alonganaz

Komunis Melayu

In Fisabilillah on September 30, 2009 at 5:50 am

Dalam beberapa bulan lepas aku berpeluang berkenalan dengan pak Amin..seorang bekas pejuang kemerdekaan berhaluan kiri didalam regimen ke-10.Pak Amin kini menetap di Kampung Chulaborn Patana Selatan Thailand.Untuk pengetahuan..regimen ke-10 adalah sayap kanan Parti Komunis Malaya yang terdiri daripada orang-orang Melayu.

Dengan tulisan beliau banyak menyedarkan aku tentang perjuangan mereka-mereka yang berhaluan kiri dalam menuntut kemerdekaan.Namun tidak ramai yang mengangkat mereka sebagai pejuang kemerdekaan hanya kerana perjuangan mereka didalam komunis.Apatah lagi dipaparkan dalam buku-buku tulisan sejarah kekejaman komunis dan isu bahawa komunis menolak kepercayaan beragama.

Aku bukanlah pendukung ideologi komunis tetapi apa salahnya kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka orang2 Melayu ini walaupun mereka berjuang dilandasan kiri yang bertentangan dengan dasar British.Sudah menjadi lumrah dan sikap bangsa Melayu suka menyalahkan daripada mengkaji dahulu sesuatu kebenaran itu.Mereka mengangkat senjata bersama komunis kerana suara mereka dalam menentang penjajahan British tidak didengar dan juga kerana kesedaran bahawa memang penjajah itu suka memperbodohkan bangsa Melayu.Lebih parah pula sikap segelintir bangsa Melayu itu yang merelakan dirinya diperbodohkan oleh paksi barat.

Kita hanya menerima bulat2 apa yang dipaparkan dalam buku sejarah.Penjajah memang membawa sikap kapitalisme iaitu menindas mereka yang berada di kelas bawahan.Penyertaan bangsa Melayu kedalam komunis juga kerana ingin memperjuangkan kemerdekaan dan kerana kesedaran kita sedang diperbodohkan oleh penjajah dengan dasar2 mereka yang jelas menindas bangsa2 yang lemah.

Jangan sesekali kita katakan Melayu komunis itu tidak berpegang pada agama jika tidak tahu tentang perjuangan mereka.Bak kata bapak Abdullah CD didalam wawancaranya..

Abdullah C.D.: Bagi saya falsafah Marxis itu adalah satu senjata yang terbaik dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air dan untuk kemajuan masyarakat umat manusia. Kami tidak memandang Marxisme itu sebagai “dogma”, atau pegangan ketat yang kaku dan tidak boleh berubah, tetapi memadukannya sesuai dengan syarat dan keadaan di Malaya.

Akan tetapi, dalam masalah ini, ada orang menganggap kerana kami menggunakan Marxisme, maka kami tidak beragama atau menentang agama. Pandangan seperti ini sebenarnya telah diracuni oleh hasutan penjajah. PKM melaksanakan dasar kebebasan beragama dan menghormati adat istiadat rakyat semua bangsa. Saya dilahirkan sebagai Islam dan dibesarkan dengan didikan Islam. Di mana juga saya berada, pegangan ini tetap tidak berubah.

Diatas adalah wawancara bersama Abdullah CD..jadi kita fikirkanlah.Apa juga yang kita bawa..sebagai bangsa Melayu yang memang diketahui Islam kita harus tetap berdiri diatas jalan yang lurus berpandukan 30 Juzuk Al-Quran biarpun ditangan memegang bendera berwarna merah.

Perlu diingatkan aku bukan penentang kerajaan.Jangan salah sangka dengan tulisan ni..fahami dan fikir sedalam2nya.Tidak kira apa fahaman dan politik seseorang pemimpin Melayu..selagi bersikap adil tetap kita junjung dia sebagai seorang pemimpin yang seharusnya dihormati.Terima Kasih.

Majulah Malaysia.
Abdullah C.D.
Abdullah CD

  1. masalahnya…perjuangan mereka juga menyusahkan kehidupan masarakat pada waktu itu..sambil memeras dan membunuh orang2 kampung…
    bersekongkol dengan kominis cina diketuai chin peng yg membawa idologi kominis china untuk menguasai malaya..
    berbeza dengan kiyai salleh dan selempang merah..yg memburu kominis SETELAH nyawa dan kehidupan orang2 melayu diancam oleh keganasannya kominis..

  2. Salam,

    Atas dasar perbincangan,sudilah membaca artikel saya dan silalah pangkah point saya pasal komunis di mana2 yang dirasakan salah dan perlu diperbetulkan.

    http://freebooterrambo.blogspot.com/2010/11/bermulanya-perang-saraf-pkm-selepas.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: