alonganaz

Tempoyak

In Kehidupan on October 2, 2009 at 2:51 am

Saja aku menulis tentang tempoyak sebab aku paling kenal tempoyak berbanding sajian2 eksotik lain di Malaysia seperti cencalok..budu dan belacan.

Aku banyak mengenal tentang tempoyak daripada bapa aku yang merupakan peminat tempoyak tegar.Mungkin kerana dusun kampung dia dikelilingi pokok durian yang merupakan bahan asas untuk membuat tempoyak.Kepada yang tidak mengenal atau buat2 tak kenal tempoyak kerana orang bandar kononnya..tempoyak adalah perasa tambahan yang dimakan bersama dengan nasi.

Tak tahulah kalau ada yang menggunakan tempoyak sebagai jem untuk disapu pada roti saat menikmati sarapan pagi.

Mak aku pernah cerita..sebelum kahwin dengan bapa aku..dia tak kenal pun apa tu tempoyak apa lagi nak menghasilkan sebuah tempoyak.Tetapi setelah dikerah oleh bapa aku..mak aku belajar juga buat tempoyak sebagai salah satu tanda cinta dia pada bapa aku.Sekarang mak aku dah boleh menghasilkan tempoyak bermutu tinggi sebagai hidangan pada aku sekeluarga.

Kita jangan melatah apabila Indonesia menuduh kita mencuri tempe..cendol..rendang dan sebagainya kerana kita juga ada banyak makanan lain yang boleh dibanggakan.Rakyat Malaysia juga tidak akan kisah jika seorang warga Amerika membawa tempoyak ke negaranya untuk dikormesialkan..kerana kita tidak akan memanggil dia maling.Malah kita juga tidak akan kisah jika presiden Barack Obama mempatenkan tempoyak sebagai makanan asli negara tersebut.

Isu ini nampak remeh..tetapi sebagai generasi muda Malaysia yang hidup di zaman KFC dan McDonalds..apa salahnya kita mengenal makanan warisan kita sebagai salah satu pengetahuan.Biar kita tak makan tempoyak..tapi sekurang-kurangnya kita tahu rupa bentuk dan rasa sesebuah tempoyak.

Tempoyak perisa vanilla dah ada ke..?

tempoyak

  1. haha vanilla…?
    lawak la ko nie nas…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: