alonganaz

Kala Hujan Turun : Bangsa Melayu

In Fisabilillah, Islam, Perjuangan, Sejarah on August 18, 2010 at 7:10 pm

Masa menulis artikel ni aku baru pulang daripada kelas latihan silat cekak di Bangi.. dan biasanya selepas habis latihan silat kami semua, ahli silat cekak akan beramai2 pergi minum di medan selera Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Bangi. Tapi semasa kelas latihan hendak tamat.. hujan turun dengan lebatnya disertai dengan petir sabung menyabung. Oleh kerana tidak mahu basah kuyup terkena air hujan untuk berjalan jauh ke parking kereta..kami makan di kedai berhampiran sahaja.

Biasanya selepas kelas latihan tamat..jarang kami akan bercerita tentang silat di luar kelas ataupun ketika sedang bersantai. Namun tiba2 hari itu kami membuka cerita tentang bangsa Melayu.. semuanya bermula hanya kerana hujan lebat yang sedang turun. Timbul persoalan pada kami semua.. dahulu atau bertahun2 dahulu bila tiba bulan Ramadhan cuaca akan menjadi panas dan kering. Lagipun bulan Ogos bukanlah musim hujan sepatutnya. Kalau kita mengkaji buku geografi angin monsun timur laut yang membawa angin ribut disertai dengan musim hujan berlaku pada bulan September hingga Mac.

Pada bulan September hingga Mac inilah pulau2 di pantai Timur seperti Tioman dan Perhentian akan ditutup untuk kunjungan orang luar.

Tapi kini hujan turun tanpa musim.. sebagaimana buah tumbuh tidak bermusim. Ekosistem bagaikan sudah tidak terkawal.. Ada orang kata bagus sebab tanah menjadi subur. Tapi hujan lebat yang berlaku pada bulan Ramadhan kali ini seolah2 menangisi ‘sesuatu musibah’ yang akan berlaku. Wallahualam..siapalah kami untuk mengandaikan kuasa dan ketentuan Allah SWT. Ini cuma andaian.. mungkin disebabkan berlaku banyak perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Tuhan seperti buang bayi yang semakin berluasa..dan bercambahnya manusia bijak tapi kurang akal seperti Salleh Gregor Samsa.

Orang alim pula berbalah sesama sendiri dari menyurakan sesuatu seperti pendapat yang boleh menyatukan bangsa Melayu dan Islam.

Dahulu Guru, Tuan haji Ishak Itam merangkap Presiden kami pernah berkata.. jangan bangga dengan kecanggihan teknologi seperti pistol dan meriam untuk membela diri kerana senjata2 itu semua suatu hari nanti tak akan membawa manfaat pun. Ada benar juga kata beliau.. kerana pernah diramalkan suatu hari nanti peperangan akhir zaman yang akan berlaku..manusia akan kembali berperang dengan kuda dan pedang. Mungkin akan berlaku suatu hari nanti musibah yang menyebabkan sistem satelit dan elektronik terganggu , sekaligus mematikan fungsi semua sistem persenjataan moden didunia. LINK Sesungguhnya Allah SWT itu maha mengetahui apa yang telah dan akan terjadi..

Bangsa Melayu..yang juga pernah dikenali dengan nama Bani Jawi adalah suatu bangsa yang hebat dan pernah menggegarkan sejarah tamadun dan peradaban manusia. Cuma kita sahaja yang tidak pernah dan berminat untuk mengkaji sejarah dan kegemilangan bangsa Melayu..untuk menjadi inspirasi buat kita membangunkan semula tamadun Melayu yang hilang itu.

Orang yang buta sejarah akan mengatakan Melayu itu juga kaum pendatang di Malaysia..orang asli penduduk asal bumi ini. Mereka itu silap..lupakah mereka dengan tamadun Srivijaya dan Langkasuka..? Yang pernah membina tamadun jauh sebelum munculnya tamadun kesultanan Melayu Melaka..? Tidakkah kita tahu keris berusia ratusan tahun pernah dijumpai terpacak di istana lama di Jepun..?

Rasulullah SAW sendiri pasti sudah tahu tentang keistimewaan Bangsa Bani Jawi ini.. maka setelah kewafatannya pun baginda masih muncul dalam mimpi Parameswara untuk menyatakan kedatangan ahlul baitnya di Melaka tidak lama lagi ketika itu.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya.. bangsa Melayu tetap bangsa yang istimewa..meski dilihat Melayu hari ini bangsa yang lemah, bodoh dan mundur.

Jika tidak istimewanya bangsa Melayu.. masakan para pendakwah sanggup berlayar jauh dari bumi para anbiya untuk menyebarkan Islam disini ratusan tahun dahulu..? Dan kerana bertuahnya bumi Melayu ini.. Portugis sanggup berlayar jauh dari benua Eropah merentas lautan beribu batu untuk menjajah bumi nusantara ini. Yang tersuratnya mereka mahukan hasil bumi..itu tertulis dalam sejarah buku teks..yang tersiratnya kita tidak tahu..iaitu punca SEBENAR dan UTAMA mereka ke sini adalah kerana agama. Mereka kalah dalam perang salib yang dipimpin Salehuddin Al-Ayubi.. jadi mereka kesini. Tapi mereka terlambat.. Islam sudah terlebih dahulu bertapak di sini.

Bangsa Eropah atau disebut bangsa Rum di dalam Al-Quran ini belajar dari kesilapan mereka diwaktu silam. Jadi mereka merangka strategi..kala Sultan dan pemerintah Melayu lalai dan tidak bersatu padu.. Bumi Aceh.. Kesultanan Melayu Melaka.. dan kepulauan Jawa jatuh ditangan Portugis dan Belanda. Sudahlah dijajah..mereka kaut pula hasil bumi kita ke negara mereka dalam memulihkan semula Eropah yang pernah mengalami zaman kegelapan..

Maka beratus tahun kita dijajah..dan dalam tempoh itu tidak sampai 100 Melayu dimurtadkan. Hari ini selepas 53 tahun ‘merdeka’.. sudah ramai manusia seperti Salleh Gregor Samsa dilahirkan.

Silat adalah suatu kebudayaan seni beladiri bangsa Melayu yang isitmewa..jika bukan kerana izinNya..pasti bangsa Melayu tidak akan mendapat ilham untuk melahirkan seni yang sungguh indah dan berbisa ini. Tidak perlu kita sibuk dengan Muay Thai milik bangsa Siam yang pernah mengkhianati kita semasa zaman penjajahan Jepun. Namun dalam menuntut jangan lari dari akidah kita sebagai umat Islam.

Apa persediaan kita dalam menghadapi zaman yang sudah semakin ke penghujungnya ini..? Hujan yang turun tidak berhenti..berfikirlah kita punca dan akibatnya. Jangan sekadar memandang hujan itu sebagai fenomena alam yang biasa.. kalian tidak akan melihat apa2. Sebaliknya lihatlah dengan mata hati dan kalian akan melutut menggigil ketakutan.

Jangan sekadar bangga dengan sejarah Melayu.. sejarah itu cuma inspirasi. Tapi lihatlah kedepan..!

Bersambung..

PS : Mari sokong blog aku yang satu lagi.. LINK

Advertisement
  1. thank long for this imformation… it is very meaningful… ! full salute for u…

  2. Salam along.. dalam byk2 abang long yang sy jumpa,bro la along yg paling lain dari yang lain. Berani menentang arus kebanyakan ahli dalam jemaah kita. Untung adik2 along punya seorang abang mcm along. Diluar diam membisu, tapi didalam penuh dengan ilmu. X sangka seorang yg kelakar dan peramah mcm along boleh menulis sehebat begini.

    Keep up the gud work..!

    Salam bersatu..///

    .Shah Gurun.

  3. Shah adik along Amin Sungai Petani kan..? Apa habaq lama tak jumpa..?

    Janganlah puji lebih..saya ni manusia hina juga. Teruskan menyokong.. bukan menentang arus..tapi menyuarakan pendapat. Kalau tak suka sila kritik. Lagi saya suka.. Kelakar ka..? haha nanti saya balik sungai Petani kita jumpa lagi. Sabtu ni saya balik Sarawak.

    Kirim salam adik beradik SP.. Salam.. /// (err..sy rasa serabut la dengan benda ni)

  4. [...] Melayu Makin Layu In Perjuangan, Politik, Sejarah on August 20, 2010 at 11:26 pm Sambungan dari bahagian pertama LINK [...]

  5. salam,
    begitu hebat silat cekak mempertahankan bumi melayu…. tetapi kenapa meletakkan pemimpin berbangsa lain? sudah ketandusan melayukah memimpin melayu melalui seni silat melayu asli ini? kata saudara “Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya.. bangsa Melayu tetap bangsa yang istimewa..” Apa hujah sdr pula dalam hal ini?

    dan fakta sdr “Rasulullah SAW sendiri pasti sudah tahu tentang keistimewaan Bangsa Bani Jawi ini.. maka setelah kewafatannya pun baginda masih muncul dalam mimpi Parameswara untuk menyatakan kedatangan ahlul baitnya di Melaka tidak lama lagi ketika itu.”

    Islam telah datang ke bumi bani jawi ini terlebih2 awal dari itu…… harap sama2lah org jawi mengkaji sejarah dgn lebih teperinci agar kita kenal sangat dgn bani ini dan tidak main percaya saja apa org lain kisahkan kpd kita….. takut2 kita akan jadi org yg terikut ikut semata-mata mempertahankan yang tidak betul….

    Apa pun saya ucapkan syabas kpd sdr kerana menulis dan anggaplah komen itu sebagai usaha mencari kebenaran yang haq dalam menyatakan yg haq tanpa terikat kepada apa yg kita tahu… kerana sejarah itu hidup… hari ini lain dan besuk mungkin lain pula kerana terjumpa fakta yg lebih jelas…

  6. terima kasih atas komen saudara Gasatri..saya akan memperbaiki segala kesilapan sebaik mungkin

  7. salam,

    sy tahu dah lama untuk saya komen..
    tapi berpandukan pada saudara GASATRI sy setuju apa yang cuba saudara sampai kan, tetapi kita berpandukan semula maksud melayu. “bangsa melayu ialah beragama islam yang ddk di tanah melayu,bertutur dlam bahasa melayu dan mengamalkan segela budaya melayu. jika dia bukan islam dan dari bangsa lain saparti cina n india jika dia memeluk islam di tanah melayu dan membuat semua ape maksd bangsa melayu itu dia juga dikira melayu”..

  8. good article kawan . btw, tak kisah kalau kita nak menuntut ilmu . dituntut islam . tidak kisah lah tomoi, karate, tae kwan do . janji tidak memesong akidah kita semua . setuju kawan ?

  9. Di jemput saudara semua ke laman ini. boleh kita fikir – fikirkan. Tidak melayu hilang di dunia fikir- fikirkan maksud Hang Tuah. Apakah maksud melayu ? Semua banyk di sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.