alonganaz

Cendol Punca Gaduh

In Indonesia on October 1, 2009 at 8:21 am

Semasa tengah membelek forum di internet..aku ada terjumpa sebuah perbincangan antara rakyat Indonesia yang begitu meluap-luap kemarahannya kepada Malaysia kerana katanya kita klaim cendol sebagai hak mutlak Malaysia.Dekat bangi dan kajang aku ada jumpa banyak gerai cendol milik mapley berketurunan India..ingatkan cendol ni milik mereka.

Kenapalah isu kecil ni jadi besar..kita minum cendol diam2 sudahlah.Banyak lagi isu berkaitan ekonomi dan global perlu dibincangkan.Sebelum ni isu tarian pendet yang rakyat Malaysia sendiri tak tahu apa kejadahnya tarian tu tiba2 dituduh mencuri kebudayaan mereka.

Penatlah..satu2 isu yang menimbulkan kehairanan dan bahan cerita yang dianggap lucu oleh rakyat Malaysia dibangkitkan.Bila aku terangkan pada mereka..teruk dimaki hamunnya aku.Ada ke kerana benda kecil siap nak ganyang Malaysia..isytiharkan perang.Puas aku cari dalam media Malaysia bukti kerajaan kita klaim benda2 tu semua.Tapi tak jumpa pun..kalau yang dikatakan warisan tu adalah.Warisan tak sama dengan klaim.

Sekarang ni nak sebut perkataan klaim pun aku dah menyampah.Nak kupas isu ni lebih2 taknak la nanti menjejaskan hubungan aku dengan rakan2 dari Indonesia pulak kerana isu kecil ni.Tapi siapa yang tak panas hati..bila tengah sedap2 minum cendol mapley Penang..tiba2 kena panggil maling.Ehh aku makan cendol pakai duit halal la..aku tak curi pun.Minum lari pernahlah..tu pun sekali zaman2 nakal dulu.

Solusinya komunikasi dan saling memahami tu penting.Kepada orang Malaysia pula janganlah mendabik dada dengan kemajuan kita hari ni sampai menimbulkan riak..tetapi tanya apa yang dapat kita sumbangkan pada Malaysia tercinta ni.Bebaskan negara ni dari hukum kapitalis warisan British yang jelas menindas golongan kelas bawahan.Ni sebenarnya ujian Allah pada kedua2 negara..hikmahnya mungkin dari sengketa ni kita akan seharusnya saling memahami.Tuhan mahu kita berfikir..

Sengketa jadi kerana kita tidak kenal saudara sendiri..tetapi sibuk hantar askar pergi jaga istana ratu England kat Buckhingam Palace tu.

Mapley..cendol kacang satu ha..!!

kuala_lumpur_malingsia

Doa segelintir warga Indo pada Malaysia akan datang.

  1. biasa lah. orang bodoh, cendol pon jd masalah..anyway i like ur blog man…

    mapley, cendol satu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: