alonganaz

Archive for the ‘Fisabilillah’ Category

Kala Hujan Turun : Bangsa Melayu

In Fisabilillah, Islam, Perjuangan, Sejarah on August 18, 2010 at 7:10 pm

Masa menulis artikel ni aku baru pulang daripada kelas latihan silat cekak di Bangi.. dan biasanya selepas habis latihan silat kami semua, ahli silat cekak akan beramai2 pergi minum di medan selera Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Bangi. Tapi semasa kelas latihan hendak tamat.. hujan turun dengan lebatnya disertai dengan petir sabung menyabung. Oleh kerana tidak mahu basah kuyup terkena air hujan untuk berjalan jauh ke parking kereta..kami makan di kedai berhampiran sahaja.

Biasanya selepas kelas latihan tamat..jarang kami akan bercerita tentang silat di luar kelas ataupun ketika sedang bersantai. Namun tiba2 hari itu kami membuka cerita tentang bangsa Melayu.. semuanya bermula hanya kerana hujan lebat yang sedang turun. Timbul persoalan pada kami semua.. dahulu atau bertahun2 dahulu bila tiba bulan Ramadhan cuaca akan menjadi panas dan kering. Lagipun bulan Ogos bukanlah musim hujan sepatutnya. Kalau kita mengkaji buku geografi angin monsun timur laut yang membawa angin ribut disertai dengan musim hujan berlaku pada bulan September hingga Mac.

Pada bulan September hingga Mac inilah pulau2 di pantai Timur seperti Tioman dan Perhentian akan ditutup untuk kunjungan orang luar.

Tapi kini hujan turun tanpa musim.. sebagaimana buah tumbuh tidak bermusim. Ekosistem bagaikan sudah tidak terkawal.. Ada orang kata bagus sebab tanah menjadi subur. Tapi hujan lebat yang berlaku pada bulan Ramadhan kali ini seolah2 menangisi ‘sesuatu musibah’ yang akan berlaku. Wallahualam..siapalah kami untuk mengandaikan kuasa dan ketentuan Allah SWT. Ini cuma andaian.. mungkin disebabkan berlaku banyak perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Tuhan seperti buang bayi yang semakin berluasa..dan bercambahnya manusia bijak tapi kurang akal seperti Salleh Gregor Samsa.

Orang alim pula berbalah sesama sendiri dari menyurakan sesuatu seperti pendapat yang boleh menyatukan bangsa Melayu dan Islam.

Dahulu Guru, Tuan haji Ishak Itam merangkap Presiden kami pernah berkata.. jangan bangga dengan kecanggihan teknologi seperti pistol dan meriam untuk membela diri kerana senjata2 itu semua suatu hari nanti tak akan membawa manfaat pun. Ada benar juga kata beliau.. kerana pernah diramalkan suatu hari nanti peperangan akhir zaman yang akan berlaku..manusia akan kembali berperang dengan kuda dan pedang. Mungkin akan berlaku suatu hari nanti musibah yang menyebabkan sistem satelit dan elektronik terganggu , sekaligus mematikan fungsi semua sistem persenjataan moden didunia. LINK Sesungguhnya Allah SWT itu maha mengetahui apa yang telah dan akan terjadi..

Bangsa Melayu..yang juga pernah dikenali dengan nama Bani Jawi adalah suatu bangsa yang hebat dan pernah menggegarkan sejarah tamadun dan peradaban manusia. Cuma kita sahaja yang tidak pernah dan berminat untuk mengkaji sejarah dan kegemilangan bangsa Melayu..untuk menjadi inspirasi buat kita membangunkan semula tamadun Melayu yang hilang itu.

Orang yang buta sejarah akan mengatakan Melayu itu juga kaum pendatang di Malaysia..orang asli penduduk asal bumi ini. Mereka itu silap..lupakah mereka dengan tamadun Srivijaya dan Langkasuka..? Yang pernah membina tamadun jauh sebelum munculnya tamadun kesultanan Melayu Melaka..? Tidakkah kita tahu keris berusia ratusan tahun pernah dijumpai terpacak di istana lama di Jepun..?

Rasulullah SAW sendiri pasti sudah tahu tentang keistimewaan Bangsa Bani Jawi ini.. maka setelah kewafatannya pun baginda masih muncul dalam mimpi Parameswara untuk menyatakan kedatangan ahlul baitnya di Melaka tidak lama lagi ketika itu.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya.. bangsa Melayu tetap bangsa yang istimewa..meski dilihat Melayu hari ini bangsa yang lemah, bodoh dan mundur.

Jika tidak istimewanya bangsa Melayu.. masakan para pendakwah sanggup berlayar jauh dari bumi para anbiya untuk menyebarkan Islam disini ratusan tahun dahulu..? Dan kerana bertuahnya bumi Melayu ini.. Portugis sanggup berlayar jauh dari benua Eropah merentas lautan beribu batu untuk menjajah bumi nusantara ini. Yang tersuratnya mereka mahukan hasil bumi..itu tertulis dalam sejarah buku teks..yang tersiratnya kita tidak tahu..iaitu punca SEBENAR dan UTAMA mereka ke sini adalah kerana agama. Mereka kalah dalam perang salib yang dipimpin Salehuddin Al-Ayubi.. jadi mereka kesini. Tapi mereka terlambat.. Islam sudah terlebih dahulu bertapak di sini.

Bangsa Eropah atau disebut bangsa Rum di dalam Al-Quran ini belajar dari kesilapan mereka diwaktu silam. Jadi mereka merangka strategi..kala Sultan dan pemerintah Melayu lalai dan tidak bersatu padu.. Bumi Aceh.. Kesultanan Melayu Melaka.. dan kepulauan Jawa jatuh ditangan Portugis dan Belanda. Sudahlah dijajah..mereka kaut pula hasil bumi kita ke negara mereka dalam memulihkan semula Eropah yang pernah mengalami zaman kegelapan..

Maka beratus tahun kita dijajah..dan dalam tempoh itu tidak sampai 100 Melayu dimurtadkan. Hari ini selepas 53 tahun ‘merdeka’.. sudah ramai manusia seperti Salleh Gregor Samsa dilahirkan.

Silat adalah suatu kebudayaan seni beladiri bangsa Melayu yang isitmewa..jika bukan kerana izinNya..pasti bangsa Melayu tidak akan mendapat ilham untuk melahirkan seni yang sungguh indah dan berbisa ini. Tidak perlu kita sibuk dengan Muay Thai milik bangsa Siam yang pernah mengkhianati kita semasa zaman penjajahan Jepun. Namun dalam menuntut jangan lari dari akidah kita sebagai umat Islam.

Apa persediaan kita dalam menghadapi zaman yang sudah semakin ke penghujungnya ini..? Hujan yang turun tidak berhenti..berfikirlah kita punca dan akibatnya. Jangan sekadar memandang hujan itu sebagai fenomena alam yang biasa.. kalian tidak akan melihat apa2. Sebaliknya lihatlah dengan mata hati dan kalian akan melutut menggigil ketakutan.

Jangan sekadar bangga dengan sejarah Melayu.. sejarah itu cuma inspirasi. Tapi lihatlah kedepan..!

Bersambung..

PS : Mari sokong blog aku yang satu lagi.. LINK

Freemason Dan Iluminati

In Fisabilillah, Islam on August 5, 2010 at 5:24 pm

Kalau tengok pada tajuk yang aku tulis..mesti korang ingat aku nak tulis tentang Freemason ataupun Iluminati. Maaflah..sebenarnya aku tak ada pengetahuan yang luas pun tentang freemason dan iluminati ni. Tapi tak adalah sampai tak ambil tahu langsung tentang teori konspirasi kedua2 pertubuhan ni. Sebagai umat Islam kita kena tahu perancangan musuh2 Islam sebagai persediaan untuk kita bersedia dan bertindak.

Ayat ke -6 dalam surah al-fatihah bukankah kita meminta Allah SWT tetapkan kita diatas jalan yang lurus dan bukan diatas jalan golongan yang dimurkai dan sesat. Siapa yang sesat dan siapa dimurkai..? Tak lain tak bukan adalah golongan Nasrani dan Yahudi. Nasrani itu sesat kerana mentrinitikan konsep tuhan dengan ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa AS. Manakala Yahudi dimurkai kerana sikap mereka yang tetap angkuh walaupun diutuskan dengan ramai Nabi. Tapi jangan sampai kita menjadikan semua mereka yang beragama Yahudi dan Nasrani itu musuh.

Berkenaan dengan teori konspirasi oleh Freemason dan Iluminati..nama pun TEORI. Maknanya belum tentu boleh jadi fakta..sebab untuk menjadi fakta perlu ada bukti2..dan sokongan yang kukuh. Dan untuk menjadikan semua yang beragama Yahudi dan Nasrani itu sebagai musuh pun adalah satu tindakan yang kurang bijak.

Hari ni ramai yang dah mula membuka mata dengan teori konspirasi dan kaitannya dengan 2 pertubuhan rahsia diatas. Pelbagai teori dimuatkan..dan tidak kurang juga dikuatkan dengan hadis2 Nabi tentang peristiwa akhir zaman. Al-Quran memang tidak pernah menyebut tentang perancangan Freemason dan Iluminati..namun Al-Quran sentiasa mengingatkan kita dengan tipudaya syaitan dan bala tenteranya dari kalangan manusia. Dan Nabi menjelaskan lagi dengan hadis2 baginda dan menjadi tanggungjawab kita untuk berfikir bersandarkan Quran dan Hadis.

Dalam mengambil maklumat..kita perlu sentiasa berhati2 agar tidak hanyut dengan tipudaya syaitan. Takut nak mengakaji konspirasi..kita sendiri akan terjerat dalam permainan konspirasi. Tak mustahil akan ada istilah konspirasi dalam konspirasi..

Sejak kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah..pelbagai peristiwa yang mengaibkan umat Islam berlaku. Dunia Islam seolah2 mengalami kejatuhan yang sangat teruk..dansalah satunya adalah kerana kealpaan umat islam itu sendiri. Hari ni kita sekali lagi alpa..berapa ramai sangat yang mahu mengambil tahu tentang permainan yang diaturkan musuh2 Islam ni..? Kalau tahu pun buat2 tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu langsung. Akhirnya mereka terus hanyut dalam kealpaan..dan tidak mustahil diazab di akhirat kelak kerana tidak mengambil berat dalam perjuangan menegakkan kembali martabat umat Islam di akhir zaman.

Kalau tidak boleh mengangkat pedang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para syuhada di zaman nabi..cukuplah sekadar punya niat dan sedikit usaha untuk menegakkan maruah umat Islam. Kita semua sebenarnya sudah terperangkap di dalam sebuah permainan..untuk memulakan kembali permainan itu adalah mustahil..kerana sejarah tidak mungkin boleh diulang. Yang kita boleh buat adalah terus bermain dan menyusun strategi untuk mencapai kemenangan. Bukankah Allah SWT dah janjikan kemenangan di akhir zaman nanti adalah milik umat Islam..?

Jangan hanya tahu bercerita tentang konspirasi namun pada diri kita sndiri..tidak ada perubahan yang dilakukan. Sudah cukupkah ilmu beladiri kita..? Ilmu agama kita supaya tidak terjerumus ke dalam fitnah dajjal dan sebagainya..? Hasilnya biar Allah tentukan yang penting kita sudah berusaha dan tidak buta2 menyerah. Lebih baik mati kerana berjuang walaupun kalah dari mati fasik kerana menyerah diri bulat2 tanpa menentang.

Blog rujukan :

sangtawal.blogspot.com

mistisfiles.blogspot.com

Tasik Galilee

P/s : Ketika ditanya oleh sahabat kepada Nabi berapa lama lagikah kiamat akan berlaku, nabi mengangkat kedua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari hantu. Ada yang faham kiamat itu terlalu hampir seperti jarak kedua jari yang berhampiran..ada juga yang mengandaikan 2 jari itu bermaksud tahun 2000++ masihi.. wallhualam.

Ilmu Kebal dan Bumi Nusantara

In Fisabilillah, Islam on July 13, 2010 at 6:42 pm

3-4 hari lepas keluar dalam akhbar Harian Metro pasal seorang lelaki yang menderita sebab melanggar pantang larang ilmu kebal yang dituntutnya. Dia ni masa nak menuntut ilmu kebal dulu pergi mandi air mayat lepas tu pergi langgar pantang terus sakit. Pantang yang dia langgar tu ialah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan..pasal nak hantar jenazah isteri dia. Nak tak nak kena jejak juga la sebab dah isteri.

Aku pelik ada manusia yang bangsanya Melayu dan dah tentunya beragama Islam boleh menuntut ilmu2 pelik dan syirik macam tu. Bila syirik jatuh kafir..bila dah kafir confirm tak masuk syurga punya beb..! Siapa yang sanggup duduk kekal dalam neraka ha..? Dari dulu aku menyampah bila dengar orang2 yang hebat pasal ilmu kebal dan bertangkal..bukan kebal kerana amalan dia yang soleh ataupun dia seorang alim atau wali..tapi kebal sebab menuntut ilmu2 salah dan lari dari ajaran Islam.

‘ Naz..brader tu gempak dowh. Banyak ilmu..tetak parang pun tak jadi apa..kunyah besi hembus jadi habuk ‘..kata seorang kawan aku dulu. Biasanya bila aku dengar kehebatan manusia2 ‘kebal’ ni aku akan senyum..tapi dalam hati hanya mampu beristighfar diatas kejahilan manusia yang berstatus umat Muhammad SAW ni. Kalau orang nak tawarkan aku ilmu2 macam ni..aku akan elak. Lebih baik aku sakit2 badan bertahun2 dalam kelas silat..ditengking atau dimarahi guru asalkan ilmu yang aku dapat tak bertentangan dengan Islam atau menyusahkan aku bila nak mati nanti.

Manusia memang selalu nak jalan mudah..tak kisahlah ikut jalan setan atau iblis pun. Itu yang jadinya sifat angkuh, riak dan takbur. Sebab ilmu yang dia dapat bukan dari jalan yang lurus.. Kalau ilmu yang dia dapat tu dari sumber yang Allah redha..pasti sifat angkuh, riak dan takbur tu takkan ada. Yang ada cuma resmi padi..makin berisi makin tunduk. Asal dari tanah..bila makin tinggi tetap sujud pada tanah disebabkan kita hamba patut merendah diri ngan tuhan. Bukan setakat dengan tuhan..sesama manusia pun kena macam tu.

Hadis kata kebangkitan islam akhir zaman nanti akan bermula dari hujung dunia..Hujung dunia itu cuma metafora..yang pasti dari bumi timur. Kata Nabi Islam akan kembali terasing..dan lemah ibarat buih2 di lautan. Jumlahnya banyak tapi dihempas ombak laut terus pecah.

Buatlah kajian..tentang dunia akhir zaman. Tak rugi menuntut ilmu..malas2 cari guru pun dalam internet ada banyak sumber. Baru kita tahu nanti perang dunia ketiga akan meletus.. Nabi Isa as pun tengah menyiapkan diri untuk turun (wallahualam)..tapi manusia masih jahil walaupun hidup dalam dunia moden.

Kelemahan bangsa Melayu ni tak lain tak bukan sebab perpaduan..dan tak mahu mencari. Untung menjadi bangsa Melayu ni sebenarnya.. Hidup dibumi bertuah sampaikan barat menamakan tanah semenanjung sebagai bumi emas. Lihatlah bentuknya pun..seperti bentuk jantung ataupun bahtera Nabi Nuh AS. Kalau bumi nusantara ni tak bernilai..masakan para Ahlul Bait dan ulamak2 silam sanggup berlayar jauh dan berhijrah ke tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Lepas tu Belanda dan Portugis pun sanggup berlayar ribuan batu semata2 kerana kayanya bumi bertuah ni. Kayanya bukan semata2 kerana rempah ratus seperti yang tertulis dalam buku sejarah..tetapi sebenarnya lebih lagi.

Jadi tak payahlah menuntut ilmu2 pelik dan khurafat ni.. Nabi pun patah gigi berperang. Hina sangatkah manusia ni sampai perlu pertolongan jin, syaitan ataupun iblis..? Ada pulak sanggup pakai tangkal yang bertulisan jawi..lepas tu bagi hukum sendiri kata takpa pasal tangkap pakai ayat Quran. Sampai macam tu pulak..

Pi lah menuntut..bangsa Melayu ni Allah SWT dah bagi macam2 dah sebenarnya ilmu contohnya seperti ilmu persilatan..tinggal kita jer nak cari dan bezakan mana baik dan buruk..mana sesat dan tak sesat. Tak payah dok cari yang hak2 bangsa lain punya.

Manusia ni tuhan bagi kelebihan..

Aku pun manusia jahil..

Tapi tak salah bagi peringatan..tanggungjawab sesama manusia.

SUMBER : FREE OUR MIND , SangTawal , Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Sains dan teknologi boleh dipelajari dimana2..budaya tetap hak kita
Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Ahmad
Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Hujan Ibarat Sebuah Perjuangan

In Fisabilillah, Islam, Perjuangan on July 10, 2010 at 7:28 pm

Hari ini aku terpaksa batalkan pelan nak bersenam di sekitar Alam Damai Cheras sebab hujan turun lagi.. Baru nak hidupkan enjin motor hujan turun lebat. Disebabkan hujan aku pun melepak sambil makan durian yang baru aku ambil di kebun arwah bapa aku di Negeri Sembilan 3-4 hari lepas. Sambil melihat langit indah ciptaan Allah SWT..tiba2 aku teringat kata tok aku.. ‘ sekarang hujan turun dah tak kira musim ‘. Keluar kat TV ramalan kata tak hujan..tiba2 hujan turun mencurah2. Ini fenomena alam yang sering terjadi hari ini..sama ada kita perasan atau tidak.

Tiba2 aku teringatkan buah yang aku makan. Bukan setakat hujan sahaja yang sudah tidak bermusim..buah2an pun tumbuh tiada bermusim. Dulu kalau aku nak makan rambutan kena tunggu biasanya selepas syawal iaitu sekitar cuti sekolah hujng tahun. Dan setiap kali itu aku gembira waktu kecil sebab dapat berkumpul dengan keluarga tok nenek aku sebelah sini setiap kali cuti sekolah..pasal dapat makan rambutan. Cuti sekolah masa kecil aku cukup indah dengan kenangan itu yang telah berbelas tahun berlalu.

Hari ini kita tak dapat agak lagi bila buah nak tumbuh..kadang2 sepanjang tahun kita dapat makan buah.. sebab dah tak perlu tunggu hujung tahun macam dulu. Aku perhatikan sentiasa ada durian dijual ditepi jalan dalam harga yang murah. Kerana terlalu mudah nak mendapatkannya..buah2an dah tak tak tinggi nilainya seperti dulu. Jarang sekali kita dengar sekarang keluarga di kota teruja nak balik kampung sebab nak makan buah2an bila tiba musim. Nilai kekeluargaan dah tak sehebat dulu.. Tak tahulah..mungkin ini perasaan aku jer. Lebih baik lepak di mapley ataupun Hartamas Square dengan chikaro kat situ.

Apakah ini suatu petanda..? Mungkinkah buah2an yang dilihat sudah semakin tumbuh sepanjang tahun merupakan suatu petanda yang bumi ini semakin subur..? Hujan turun dari langit..dan apakah ini suatu petanda dari langit yang Allah SWT mahu tunjukkan pada kita. Buah2an asalnya dari pokok..dan pokok asal dari tanah. Dan apakah dari tanah juga ada peringatan dari tuhan yang Maha Agung..? Petanda dari langit dan bumi..sesungguhnya Allah SWT yang maha berkuasa memerintah sekalian apa yang ada dilangit dan dibumi.

Kita tahu bahawa diakhir zaman akan ada suatu kemarau yang berpanjangan.. Apakah bumi yang subur merupakan suatu tanda bahawa kemarau yang berpanjangan akan muncul..? Dan disaat kemarau berpanjangan itulah Dajjal akan muncul menyesatkan umat manusia diseluruh dunia dengan kebolehannya menurunkan hujan.

Diakhir zaman juga kita tahu bahawa manusia akan kembali berperang menggunakan pedang dan kuda.. Kalau tak percaya sila google sendiri maklumat2 ini. Akan berlaku perang akhir zaman diantara pembawa2 panji hitam dari ufuk timur iaitu dari kaum muslimin yang gagah berani menentang musuh2 Allah SWT.

Kata guru (PSSCM) silat aku, Tuan Haji Ishak Bin Itam..menjaga diri itu suatu kewajipan bagi manusia. Mereka yang tak mahu berusaha atau berikhtiar untuk menjaga diri itu adalah dari kalangan orang yang sombong. Jadi apakah persediaan kita dalam menghadapi musuh2 Allah diakhir zaman jika dipanjangkan umur kita..? Senjata bagi orang mukmin adalah doa. Yang pertama kita berdoa..kedua berusaha..berikhtiar dan bertawakal. Apa usaha kita..? Kedua tangan yang Allah beri pada kita untuk berdoa itu jugalah yang menjadi senjata pada kita. Tak perlu pistol segala.. Mereka yang yakin pada Yang Maha Esa tahu bahawa tangan ciptaan Allah SWT itu lebih berbisa dari sebarang senjata ciptaan manusia. Syaratnya hati kena bergantung seratus peratus pada Allah SWT..sebab kata jurulatih aku silat cuma pakaian..kuat atau tidak isinya bergantung pada kekuatan hati kita.

Silat adalah merupakan anugerah Allah SWT pada bangsa Melayu di bumi nusantara ini..jadi kita kena hargai. Cuma jangan campur adukkan silat dengan perkara khurafat..sebab silat asli cuma menjadikan Allah tempat bergantung. Tak perlu menuntut ilmu kebal..sampai mensyirikkan Allah SWT. Kalau ada manusia ada ilmu kebal secara tiba2 itu mungkin karamah..manusia biasa takkan boleh kebal tiba2 tanpa izin Allah SWT..kecualilah dia bersahabat dengan Jin dan Setan.

Itu cerita silat..

Pasal bencana alam..

Tasik Galilee pun sudah semakin kering.. ap itu tasik Galilee kalian boleh google sendiri. Berusahalah sikit nak cari ilmu. Bila tasik galilee kering masa tu la al-masih Isa As akan turun..

Pada tiga2 line..gengster2 Melayu kalau hangpa semua betul pejuang agama dan bangsa tunjukkanlah sesuatu. Jangan asyik bantai dan khianat bangsa sendiri..nanti kat akhirat tuhan azab kita pasal buat janji palsu.

Wallahualam..

6:47. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?”

Malam Di Ibukota : Erti Sebuah Perjuangan

In Fisabilillah, Perjuangan on June 27, 2010 at 5:17 pm

Dedikasi buat kekanda dan adinda Segitiga Emas Bersatu dan adik beradik seperjuangan di seluruh negara..

Hari ini aku bangun pukul 3pm..dah lama aku tak bangun sampai tengahari macam ni tapi disebabkan aku tidur lambat semalam iaitu pukul 4am maka tersadai la aku sampai matahari dah terlebih 90 darjah di langit. Disebabkan dah lama aku tak bangun lewat macam ni maka kepala aku jadi haru biru terhuyung hayang kepeningan seolah2 mabuk laut.

Syukur juga kehadrat Allah SWT semalam sebab adik beradik seperjuangan aku sebelah Johor semua selamat kembali ke Johor selepas berada selama ham6 jam di KL. Kebanyakan mereka tiba pada pukul 9pm dan pulang sekitar pukul 5am berikutnya. Jarak yang bukan dekat dari KL ke Johor (400km) namun kerana komitmen yang tinggi..semua benda tu tak jadi hal punya.

Kepada adinda2 baru yang mengikuti blog ni (ada yang tegur semalam pasal blog..hehe).. saya ucapkan selamat menempuh ke alam perjuangan. Kita ada ramai kawan atau ahli bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati apatah lagi nak menindas orang lain. Jangan kerana kelebihan yang ada pada kita..kita anggap itu lesen untuk kita bersikap angkuh, riak dan takbur. Kita kalau nak sangat jadi samseng pun.. jangan ibarat jadi samseng kampung. Maksudnya jalan berkepak tak semena2 buat pasal sana sini. Apa yang ada..kita simpan baik2 macam kita simpan rahsia bila nak pakai baru kita keluarkan.

Taat pada pemimpin selagi pemimpin tu kita rasakan tak bercanggah dengan agama dan adat kita sebagai seorang Melayu Islam (kena sebut penuh..bukan semua Melayu zaman skang Islam ). Bila ada salah pi berbincang dulu. Kita semua bakal jadi pemimpin..dan untuk jadi pemimpin yang bagus kita kena belajar bagaimana untuk dipimpin orang lain terlebih dahulu. Jangan awal2 dah fikir nak melompat tinggi2..sebab lagi kita lompat tinggi lagi sakit dan parah bila kita jatuh. Maksudnya bersederhanalah dalam semua hal. Kuasa dan kedudukan tu kerja Allah SWT.. kalau dia bagi jalan kat kita nak dapat kuasa maka kita dapatlah. Tapi kalau belum sampai masa..jangan dok buat khianat atau hasad dengki kat orang sebab nak dapat kuasa atau harta benda. Benda ni banyak aku tengok dah.

Lepas tu bila bercakap jangan la besaq berdegaq2 kata orang Kedah. Orang tengok kita taiko bukan pasal mulut kita asyik pom sana pom sini tapi orang tengok kita taiko pasal cara kita. Prinsipnya orang hormat kita sekali..kita hormat dia berkali tapi kalau orang tu khianat kita..sengsara la hidup dia kita buat. Ini baru nama samseng tapi yang ada akal punya la..

Pesan …… semalam kita kena ingat bila duk bawah satu bumbung kita kena bersatu. Bukan semata2 bersatu atas nama pertubuhan tapi bersatu atas nama bangsa Melayu dan agama Islam. Kita bukan binatang nak bergaduh sana bergaduh sini tapi kita adalah hambaNya seorang manusia yang dikurniakan akal. Hak bangsa Melayu dan hak Islam biar seperit mana pun tetap kita kena pertahankan. Jangan jadi anak Melayu BANGSAT yang memecah belahkan bangsa sendiri dengan fitnah tanpa usul periksa. Kita bukan tuhan boleh sesuka hati tuduh orang itu ini..mata kita ada hijab. Kita bukan wali boleh tengok hati orang baik atau busuk. Kadang2 luar nampak baik dalam pulak nampak busuk. TETAPI dalam menjaga hak Melayu jangan pulak kita tindas bangsa lain.. pasal banyak yang kita boleh belajar dari depa.. Belajar dari depa tak bermaksud kita cuba jadi seperti mereka atau tiru mereka bulat2..pasal kita ada cara kita sendiri. Faham yang ni betul2..

Jagalah tingkahlaku.. kalau ada mak bapak jaga elok2. Sejahat mana pun kita mak bapak tetap kena jaga.. iman dalam hati tetap kena ada walau sebesar zarah. Bila hati tak ada iman walau sebesar zarah jangan mimpi nak masuk syurga. Macam mana nak jaga hati jangan mabuk jangan berzina la. Kalau nak mabuk atau beromen jugak.. kita kena tau la bila nak berhenti. Biasa la anak muda..aku pun anak muda jugak..umur baru 23 tahun ni..jadi aku pahamlah perangai hangpa semua.

Bawak nama ayahanda..abang long dan abang2 kalian baik2. Jangan dok jaja sana dok jaja sini.. kena pelangkung nanti menangis tak berlagu takdak sapa nak layan dah. Menangis la hang sorang2.. Jangan rasa kita lagi hebat dari orang lain..sebab kalau dah nama pun manusia..selagi belum mati.. selagi tu la ilmu dunia ka..akhirat ka..kita takkan abih tuntut. Tuntut la ilmu dunia sampai la ke akhirat.

Raja dan pemimpin2 Melayu kita tetap kena taat. Jangan sesuka hati langgar undang2 tanpa sebab..

Akhir sekali aku mintak ampun kalau ada tersalah bahasa.. teguran akan saya terima dengan besar hati. Yang baik itu dari Allah yang buruk itu tetap dari saya.

Salam.
Long Anaz.


Sampai Bila..?

In Fisabilillah, Perjuangan on June 15, 2010 at 7:03 am

Kita cuma buka mata bila ada isu besar.. bila kapal Mavi marmara ditawan Israel.. kita semua melenting, marah dan mencemuh bangsa Yahudi dan Negara Israel. Kita laungkan anti Israel..anti Yahudi.. boikot itu boikot ini. Namun berapa ramai yang berani akui bahawa sebahagian besar kita adalah hipokrit dalam sebuah perjuangan..? Bila tiba piala dunia..isu kekejaman Israel pada bangsa Palestin..yang juga saudara mara kita di sana kembali reda. KisahPalestin ibarat pisan goreng..panas sekejap bila dah lama kembali sejuk. Sekarang semua orang memperkatakan tentang piala dunia Afrika Selatan 2010. Isu Palestin..? Kembali reda.

Kita cuma jadi jaguh bila ada isu.. kita cumabersemangat bila isu sedang hangat. Tapi kita jadi lalai bila ada hiburan dunia. Mereka di Palestin tiada musim bila menderita.. kerana penderitaan mereka berpanjangan. Mana mereka disini yang mengaku berjuang di jalan fisabilillah..? Mana mereka yang kononnya pejuang agama, bangsa dan negara..? Kebanyakan hanya pejam sebelah mata.. menghampiri jalan orang munafik yang katanya pejuang sabil.. tapi bila saudara kita disana ditimpa kesusahan adakah kalian ambil berat isu..? sebaliknya pejam mata. Perbuatan kita akan ditanya di akhirat kelak. Pernahkah kalian tahu mengapa peperangan tersebut terjadi..? Tepuk dada tanya selera.

Ada yang kata tak guna kita berlebihan..sebab perang antara Islam dan yahudi sampai kiamat pun tak sudah. Benar..tapi takkan nak tunggu kedatangan Mahdi baru kita nak bertindak. Jihad tak semestinya kena mengangkat senjata.. sekadar ambil tahu dan berdoa untuk perjungan para tentera sabil di sana dah memadai. Bukan terpekik terlolong bila hanya ada isu..dan kemudian senyap tanpa mahu mengambil tahu apa2 tentang mereka disana.

p/s : aku tetap suka makan McD.

Khalifah Bumi Nusantara

In Fisabilillah, Islam, Perjuangan on June 3, 2010 at 12:36 pm

2-3 hari ni kecoh pasal tentera zionis Yahudi melakukan serangan ke atas kapal2 yang membawa sumbangan dan bantuan kemanusiaan ke bumi Palestin. Aku pun tak ingat berapa ramai yang terkorban dalam tragedi tu tapi tak lebih 20 orang. Seperti biasa media akan kecoh memperkatakan tentang hal ni tak kisah di media elektronik ataupun yang bercetak.

Maka kecoh la pemimpin2 dunia disebabkan kekejaman Israel ni dan tindakan pemimpin2 Islam pula adalah seperti biasa mengadakan sidang media mengutuk kekejaman Israel ni. Para pemimpin OIC pula akan bersidang dalam mencari penyelesaian diatas tindakan Israel. Orang ramai pula biasanya akan berdemonstrasi di depan kedutaan Israel ataupun Amerika membantah tindakan rejim Zionis tersebut.

Tapi hanya itu sahajalah yang dapat dilakukan oleh kita semua. Israel tidak akan pernah gentar dan takut dengan kecaman dunia kerana di belakang mereka ada kuasa besar seperti mereka. Kutukan dan kritikan para pemimpin Arab..? Lagilah mereka tak ambil pusing kerana mereka tahu tiada apa yang boleh dilakukan oleh para pemimpin Islam ni tidak kiralah dari Timur Tengah ataupun kepulauan nusantara sepertiMalaysia, Indonesia dan Brunei. Walaupun dikelilingi negara arab, Israel tidak pernah takut kerana mereka tahu negara arab ini tidak boleh berbuat apa2 dengan mereka kerana salah satunya hubungan ekonomi.

Raja Arab Saudi sekarang iaitu dari dinasti as-saud kalau dikaji sejarahnya mendapat kuasa pun atas sokongan Britain yang menimbulkan perasaan benci dan perkauman pada warga Arab terhadap kerajaan Turki Uthmaniah yang kemudian bertukar tangan pemerintahannya pada Kamal Attaturk yang berfahaman sekular. Jadi takkan nak makan tuan pula kan..? Lagipun British yang bertanggungjawab dalam membentuk penubuhan negara Islam Israel.

Para pemimpin Arab memang lemah dan boleh dikatakan hanya boneka walaupun mereka ramai salah satunya disebabkan semangat puak dan suku yang masih tinggi. Perkauman mereka lebih teruk tidak seperti bangsa Melayu yang boleh bersatu atas nama Melayu walaupun terbahagi kepada beberapa jenis etnik seperti bugis, Minang, Banjar, Jawa dan sebagainya. Di Malaysia suku ini bergabung atas nama Melayu dan di Indonesia mereka bersatu dengan nama bangsa Indonesia.Kedudukan Israel walaupun dikelilingi negara Arab boleh dikatakan harimau yang dikelilingi oleh tikus mondok jer.

Janji Allah itu benar dan Dia maha adil, Islam pernah bangkit di bumi Arab melalui para Rasul dan Nabi.Maka disebabkan itu Allah akan membangkitkan pemimpin akhir zaman dari bangsa Ajam (bukan arab) dan dari negara yang menjadi pertemuan tiga lautan yang kita ketahui sama ada Malaysia ataupun Indonesia.

Tapi kita juga manusia yang hina dan alpa sebab di sini pun masyarakat Islam sudah mula meninggalkan agama sehinggakan Islam sendiri menjadi asing bagi penganutnya. Tunggulah kedatangan pemuda berketurunan Bani Tamim, kemudian Imam Mahdi dan akhir sekali kedatanganNabi Isa A.S di bumi Palestin. Saat itu kemenangan sudah pasti akan menjadi milik kita juga. Berusahalah kita di Malaysia untuk tergolong dalam golongan yang sedikit itu iaitu golongan yang akan membawa panji hitam berjuang diatas jalan Fisabilillah. Semoga kita akan berada di belakang Imam Mahdi sewaktu perjuangan menentang musuh2 Allah (jika panjang umur). Akan tiba juga masanya kebangkitan tentera dari timur nanti.

Wallahualam.

‘ Ya Allah ya Tuhanku yang maha pemurah lagi maha penyayang. Lindungilah saudara kami di bumi palestin dari kekejaman bangsa Yahudi berfahaman zionis. Tunjukkanlah kebenaran pada mereka akan kekuasaanMu. Ya Allah ya tuhanku, bangkitkanlah para pejuang fisabilillah dari bumi timur ini agar kami dapat berserta dengan saudara2 kami di sana. Berjuang di atas jalanMu dan kemudin mati sebagai seorang syuhada. Tetapkan iman kami, Kau berani dan tabahkanlah hati kami untuk menentang musuh2Mu. Janganlah Kau matikan kami dalam keadaan kufur dan tidak beriman, sebaliknya Kau matikanlah kami ketika kami telah dijanjikan syurga olehMu dan lebih baik baik lagi, terkorban ketika berjuang mengakkan agama Islam. Semoga kami juga akan tergolong dalam golongan yang syahid dari bumi timur seperti mana para syuhada sebelum kami ini. Amin ‘.

P/s : Sori lama tak update blog..tak berapa sihat. Doakan aku sembuh cepat yer kawan2..hehe

Salahuddin Al-Ayyubi

In Fisabilillah, Islam on February 22, 2010 at 8:53 am

Tugu Salahuddin Al-Ayyubi Di Syria

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor. Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera. Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal.

Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria. Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir.

Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria. Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul. Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis. Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi. Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu. Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Baginda meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Makam Salahuddin Al-Ayyubi

Khalifah Sejati

In Fisabilillah, Islam on January 22, 2010 at 6:32 pm

Salam..
Bukanlah tujuan aku menulis untuk menunjukkan yang aku ini tahu segalanya berkenaan tanggungjawab seorang khalifah dalam memimpin jemaahnya kerana aku juga insan yang bodoh dan hina..yang masih perlu belajar banyak perkara dari orang lain.Tapi tujuan hanya untuk berkongsi dan memberi pendapat atas apa yang aku lihat disekeliling aku.

Banyak kerosakan yang terjadi hari apabila seseorang dilantik untuk menjadi pemimpin atau ketua gagal dalam mendidik ahli yang sepatutnya dibimbing.Maka lahirlah perasaan riak..angkuh dan sombong pada manusia lain yang dirasakannya boleh ditindas sesuka hati.Sedangkan pergerakan didalam sesebuah jemaah hendaklah atas satu ikatan yang kuat tanpa didorong oleh perasaan riak kerana bilangan yang ramai.Berapa ramai mereka yang dilantik sebagai pemimpin benar-benar jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang khalifah..?

Banyak kerana mengejar nama dan harta untuk kesenangan diri sendiri berbanding melakukan tugas membangunkan jemaah seperti yang dijanji atau dilafazkan dalam baiah.Perjuangan untuk membela agama dan bangsa bukanlah sesuatu yang mudah..adakalanya memerlukan darah merah dari tubuh mengalir.Tapi jika hati kita bergantung pada Allah SWT dan mempunyai niat yang jujur nescaya akan dibantu oleh Allah SWT.Dan mereka yang mempermainkan tanggungjawab seorang khalifah itu akan menghadapi pertanyaan dariNya di akhirat kelak.

Maka pada sesiapa yang telah diamanahkan memegang tanggungjawab sebagai seorang khalifah..jalankan tugas saudara dengan sebaik-baiknya dalam mendidik mereka untuk saling menghormati dan merendah diri.Elakkan sifat takbur..iri hati dan bongkak yang menjadi punca utama perpecahan kita bangsa Melayu yang beragama Islam.Sebagai manusia yang mempunyai pegangan agama yang sama..kita wajib menyatukan mereka semua dibawah satu panji hitam yang akan kita kibar di akhir zaman bagi manusia-manusia yang terpilih kelak.Wallahualam.

Sabda Rasulullah SAW :

“Apabila dua orang Islam bertemu dengan pedang masing-masing maka si pembunuh dan terbunuh..keduanya di neraka.Para sahabat berkata pembunuh perkaranya telah jelas..maka bagaimana si terbunuh pula..? Jawab baginda kerana ia sungguh berminat untuk membunuh saudaranya”

Maka jawapan bagi kedua orang Islam yang saling berbunuhan kerana sengketa adalah NERAKA.

Tentera Sabil Yang Ke Neraka

In Fisabilillah, Islam on January 13, 2010 at 2:05 am

Semalam aku baca sebuah kitab karya Wahab Muhammad tentang manusia yang disangkakan mati syahid kerana berjihad tetapi apabila matinya ke neraka.Aku memang suka membaca tentang jihad terutama yang berkaitan dengan jalan fisabilillah.Mereka yang berjihad kerana Allah SWT dengan cara yang benar..akan dijanjikan syurga olehNya.Aku menulis kerana melihatkan senario di Malaysia dimana ramai mengaku khalifah dalam pertubuhan-pertubuhan yang mempertahankan agama dan bangsa..tetapi tidak jujur dan faham tentang erti perjuangan sebenar.

Mengenai manusia yang disangkakan syahid tetapi akhirnya masuk ke neraka ada satu sejarah seorang tentera Islam yang berjuang bersama Rasululullah baru mati selepas berperang.Selepas kematiannya ramai tentera Islam mengatakan dia akan masuk ke syurga.Tetapi Rasulullah mengatakan dia masuk neraka dan setelah dijelaskan dia rupanya bukan berperang kerana mempertahankan kalimah Allah SWT tetapi semata-mata kerana mempertahankan bumi Madinah.

Berperang kerana fahaman kebangsaan ini merupakan satu fahaman yang laris diperkatakan orang..sehingga kita menjadi keliru dan seterusnya kita memahami Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, ‘Arab itu Islam, Islam itu ‘Arab. Sudah menjadi kebiasaan kepada kita ucapan-ucapan seperti itu dengan kita tidak menyedari hakikat dan asal-usulnya. Kita tidak dapat menafikan bahawa perasaan kasih dan cinta kepada keluarga adalah perasaan yang ada dalam hati masing-masing..tetapi perasaan itu tidak boleh dijadikan ‘aqidah dan pegangan. Yang menjadi ‘aqidah dan pegangan ialah keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, ialah Islam yang kita sanjung tinggi dan kita junjung, dan kita anggap sebagai satu-satu yang lebih tinggi daripada segala yang lain.

Keduanya adalah mereka yang berjuang semata-mata mahu mendapat nama dan pangkat dan bukan benar-benar jujur dalam mempertahankan agama.Ini yang dapat kita lihat dalam pertubuhan-pertubuhan di Malaysia yang mendakwa khalifah dalam sebuah pertubuhan yang mempertahankan Islam..tetapi niat sebaliknya adalah semata-mata kerana mahu mendapt nama, pangkat dan kekuasaan dengan rakus.Memang sudah sikap manusia sangat rakus bila mahu mendapat nama.Dan neraka adalah janji Allah kepada mereka yang tidak ikhlas dalam mempertahankan kalimah Allah SWT.

Ketiganya adalah mereka yang merampas harta tahanan perang untuk dirinya sendiri.

Jadi pengajarannya janganlah kita sewenang-wenangnya mengatakan dan mengakui diri kita ini seorang pejuang fisabilillah jika kita sendiri belum memahami maksud sebuah perjuangan terutamanya yang bertujuan untuk menegakkan agama Islam.Banyak yang perlu kita pelajari dalam menegakkan jihad fisabilillah.Jika diri sendiri belum berjihad kearah positif dan kebenaran bagaimana kita mahu mengakui kita ini didalam sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri sendiri tentera sabil..?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.