengadap Allah dalam keadaan yang diredhainya.Juga doakan hubungan baik rakyat Indonesia dan Malaysia yang berada dibumi Malaysia kekal erat walaupun sedikit retak kerana propaganda dan kebencian yang ditimbulkan kalian.Jika benar para TKI kalian mengalami penyiksaan..lakukan solat hajat supaya mereka yang zalim itu mendapat balasan.Bukan mendoakan kecelakaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih menganggap mereka di Indonesia itu sebagai saudara kerana persamaan agama dan budaya.

Dan anak2 kecil yang dibawa kalian untuk protes ‘kekejaman’ Malaysia..mereka itu masih tidak tahu apa2.Hantar mereka kesekolah dan beri pendidikan yang sebaiknya untuk membangunkan negara Indonesia di masa hadapan.Bersainglah dengan sihat bersama Malaysia saudara kalian ini..jangan malu untuk belajar dari kami kerana kami juga pernah belajar dari kalian.

Jangan hanya mahu menjadi jagoan kampung yang gilakan publisitas..tetapi isi didalam kepala itu kosong.Dan kepada warga Malaysia kita elakkan memandang rendah warga TKI disini..kita sama manusia.Yang hanya boleh memandang hina manusia itu cuma Allah SWT.

P/s : Untuk pengetahuan BENDERA..di Malaysia pasukan Angkatan Tentera Malaysia sedang mengadakan eksesais (latihan) bersama 21 negara dalam strategi perang laut dan udara iaitu antaranya tentera dari Brunei..Singapura..Australia..New Zealand dan TNI sendiri.Tindakan bodoh jika menyerang Malaysia waktu ini.Bagaimana saya tahu..? Bapa aku sendiri dari angkatan udara tentera Malaysia..! Tidakkah kalian malu kerana media kami turut melihatkan protes BENDERA di TV dan ruang koran kami..serta ditonton oleh pemimpin tentera dari 21 negara yang sedang berada di Malaysia.

Eksesais Udara di Perlis

Malindo Eksesais

LINK

  1. Bro,
    Bendera nipun satu hal tapi yg paling pelik polis indonesia.
    knp diorang langsung tak ambil tindakan malah wartawan siap temuramah lg dgn sipolan yg nak serang dan kepung kedutaan malaysia.
    Apa nak tunggu ada nyawa yg melayang baru nak ambil tindakan?.
    Tindakan pencegahan langsung takde ooleh polisi indonesia ni.
    dah terang2 salah pun tak nak tahan, apale polis indon ni, sebab tu le rakyat dia berani, berani bertindak bodoh.

    Iya2 je ckp dgn kita, itu cuma segelintir rakyat dan mereka akan ambil tindakan tapi haram langsung takde, bendera tu lg demo ade le.
    Ilmu kebal, nabi SAW pun cedera waktu perang nikan pulak bendera.

    dasar pemikiran kolot, picik.

    bg aku semua org Islam adalah saudara, apalagi dari satu rumpun, sepatutnya lagi akrab hubungannya.

    Wallahualam.

  2. aq org indo sejujurnya aq juga malu n gx setuju dengan aksi yang dilakukan oleh bendera n tidak hanya aq tpi juga org indo lainnya yg tinggal disini jg tidak menginginkan hal yg dapat merusak persahabatan jgn menilai bila satu dua orang yg melakukan keslahan maka semua orang itu juga sama ,,,,untukmu anaz aq salut dengan kmu karena kmu dpet memprotes aksi-aksi org indonesia yg salah dengan memberikan moral yg baik tnpa hrus mencaci serapah seperti yang dilakukan oleh arezeo yg hanya dpet memperuncing masalah bukannya menyelesaikan masalah,,,,

  3. Aku pun tidak setuju dengan tindakan bendera itu,tapi pihak pihak tertentu di Malaysia yang melakukan kesalahan pun harus tahu kini bahawa kita harus menghormati sesama insan, sesama hamba Allah. Aku pernah ke sana tahun lepas dan alhamdulillah orang2 Indonesia menerima kita dengan baik. Aku menyusuri jalan jalan di Jakarta, naik angkutan bersama mereka..tiada masalah.Jika kita baik,orang akan baik dengan kita. tapi sekarang?tak tahulah…. harap kita semua rakyat Malaysia dan Indonesia akan bersangka baik semula, semoga allah merahmati kita semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: