Sudah lama rasanya aku tidak update blog ini.. hampir 2 bulan blog ini dibiarkan kosong oleh aku tanpa sebarang isi2 yang baru. Ini kerana aku juga punya 2 blog yang lain yang perlu diisi dengan tulisan2 baru. Selain itu aku kekurangan masa kerana menjadi cikgu kontrak di salah sebuah sekolah menengah di KL, iaitu mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Sepanjang memulakan kerjaya selama sebulan lepas, tak banyak yang aku perlu ajar kerana peperiksaan SPM pun sudah semakin dekat, jadi aku cuma perlu mengulangkaji subjek yang aku ajar bersama murid2.
Sekarang aku mahu bercerita tentang subjek2 yang aku ajar di sekolah tersebut.
Diantara ketiga2 subjek yang aku ajar, aku mahu ceritakan pengalaman aku mengajar subjek sejarah di sekolah tersebut kerana diantara ketiga2 subjek tersebut, murid2 aku paling lemah dalam subjek sejarah. Bila aku mengajar subjek sejarah dalam kelas pun, ramai yang akan buat muka mengantuk atau muka tak rela mendengar aku membuat penerangan tentang subjek tersebut. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tiada masalah sangat..
Sepanjang mengajar, aku cuba yang terbaik untuk menjadikan subjek sejarah itu sesuatu yang menarik. Pernah ketika aku mengajar dan membuat ulangkaji subjek tersebut, aku mencampakkan buku teks sejarah ke lantai sebab pada pendapat aku, pembacaan melalui buku teks tersangatlah bosannya. Buku teks itu menjadikan subjek sejarah sangat bosan untuk dikaji dan difahami. Tiada apa yang menarik perhatian..
Pernah murid aku bertanya ‘ cikgu apasal nak sangat kena score sejarah, bukan mata pelajaran wajib pun ‘ atau ayat ‘ buat apa nak kena belajar sejarah, hidup kena pandang kedepan sahaja’. Mengeluh aku dengar kata2 demikian keluar dari mulut murid2 aku, apatah lagi jika pelajar tersebut seorang yang berbangsa Melayu, tapi tidak mahu tahu tentang sejarah kegemilangan bangsanya di era kesultanan Melayu Melaka contohnya.
Kerana buta sejarahlah ada bangsa Melayu kita sendiri yang bebal mengatakan bangsa Melayu juga pendatang sebagaimana orang Cina dan India. Mereka mengeluarkan teori yang Melayu ini berasal dari Indonesia dan penduduk asli tanah Melayu sebenarnya adalah orang asli. Benda2 ini selalu dilaungkan oleh mereka yang buta sejarah, tetapi mahu tunjuk pandai dengan membuta tuli mengatakan Melayu juga kaum pendatang. Yang mereka tahu cuma kesultanan Melayu Melaka yang dibina pada awal 1400, tetapi tidak pernah tahu tentang kerajaan Kedah Tua ataupun Sriwijaya yang juga diasaskan oleh bangsa Melayu, lebih awal sebelum keRasulan baginda Muhammad SAW..!
Sekarang ini apabila kerajaan mahu mewajibkan subjek sejarah untuk lulus pada SPM, ramai yang melatah dan melompat menentang keputusan kerajaan.. sampai ada penagih politik yang suka mempolitikkan apa2 sahaja isu, untuk mempolitikkan isu ini. Apa yang hinanya belajar subjek sejarah..? apa yang ditakutkan oleh sesetengah pemimpin jika rakyat Malaysia menjadi rakyat yang celik sejarah..?
Apakah mereka takut dengan ketuanan Melayu..? Yang hanya akan menyedarkan bangsa Melayu yang semakin layu untuk bangkit mempertahankan hak bangsanya..? Aku bukan mahu murid2 aku terutama yang bangsa Melayu menjadi racist mahupun menindas bangsa lain dengan fakta sejarah, tapi aku mahu mereka punya jati diri yang kuat sebagai anak Melayu. Aku mahu mereka tahu yang bangsa Melayu itu hebat, bukan apabila disebut Melayu, orang akan membayangkan mat rempit, peragut, bohsia, bangsa malas kerja, pusher dadah kecil2an dan pelbagai tanggapan negatif lagi.
Apa kejadahnya presiden MCA, Datuk Seri Lim Kit Siang mahu menubuhkan kumpulan untuk menapis isi kandungan subjek sejarah yang akan diolah semula oleh kementerian pendidikan..? Selesaikan isu video lucah kau dulu..!
Apa lagi yang tinggal pada bangsa Melayu di Malaysia..? Yang tinggal cuma kuasa Raja Melayu, hak keistimewaan Raja Melayu dan agama Islam yang dah tak berapa nak Islam lagi. Itupun tidak mustahil akan dicantas oleh ‘mereka’ dan golongan2 Melayu sendiri dari puak ‘tu’ yang katanya tak bangga jadi Melayu sebab dah Islam. Adakah Melayu bukan Islam..?
Mahu harapkan orang politik..? Lagilah hancur.. dua2 pun tak boleh pakai.
Malah lebih teruk, kerana buta sejarah, ada yang mengatakan Adolf Hitler yang membunuh jutaan nyawa Yahudi semasa peristiwa Holocaust itu sebagai seorang yang dekat dengan Islam..hanya kerana dia bunuh Yahudi. Mereka tidak tahu kerana Adolf Hitler agen syaitan itu lah, yang menyebabkan adanya alasan yang digunakan oleh kesatuan Eropah dan Britain untuk menubuhkan negara haram Israel di bumi Palestin..
Istana Melaka
P/s : Semangat Kemelayuan aku pun tak berapa tebal, tapi bila kita memahami sejarah sedikit sebanyak kita akan menghargai bangsa kita.. dengan tidak mengetepikan hak kaum lain.