alonganaz

Bencana Atas Indonesia

In Indonesia on October 2, 2009 at 12:19 pm

Baru nak mandi..aku lihat kat TV pasal kejadian gempa bumi di Padang..Indonesia.Aku sebenarnya kurang bersetuju apabila ramai warga Malaysia mengatakan bencana ni terjadi kerana sikap warga Indonesia.Itu mungkin salah satunya..tetapi janganlah sampai kita tidak boleh berfikir waras apabila mengeluarkan kenyataan.

Indonesia memang akan sentiasa mengalami gempa bumi kerana kedudukan geografinya yang terletak atas lingkaran api pasifik.Jangan mengatakan Malaysia bebas dari bencana..lupakah kita pada kejadian runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa atau runtuhan Highland Tower..? Mungkinkah bencana tuhan juga..? Wallahualam.

Jangan jadikan kemarahan kita kerana dituduh maling untuk mengejek bencana ke atas Indonesia.Tidak mustahil jika kita terlebih angkuh dan riak..tuhan akan menurunkan bala bencana pada kita di kemudian hari.Hulurkan sahaja sumbangan kita yang termampu pada saudara kita di Indonesia sana.Kasihanilah mereka yang kehilangan harta benda dan keluarga disana.Belum sempat meraikan hari batik..bencana menimpa.

Al-Fatihah pada saudara2 kita yang terkorban di Sumatera.Dan syukur juga tiada rakyat Malaysia yang menjadi korban gempa bumi disana.Gempa Sumatera

  1. betul..setuju broo…

    lets help them.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: