alonganaz

Indon Hamba Kita..?

In Kehidupan on October 3, 2009 at 6:42 pm

Sewaktu aku menulis blog ni..aku baru sahaja balik dari kedai makan lotus yang berhadapan dengan kompleks Pertama tu.Disebelah meja makan aku terdapat sekumpulan lelaki Melayu dipercayai dari golongan mat rempit berdasarkan cara pemakaian mereka yang berbaju besar..berseluar cerut dan topi murah kepak keatas.

Ada seorang pelayan warga Indonesia menghantar air ke meja mereka..dan entah apa silap warga Indonesia tu terus dimaki bodoh dan sebagainya.Bangganya mereka dengan sikap mereka yang aku sifatkan lebih bodoh dari anjing.Kasihan aku melihat lelaki tersebut dimarahi didepan orang ramai kerana silap yang tidak seberapa.Pula tu bangga dengan kelakuan mereka.

Kenapa aku perhatikan sikap warga Malaysia yang suka memandang rendah pada mereka yang lebih miskin semakin ketara..? Dimanakah sifat saling menghormati kita pada mereka yang juga mencari rezeki halal dinegara ini walau masuk secara haram..? Aku tidak rasa golongan mat rempit tadi marah kerana isu ganyang Malaysia oleh Indonesia..bagi aku mat rempit ni bukan ambil tahu isu semasa pun.Menyusahkan orang lain adalah..

Bukan sahaja mat rempit..aku juga tidak bersetuju dengan mereka yang melayan dan bercakap dengan warga asing ni dengan pandangan menghina dan jelek.Kita sesama manusia..jadi hormatlah sesama manusia.Mereka bukan hamba kita yang boleh dimaki hamun dan dicaci sesuka hati.Apa perasaan kita jika ahli keluarga kita diherdik dan dicaci dihadapan orang ramai..?

Layanlah manusia sebagai manusia..bukan melayan manusia macam melayan binatang.Yang cari rezeki halal kita hormatilah..jangan angkuh nak belajar dari kegigihan dan pengalaman mereka.Yang melakukan jenayah tu kita ganyanglah..

Janganlah mendabik dada..sumbangan pun tak seberapa pada negara tapi cakap nak tinggi..

Blahlah..!!

  1. rempit mmg bodo, bodo cam bangang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: