alonganaz

Bantuan Malaysia Ditolak

In Indonesia on October 4, 2009 at 3:19 am

Biasanya pada pagi ahad aku memang suka membelek2 surat kahabar sehinggakan berita dari media massa pun aku akan cari diinternet.Apabila aku membuka sebuah laman web berita dari indonesia..Harian Kota..aku menjumpai satu berita yang sangat menyakitkan hati.

Ia apabila bantuan Malaysia telah diasingkan oleh pihak2 tertentu di Padang Indonesia kerana dipercayai hasil bantuan tersebut adalah bersumberkan kewangan industri perjudian di negara ini.Betapa angkuhnya sikap mereka yang sudah ditimpa musibah pun masih mahu meninggi diri.Alasannya industri perjudian menyumbang sebanyak RM 40 Juta setahun kepada Malaysia.

Maaf jika saya mahu mengatakan kalian gak mahu berfikir dengan lebih telus.Jumlah 40 juta itu tidak mencapai walau 5peratus pun dari keseluruhan jumlah pendapatan Malaysia.Banyak lagi sumber pendapatan yang halal di Malaysia malah industri makanan halal besarnya lebih 10 kali ganda dari industri perjudian.Sakitnya hati apabila sumbangan yang dihulurkan secara ikhlas diasingkan seolah2 betapa hinanya sumbangan dari Malaysia.

Apa sumbangan dari Amerika lebih dihargai dari sumbangan ikhlas dari saudara2 kalian di Malaysia yang seagama..? Yakinkah sumbangan dari US dan Australia itu lebih HALAL dari Malaysia..? Kekayaan mereka pun dirampok dari negara2 Islam.Bagaimana perasaan lebih ratusan ribu warga Malaysia berketurunan Minang di Malaysia apabila mereka mengetahui perkara ini..sikap dan pemikiran saudara mereka disana.Dasar bego.

amerika memunggah barang untuk bantuan di Padang

Pada warga Malaysia kita jangan ambil peduli..teruskan sahaja berdoa untuk kesejahteraan pada saudara mara kita di Padang Indonesia sana.Jangan jadikan kebencian dipanggil maling untuk melenyapkan sifat belas kasihan kita pada mangsa musibah disana.Kita tetap serumpun walau punya pemikiran yang berbeda..

Ya Allah..kau ringankanlah penderitaan saudara kami di Indonesia yang ditimpa musibah.

  1. biar je la. org da taknak takkan nak pakse kan. kite boleh pakse lembu pegi sungai, tapi kite tak boleh pakse lembu minum air sungai…

  2. saudara, bende yg haram (walau sedikit) dicampur dgn yg halal, haram jdnya. adakah boleh ntok mkn rendang ayam (yg disembelih secara Islam) dgn cebisan dgg babi yg diracik2, sudah tentu tidak!

    tp sya stuju dgn anda mempersoalkan kenapa bantuan dr negara2 yg jelas sumber2nya lebih meragukan lebih dialu2kan…

    no more nasi padang lepas nih…

  3. Mereka lupa, Amerika punya Las Vegas, kota Judi terkenal. Sentimen “anti-Malaysia” sepertinya masih melekat dalam pikiran sebagian rakyat Indonesia.

    Ulasan saya tentang kes ini:
    http://mujahidin09.blogspot.com/2009/10/bantuan-muslim-serumpun-ditolak-dengan.html

  4. @ Baraq.Betul..tetapi kalau mahu difikirkan secara logik akal dan telus..apakah ada negara yang sumbernya benar2 telus dan bersih dari sistem riba contohnya.Riba juga suatu perkara yang haram.Hatta arab saudi sendiri tidak bersih seratus peratus.Golongan kerabat menguasai ekonomi dan politik..

    Dan lagi ada bukti sumbangan daripada syarikat genting highland..? Yang banyak menghulur adalah tangan2 daripada bangsa Melayu juga.Apa sumbangan daripada kita ini haram..?

    @ aditya..terima kasih atas pendapatnya.Saya juga boleh menerima jika Malaysia dikritik asalkan secara beradab.Tiada siapa mahupun negara yang benar2 bersih.

  5. dasar goblok, klw darurat pon bole makan walaupon daging babi..klw dorg x terima bantuan kita biar je la..tp isu ni sbnarnya media mereka shj je nk bangkitkan..silap2 semasa ngah taip berita ni, dorg nga kunyah biskut tiger..NGAAAUUUUMMMMMMMMMMM!!!

    cuma sebenarnya mereka xleh terima kenyataan yg negara kita ni tlong dorg..media dorg ni hnya tau berbunyi mcm tin kosong la, lg ditendang lg kuat bunyi..tp dlm kosong..org putih ckp ”RUBBISH”…

    rakyat mereka smua nye ok..cuma media massa je yg lebih2..bia je dorg try kita..jgn smpai nt dorg plak kene try, time tu cry pon da x guna..hahaha

  6. low mentality people. biasalah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: