alonganaz

Bandar Kuching Akan Ditawan

In Indonesia on October 5, 2009 at 12:31 pm

Rasanya nak pecah perut aku ketawa bila membaca didalam sebuah forum yang pasukan BENDERA iaitu sebuah pasukan ganyang Malaysia di Indonesia antara misi dan matlamatnya ialah mahu menawan bandar Kuching.Tindakan itu selain daripada marah kerana kita ‘maling’ kebudayaan mereka..juga atas alasan ‘kekejaman’ yang kita lakukan pada warga mereka disini.

Beria-ia mereka mahu menyusup masuk ke Sarawak melalui Kalimantan.Entah apalah yang membuatkan mereka terlalu befikir secara paloi bak kata orang Sarawak..Apa ingat mudahkah mahu menawan negeri Sarawak yang aku percaya..2kali lebih gila kepala otaknya daripada orang2 di semenanjung..

Disebabkan itu ramai komando2 tentera Malaysia selain daripada orang Melayu..terdiri banyak dari orang Iban dan Dayak.Aku anak pegawai tentera..aku tahulah..tengok muka komando2 dari sarawak ni sahaja dah cukup membuatkan kaki aku menggigil..dah la badan penuh tatu.

Aku nak memetik kata saudara aku dari Mukah..Sarawak sana dalam forum anti Malaysia itu..

Berikut adalah antara kata2 nya pada aku..asalnya dalam bahasa sarawak tapi aku alih ke bahasa Malaysia untuk mudah difahami..

Mereka ingat senangkah mahu menawan negeri sarawak ni..? cakap seperti orang bodoh yang tidak punya otak.Cerobohlah kau ke bumi Sarawak ni..kelak aku akan tentang secara habis2an untuk mempertahankan negara dan negeri yang tercinta ni.Mayat kau akan aku campak dalam sungai Rajang untuk dijadikan santapan cucu cicit Bujang Senang ataupun makanan si Bujang Samarahan.

Mereka terlalu bangga berjuang dengan buluh runcing..kami disini juga punya sumpit sebagai senjata.Mereka kata akan memenggal kepala kami..disini kami juga ada orang Iban yang akan memenggal kepala mereka semula.Ingat..walau apa bangsa dan agama kami dinegeri Sarawak ni..darah dan semangat Rentap tersemat kukuh dalam setiap jiwa pahlawan kami.Dan kami juga berpegang pada pepatah..

AGI IDUP AGI NGELABAN..!!

Jadi jangan punya niat untuk menyentuh kedaulatan bumi sarawak ni..

Rentap

Aku buat apa..? Ketawa dengan kebodohan mereka.Aku hanya menikmati mee kolok sambil melayan alunan indah bunyi petikan gitar sape di tepi sungai rajang bersaksikan keindahan gunung santubong..

  1. hahahhaha~ cite2 tinggi, kail panjang sejengkal, sungai rajang jangan di duga. bodo punya orang….

  2. Kenapa BENDERA ni bodoh sangat? buat malu indonesia jer. fucking retarded people.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: